Monday, July 14, 2008

The Real Ayat - Ayat Cinta

BALING - Bekas guru Tadika, Halijah Daud tidak pernah menduga bahawa beliau akhirnya akan berkahwin juga pada usia 63 tahun.Hatinya tiba-tiba terbuka kepada Hussain Ahmad, 73, seorang duda yang dilihatnya sering ke masjid.Halijah sebelum ini tidak pernah berkahwin dan menganggap dirinya tidak lagi akan bertemu jodoh apabila beliau mencapai usia 50 tahun.

"Sebelum ini saya pernah dilamar ramai lelaki, tetapi saya menolak. Tetapi bila bertemu Hussain setiap kali selepas sembahyang jemaah di masjid, hati saya tertarik kepadanya dan apabila dia melamar saya, saya terus terima," katanya.

Hussain dari Kampung Sungai Dara, Tawar dan Halijah dari Kampung Pekan Tawar di sini dinikahkan di hadapan sanak saudara dan kenalan di Masjid Ihlahiah, Pekan Tawar semalam.

Mas kahwinnya adalah sebanyak RM552 dengan wang hantaran sebanyak RM4,000 berserta empat dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki.Halijah berkata, semasa menjadi guru tadika Kemas, beliau pernah mengajar anak-anak Hussain dan tidak menyangka bahawa kanak-kanak yang pernah menjadi muridnya dahulu kini menjadi anak-anaknya tirinya pula.

Bagi Hussain pula, seorang penoreh getah yang menduda sejak setahun lalu, menganggap perkahwinan kali keduanya ini adalah jodoh yang tidak diduga.

"Walaupun saya hanya kenal Halijah dalam tempoh sebulan di masjid, tetapi hati saya terus terpikat dan berkata dia adalah jodoh saya", kata beliau.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin