Cukup terasa petang ni, buka gambar Baitullah, baca perihalnya, perjuangan Nabi, terus bergenang air mata, tidak pernah sampai, namun rindu yang melanda melebihi segalanya... Moga2 perancangan yang diatur dalam menghimpun wang dalam akaun khas akan berjalan lancar.. Walaupun dalam kesempitan antara dua.. yang mana patut didahulukan.. Niat di hati mahu sahaja dua2 dilaksanakan seiringan.. Namun kehidupan insan perlukan perancangan..
Ya Allah,
Ingin sangat ke sana, berada di bumi barakah, rukuk dan sujud pada Mu.. berjumpa kekasih Mu, Nabi Mu, agar rasa bertuhan ini makin bertambah, makin bercambah, berjuang atas Nama Allah...
Ya Allah..
Permudahkanlah harapan hambamu ini...
- Dakwah Itu Perlu Hikmah -
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 18 Julai
No comments:
Post a Comment