Tuesday, July 1, 2008

3 Tahun di Bumi Kenyalang

Pusat Pengajian Islam IPGM Kampus Tun Abdul Razak berdiri megah menyambut kedatangan anda...
Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan.

Artikel ini ditulis sempena genapnya 3 tahun saya berada di bumi Sarawak dan juga bagi menjawab persoalan mengenai lokasi, lokaliti dan juga tahap social IPGM Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan sebagaimana di minta oleh saudara Fahmi.. Bakal guru pelatih di sini.

Sambung Pelajaran

Saya mula menyambung pelajaran ke sini pada tanggal 4 Julai 2005 yang 3 tahun yang lalu. Datang ke sini dengan penuh tanda tanya, persoalan, berdebar dan pelbagai lagi perasaan. Ditambah lagi dengan cerita2 negatif tentang diri Sarawak. Perkataan “menakutkan” yang popular ialah “cawat” dan juga “sumpit”.

Logo IPGM Kampus Tun Abdul Razak..
Kami pelajar semenanjung seramai 10 orang ditawarkan membuat ijazah di sini. Kami merupakan generasi ke dua Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pagi 3 Julai, saya dan rakan2 lain berkumpul di Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM), berdepan dengan Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA) dan juga tepi Universiti Malaya.

Rakan-rakan yang turut serta ialah Che Mo (Maahad/Kedah), Abe @ Hasdi (Kelantan), Aisyam (Perak), Meor (Perak), Syahid (Johor), saya sendiri (Kedah), Sam Yok Yin (Perak), Suhanis (Kelantan), Suziana (Terengganu) dan juga Izzati (Johor).

Sedih la juga masa tu. Pertama kali meninggalkan keluarga untuk jarak yang jauh dan tempoh masa yang lama. Keesokkannya bertolak dari KLIA dengan menaiki pesawat MAS dan penerbangan itu ditaja oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), malah terdapai juga seorang pegawai berjawatan penolong pengarah BPG turut serta bersama kami.

Suasana Dewan Kuliah Asajaya...
Sampai ke Sarawak pada petangnya dan hujan renyai2 pada ketika itu. Dan bermula dari hari itu saya dan rakan2 bersama pelajar2 dari Sarawak sendiri harus mengikuti minggu suai kenal yang dikenali sebagai minggu pengurusan pelajar baru (MPPB).

Itulah serba sedikit pengalaman saya di awal kedatangan saya di bumi Kenyalang. Bumi yang subur dengan peluang dakwah dan juga mujahadah namun duri2 perjuangan turut tersedia untuk menguji kesabaran dan keimanan.

Suasana senja Pusat Pengajian Islam....

Maklumat umum IPGM Kampus Tun Abdul Razak.

Bermula sebagai Maktab Perguruan Sains Bintulu, berlokasi berhampiran Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, Sarawak. Kemudian Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan sebidang tanah di Kota Samarahan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (Sekarang kementerian pelajaran) untuk dibina Maktab Perguruan Islam untuk bahagian Malaysia Timur. Namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, Maktab Perguruan Sains Bintulu telah berpindak ke sini dan bertukar nama kepada Maktab Perguruan Samarahan pada tahun 1999. Setahun kemudian bagi menghargai jasa Allahyarham Tun Razak, Maktab ini telah ditukarkan namanya kepada Maktab Perguruan Tun Abdul Razak.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Toh Puan Hjh Rahah (isteri Tun) dan juga Dato Seri Najib Tun Razak (Menteri Pendidikan ketika itu). Pada tahun 2006, atas persetujuan cabinet serta pelancaran Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang salah satu matlamatnya ialah untuk memperkasakan profession perguruan telah menaik taraf semua 27 Maktab Perguruan seluruh Malaysia kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).


Blok Kediaman Guru Pelatih..ada 5 blok semuanya...


Pengisytiharan tersebut telah dilakukan oleh Dato Seri Najib Tun Razak, (TPM) dan juga Dato Seri Hishamuddin (Menteri Pelajaran) di tempat saya iaitu Maktab Perguruan Tun Abdul Razak (MPTAR). Maka serentak dengan itu MPTAR telah ditukar namanya kepada Institut Perguruan Tun Abdul Razak (IPTAR) dan pada awal Januari 2008 telah ditukar nama sekali lagi kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tun Abdul Razak (IPGM Kampus TAR).

Bermula daripada penaikkan taraf tersebut juga, kesemua IPG bakal mengeluarkan ijazah masing2 bagi Guru Pelatih PISMP batch pertama pada 2009 dan serentak dengan itu juga kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) dimansuhkan. Hanya KDPM Kemas sahaja yang masih wujud pada masa ini namun tidak disemua IPGM.

Kursus yang ditawarkan di IPGM Kampus Tun Abdul Razak.

Jika anda menerima tawaran menjadi warga IPGM, penempatan anda telah ditentukan dan Subjek anda juga telah ditentukan. Kita tidak dapat menukarnya kerana BPG telah membahagikan kita mengikut unjuran keperluan guru matapelajaran yang telah dibuat. Manakan tempoh pengajian pula iaitu 5 tahun setengah.



Saya bermula pada peringkat persediaan Ijazah (foundation) dengan subjek major saya Bahasa Arab, Pengajian Islam, Pengajian al-Quran dan minornya ialah Pendidikan Pra-Sekolah, namun ketika menyambung degree tahun 1 , major saya telah ditukar kepada majornya Pengajian Islam dan minornya Bahasa Arab serta pelbagai subjek elektif antaranya Tafsir al-Quran, Ulum Quran Ulum Hadith, Tamadun Islam dan banyak lagi. Satu subjek wajib yang harus kita pelajari ialah Pedagogi Pendidikan dan juga Bahasa Inggeris. Namun perubahan akan ada mengikut bidang kita. Berikut ialah Opsyen yang ada di IPGM Kampus Tun Abdul Razak.

PISMP Generasi Pertama (Kolaborasi dengan Universiti Deakin Australia)
Sarjana Muda Perguruan Sains

PISMP Generasi Kedua (Batch saya)
Sarjana Muda Perguruan Pengajian Islam (Opsyen Saya)
Sarjana Muda Perguruan Pengajian Sains
Sarjana Muda Perguruan Pengajian Matematik

PISMP Generasi Ketiga
Sarjana Muda Perguruan Pengajian Sains
Sarjana Muda Perguruan Pengajian Matematik
Sarjana Muda Perguruan Pengajian Muzik

Pra PISMP Generasi Keempat
Pra Sarjana Muda Perguruan Pengajian Sains Sosial
Pra Sarjana Muda Perguruan Pengajian Sains
Pra Sarjana Muda Perguruan Pengajian Pendidikan Jasmani
Pra Sarjana Muda Perguruan Pengajian Melayu


Astaka..
Dan bagi bakal2 warga IPGM Kampus TAR yang bakal mendaftar pada 14 Julai ini saya sendiri kurang pasti opsyen anda. Rujuklah pada surat tawaran. Yang pasti ialah sains social dan juga pendidikan jasmani. Opsyen lain masih ada tapi saya kurang pasti.

Lokasi dan Kelengkapan

IPGM Kampus Tun Abdul Razak terletak di Bahagian Samarahan, berhampiran dengan bahagian Kuching. Mengambil masa haampir 40 minit ke Bandaraya Kuching dengan motosikal dan hanya 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kawasan ini juga dikenali dengan penggilan Desa Ilmu kerana di sini terletaknya Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), UiTM Kampus Samarahan dan juga IPGM Kampus Tun Abdul Razak.

Bagi Kelengkapan pula boleh dikatakan serba mencukupi. Hendak disenaraikan banyak, namun ada juga yang tidak sempurna dan pihak pentadbiran sentiasa berusaha meningkatkan kualiti yang ada.

Dewan Utama.. Dewan Sri Samarahan...


Jabatan Akademik

1. Jabatan Hal Ehwal Pelajar (Jabatan HEP)
2. Jabatan Sains Sosial
3. Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM)
4. Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP)
5. Jabatan Pendidikan Jasmani
6. Jabatan Pengajian Melayu (JPM)
7. Jabatan Sains
8. Jabatan Matematik
9. Jabatan Bahasa
10. Jabatan R&D
11. Jabatan Teknologi Pendidikan (TEKNOPEN)
12. Jabatan Perpustakaan
13. Unit Peperiksaan
14. Unit GERKO
15. Unit Penempatan dan Praktikum


Blok Pentadbiran juga berada di pintu masuk utama..
Pusat Pengajian Islam (PPI)

PPI ialah satu pusat komuniti bagi guru pelatih IPGM Kampus Tun Abdul Razak, semua aktiviti keagamaan, pengajian kitab, diskusi ilmu, sambutan hari kebesaran Islam dan sebagainya diadakan di sini. PPI IPGM Kampus Tun Abdul Razak mempunyai prasarana yang mencukupi. Dengan mempunyai dewan solat dua tingkat dan juga pelbagai bilik kuliah serba guna. Aktiviti usrah, khemah ibadah dan juga diskusi ilmu adalah antara aktiviti yang diadakan di sini.

IPGM Semalaysia.

Negeri Perlis
1. IPGM Kampus Perlis, Perlis (I 3P)

Negeri Kedah
2. IPGM Kampus Darul Aman (IPDA)
3. IPGM Kampus Sultan Abdul Halim (IPSAH)

Negeri Pulau Pinang
4. IPGM Kampus Tuanku Bainun (IPTB)
5. IPGM Kampus Persekutuan Pulau Pinang (I 4P)

Negeri Perak
6. IPGM Kampus Ipoh (IPIp)

Negeri Selangor
7. IPGM Kampus Islam, Bangi (IPIs)

Negeri Kelantan
8. IPGM Kampus Kota Bharu (IPKB)

Negeri Terengganu
9. IPGM Kampus Kuala Terengganu (IPKT)
10. IPGM Kampus Sultan Mizan (IPSM)

Negeri Pahang
11. IPGM Kampus Tuanku Ampuan Afzan (IPTAA)

Negeri Sembilan
12. IPGM Kampus Raja Melewar (IPRM)

Negeri Melaka
13. IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka (IPPMM)

Negeri Johor
14. IPGM Kampus Temenggung Ibrahim (IPTI)
15. IPGM Kampus Tun Hussein Onn (IPTHO)

Negeri Sarawak
16. IPGM Kampus Batu Lintang (IPBL)
17. IPGM Kampus Tun Abdul Razak (IPTAR)
18. IPGM Kampus Rajang (IPR)
19. IPGM Kampus Sarawak Mir (IPS Miri)

Negeri Sabah
20. IPGM Kampus Gaya (IP Gaya)
21. IPGM Kampus Kent, Tuaran
22. IPGM Kampus Keningau
23. IPGM Kampus Tawau

Wilayah Persekutuan
24. IPGM Kampus Teknik (IPT)
25. IPGM Kampus Ilmu Khas
26. IPGM Kampus Bahasa-bahasa Antarabangsa (IPBA)
27. Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM)


Blok bilik-bilik kuliah...


Elaun

Ini antara perkara yang sering menjadi pertanyaan adik2 dan juga orang di luar IPGM. Secara kasarnya bagi yang sedang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), anda akan diberi biasiswa (bukan Elaun) RM 8400.00 setahun. Maknanya setiap semester memperolehi RM 4200.00 dan sebulan dalam RM 700.00. Itu bagi yang mengikuti Ijazah. Manakala bagi persediaan pula RM 450.00 sebulan. Maka belajarlah bersungguh-sungguh agar dapat sambung degree. Namun ini hanyalah pemberian kasar. Dan akan dipotong untuk pelbagai perkara mengikut keperluan semasa.

Moga-moga niat kita di sini bukan kerana elaun, tetapi atas rasa tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa pada masa hadapan. Saya secara peribadi, mengucapkan terima kasih dan syukur pada Allah.. Mungkin ada hikmah ditempatkan di sini. Di sini saya mengenal cabaran dakwah. Di sini saya belajar menjadi manusia. Di sini juga belajar mengenal manusia yang manusia dan juga manusia yang hanya bobrok mengaku manusia. Namun segalanya harus dilihat dari kacamata yang positif.

Adalah diharapkan perkongsian ini mampu memberi maklumat baru kepada anda yang bakal menyertai keluarga besar IPGM seluruh Malaysia.

- Dakwah Itu Perlu Hikmah -
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 1 Julai

5 comments:

Faiz said...

Syukur kepada allah kerana ditempatkan di IPGM. Tapi dala 1 hal,jangan lupa ucap terima ksih pada kerajaan pimpinan kita hari ini. jangan jadi kacang lupakan kulit. Dah dapat macam2 kemudahan, tak terima kasih pada kerajaan. saya sbagai guru pelatih ipgm kecewa dengan sikap 'bodoh' guru pelatih yang tak tahu terima kasih pada kerajaan.

Ustaz Nazmi said...

Kita berterima kasih pada semua orang dan juga makhluk..semua ini kita jumpa barangkali diutusakan Allah untuk mentarbiah kita samada dari segi pengalaman, teguran, mahupun persahabatan..Yang betul kita ucapkan terima kasih..yang salah kita betulkan, murnikan, jernihkan...janganlah jadi seperti namrud, firaun dan sebagainya, sudah memerintah, disumbang apa yang patut, lalu diminta pula disembahnya..takkan itu pun nak mengaku betul..tetap kena nyatakan ia adalah salah..w'alam..

eros asmara said...

Tarbiah tu bagus Ustaz, cuma pastikan awak berada di landasan yang betul dan tidak menyimpang. Jgn pula pensyarah IPG jadi alat sebaran Syiah/Wahabi...apa2 ajaran sesat masa kini. Surah AlWaqiah jelas kata Islam berpecah kepada 70, hanya 1 yg masuk syurga. Jadi awak cabang apa?

hasbe mohamed said...

Salam ustadz... mohon izin guna gambar iptar yg ada kat blog ustadz... cgu Hasbe : )

hasbe mohamed said...

jazakallahu kheir...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin