Monday, July 7, 2008

Kedah Bangkit


Walaupun prestasi semasa Kedah dihentam media massa, namun ia tidak menghalang sokongan padu kira-kira 3000 penyokong Kedah di Lembah Klang untuk membantu menaikkan semangat pasukan dan hasilnya PDRM berjaya dijinakkan 3-1 di gelanggang mereka sendiri.

Kedah yang bermula garang melakukan percubaan pertama menerusi Marlon Alex James seawal saat ke-22. Kemudian Kedah terus mengasak menerusi larian deras Samransak. Penantian peminat tidak lama apabila Baddrol berjaya menyudahkan keadaan kelam kabut di depan gawang PDRM dengan merembat kencang pada minit keempat perlawanan.

Perlawanan terus dikuasai Kedah dengan serangan-serangan yang menyebabkan pertahanan PDRM mula tertekan dan menukar corak lebih agresif. Namun PDRM juga sekali sekala mencuba menerusi gandingan Echesa dan Biaga yang begitu lincah. PDRM memperolehi jaringan penyamaan pada minit 20 menerusi Norfarhan Mohamad yang merembat kencang dari dalam petak penalti selepas pengadil memberi advantage walaupun bola terkena tangan Sabree di dalam kotak penalti sebelumnya.

Kedah terus mengasak dan beberapa kali mencemaskan gawang PDRM. Begitu juga dengan sepakan sudut Nelson San Martin yang terus terkena tiang. Ketika pemain PDRM berkira-kira untuk kembali ke bilik persalinan, Mohd Fadly Baharom bijak menanduk masuk sepakan penjuru Nelson ketika masa kecederaan separuh masa pertama untuk Kedah mendahului 2-1.

Kedah memulakan separuh masa kedua dengan asakan bertubi tubi dan hasilnya pada minit ke-54 Marlon Alex James pantas melepasi kawalan pemain lawan untuk menewaskan penjaga gol PDRM dalam situasi satu lawan satu. Kemasukan Mohd Khyril Muhymeen berjaya menggerakkan barisan depan Kedah namun ketumpulan penyudah menyaksikan kedudukan kekal sama sehingga minit terakhir.

Namun separuh masa kedua menyaksikan situasi tegang dengan beberapa bentesan keras oleh pemain PDRM hingga menyebabkan beberapa kali berlaku perang mulut dan pergeseran antara pemain. Begitu juga dengan Aksi pemain import PDRM yang beberapa kali menunjukkan isyarat lucah kepada peminat Kedah.

Perlawanan tamat dengan Kedah mencatat kemenangan Kedua dalam saingan Piala Malaysia 3-1. Kedah akan berhadapan dengan Kuala Lumpur selepas ini di Stadium PBKL Cheras setelah pertemuan menentang Pulau Pinang Selasa ini ditunda ke 26hb Julai 2008

Kad Kuning: Nelson San Martin, Mohd Khyril Muhymeen

Kedah: Mohd Helmi Eliza Elias, V. Thirumurugan, Fazliata Taib, Cornelius Bernard Hugging, Shafizan Hashim, Baddrol Bakhtiar, Sabree Abu, Nelson San Martin, Mohd Fadly Baharom, Samransak Kram (Mohd Khyril Muhymeen Zambri,57'), Marlon Alex James.

- Oleh www.Hijaukuning.com

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Belum pernah berlaku sebelum ini, perlawanan bolasepak Piala Malaysia berlangsung 'malam Jumaat'...?

Tetapi ia telah BERLAKU baru-baru ini...??

1) Adakah ia sengaja diadakan ?
2) Adakah ia mempunyai agenda yang tersirat?
3) Siapakah yang 'membenarkan' agar ia diadakan malam Jumaat?
4) Adakah pucuk pimpinan tertinggi FAM tidak mengetahui perkara ini?
5) Alasan yang diberi oleh FAM, mereka mempunyai jadual perlawanan yang ketat hingga terpaksa adakan pada malam Jumaat !

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin