Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan.
Ternyata, siri jelajah kali ini benar2 menguji stamina dan juga kekuatan dalaman saya, 3 hari dengan 4 program dan jarak antara satu ke satu lokasi hamper serta lebih 50km setiap satu. Berhadapan pula dengan mad’u yang berbeza, dari pelajar sekolah menengah hinggalah kepada separa dewasa dan juga dewasa. Perkiraan yang silap dalam mengatur strategi tenaga amat menjadi pengajaran buat diri saya. Benarlah.. dakwah tanpa strategi akan dimusnahkan oleh dakyah yang berperancangan.
Perkarangan Gunung..
Atas jemputan rakan2, saya menghadiri program di perkarangan gunung. Satu program rasmi JPN yang menghimpunkan pimpinan pelajar menengah Muslim dari seluruh negeri Sarawak. Umpama kem kepimpinan. Dengan membawa beberapa orang sahabat yang pada perkiraan saya mampu menjadi pemudahcara yang berkesan. Saya hanya bertindak sebagai pemantau dek kerana bnyak program lain yang berturutan.

Ternyata saya tidak memeriksa terlebih dahulu keringat yang ada, sepanjang minggu sebelum program hampir setiap petang selepas kuliah saya menguruskan persiapan teknikal, persiapan lokasi, lokaliti dan juga perhubungan untuk program Bina Insan Guru siri 4 (saya sebagai pengerusi program) yang bakal diadakan di Kpg Santubong. Dua petang berturut-turut ke kampung berkenaan bagi menguruskan teknikal dengan berjumpa dengan Ketua Kaum, Penghulu dan juga pengerusi JKKK, manakala sebelah malam pula di isi dengan aktiviti Pusat Pengajian Islam seperti kuliah dan juga Usrah. Selepas itu menguruskan pula tangungjawab sebagai pelajar untuk siapkan asgment dan juga portfolio MQA. Ternyata, meter tenaga sudah menurun dan saya gagal mengesan perkara tersebut.
Qiam pemangkin tenaga..
Ini adalah hakikat jika melakukan qiam dengan sebetulnya. Ust Syahid tidak bersama kerana menguruskan MTQ peringkat IPG. Program yang tiba2 datang untuk mengisi hujung minggu kami yang sudah dirancang sesuatu yang lain. Maka saya ditugaskan untuk handle qiam dan juga zikir munajat serta kuliah subuh. Dalam kepala semakin berselirat. Sudah nampak apa yang akan terjadi esok. Esok saya perlu pulang segera ke IPG bagi mengikuti pertandingan tafsir al-Quran peringkat IPG. Ternyata masa saya makin suntuk. Tidur pada malam berkenaan agak lewat, selepas menguruskan adik2 dan juga taklimat fasi, saya terus membuka note book untuk merisik jika ada bahan2 yang mampu membantu saya dalam menyiapkan draf tafsir saya. Saya memilih surah an-Nahl ayat 1 sebagai ayat pilihan. Tepat jam satu barulah beradu.

Jam 3.50 pagi Ust Zamri dah mengejutkan saya, lalu dikejutkan juga sahabat2 yang lain. Dalam keadaan termanggu2 saya melihat langkah adik2 peserta yang sudah ke surau. Wah! Mereka gagah dalam mengerjakan qiam, Kenapa saya tidak.
Ketika sampai di surau, ternyata semua sudah sedia, muslimin hampir 4 saf manakala 3 saf bagi muslimat. Selepas memimpin solat Tahajjud, Taubat dan Hajat serta mengulang2 zikir munajat, ternyata badaan makin lemah, lantas saya jemput Ust Che Mo untuk pimpin witir. Terus saya kluar dari suar daan berehat di padang. Solat subuh diimamkan oleh Ustaz Zulhusni. Usai subuh, terus saya menyampaikan tazkirah, antaranya :-
- Hadis Nabi berkaitan bangun malam.
- Qiam sumber kekuatan.
- Serba ringkas perjuangan Khalid al-Walid serta Amr Ibn Al-As dan Tariq Bin Ziyad.
- Methodologi fatwa Sheikh Mustapha Sobri.
MTQ IPG
Hampir jam 7 pagi terus bertolak pulang. Saya yakin pada sahabat2 yang ditinggalkan mampu handle program dengan baik. Ketika itu sessi riadhah pagi. Kepala terus bedenyut2. Ketika memandu kereta saya mula bersyarah sorang diri sambil mengulang-ulang tafsir saya agar dihafaz dan mampu dipersembahkan tadi. Saya kaitkan juga dengan isu kotemporari dasar Islam Hadhari, Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sampai saja di Pusat Islam jam 8.30 pagi, terus rehatkan diri dan seketika kemudian sampai giliran saya menafsirkan ayat , segala yang saya mampu saya persembahkan dan keputusan hanya akan diketahui pada hari Khamis ni. Jika punya rezeki, saya akan bertanding pertandingan tafsir peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di negeri serambi Mekkah pada Ogos ini, Insya Allah. Jam 11 pagi saya pulang ke asrama, kepala masih berdenyut.
Muhasabah
Sebelah petang terus ke perkarangan gunung semula, melihat perkembangan di sana, ternyata peserta semakin rapat dengan Fasi Muslimin dan Muslimat. Itu yang dikehendaki. Sedikit sebanyak saya membantu persiapan aktiviti “ si Butaku Sayang ” yang akan dijalankan pada sebelah malam nanti. Terasa rugi tidak dapat menyertai. Lagi rugi tidak dapat hadir sessi ceramah pagi tadi yang disampaikan oleh Ust Afnan, penggiat aktiviti Rohani bumi Sarawak.
Selepas Maghrib terus ke Gunung Serapi. Hampir 1 jam 15 minit perjalanan. Sedikit kecewa, bilamana saya behenti untuk makan malam, kedai makanan muslim kebanyakkannya sudah ditutup, hanya tinggal kedai yang diragui sahaja. Saya memilih untuk membeli mineral water dan juga roti. Makan seketika dan kepala masih sakit.
Sampai juga tempat yang dituju. Slot saya hampir jam 11.30 malam. Alhamdulillah, melihat wajah2 peserta KPO, saya terasa bersemangat, wajah2 yang ingin memperjuangkan Islam di bumi Sarawak, apatah lagi mereka semua adalah anak Sarawak. Saya memulakan Muhasabah dengan berzikir pada Allah swt, moga dibuka hati semua yang hadir. Antara yang saya tekankan ialah :-
- Pertembungan batil dengan batil.
- Penyakit ummat pada hari ini merupakan akibat Iman yang tidak dirawat.
- Peranan pemuda - pemudi Islam
- Hakikat perjuangan yang sebenar.
Selalunya saya mampu bawa slot2 demikian melebihi 1 jam setengah. Namun saya hanya mampu bertahan 45 minit sahaja. Kepala dah berdenyut2 sakan. Allah, tenaga makin kurang. Saya cuba sedaya upaya menghabiskan apa yang sepatutnya. Apabila selesai, saya terus rehatkan diri.
Kuliah Subuh Teringkas Barangkali
Selepas solat subuh saya tersu menyampaikan kuliah pada hadirin. Memulakan dengan hadis Nabi tenang hakikat perjuangan dan juga Qiamullail. Seterusnya menekankan hakikat WAJIBnya kebersamaan Islam dalam segala hal. Juga disentuh, keharusan berdoa agar kehidupan kita samada sekarang mahupun akan datang dan juga dihujung usia terus istiqomah dengan Islam. Sayang, banyak yang hendak disampaikan, tetapi hanya mampu bertahan 10 minit sahaja. Tepat jam 6.15, kuliah terus di hentikan. Terus mencari ruang untuk rehatkan diri dan membaca al-Quran seketika.
Bersama Ustaz Abdul Rahman.. suka tersenyum..medan dakwah dan mendidik anak2 sarawak matlamat utamanya...
Perang Badar
Teruskan perjalanan ke Perkarangan Gunung semula. Dan ketika sampai terus membantu menyiapkan modul perang Badar. Satu modul yang menarik dan peserta gembira mengikutinya. Ramai yang “syahid” dalam modul tersebut. Aduh, dah makan panadol, tapi mcm makin sakit kepala ni. Tak pa lah. Majlis dah nak habis. Rakan2 saya yang lain pun letih. Bukan saya saja yang letih.
Ketika majlis penutup, saya diminta menyampaikan ucapan pada bakal2 “jundullah” muda ini. Dalam keadaan sakit berdenyut2 kepala. Saya menyampaikan ucapan sesemangat mungkin bagi membakar semangat mereka. Sirah Nabi dan sejarah sahabat sentiasa menjadi pilihan saya, juga diceritakan tentang sejarah peperangan Khaibar serta harapan saya pada peserta. Saya habiskan ucapan saya dengan mengajak peserta bersama2 laungkan “ Khaibar! Khaibar! Khaibar Ya Yahud ! Jaishu Muhammad! Wa Saufa Ya ud ! ”.
Harga jelajah kali ini.
Harganya ialah kesihatan saya terganggu, demam dan juga keracunan makanan. Mungkin saya singgah makan ditepi jalan kerana tiada masa dan perlu bergegas dari satu tempat ke satu tempat. Ada rakan yang risau,
“Nazmi, barangkali nta kena sanxx” “Ah..kaut..lupakan semua tu, di mana pun kita akan mati, Islam nak kena jaga”

IKRAR SAYA
Ada yang tanya, tak takutkan berdakwah di bumi Sarawak? Ini jawapan saya, saya anak Kedah, Orang Kedah, Orang Melayu. Kalau fikir logik, tak da sebab saya harus bantu masyarakat di sini. Namun atas dasar persaudaraan Islam. Saya teruskan dakwah ini. Pengorbanan ini hanya kecil dan ia adalah mata rantai perjuangan Nabi Muhammad saw. Tidak perlu gentar pada sesiapa. Org Kristian dan agama Bahai giat menjalankan dakyah mereka di borneo. Mereka jauh meninggalkan Islam. Kita masih takut pada bayang2 dalam kedaan masyarakat Islam terus dalam BAHAYA. Maka saya cuba sekadar yang mampu untuk mempertahankan agama saya. Itu saja. Bahkan pendirian saya ialah, jika hari ini rezeki saya ialah profesion perguruan, itu ketetapannya. Namun, jika Allah nak ubah, saya redha, tak perlu risau. Biar sakit di dunia namun saya akan menyesal jika sakit dihadapan Allah swt. Moga Allah berikan sedikit nikmat kesihatan untuk terus berjuang. Dan buat diriku, agihkan masa dengan sebaiknya agar badan mampu menerima bebanan yang sewajarnya.
- Dakwah Itu Perlu Hikmah -
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani -
Maahad Tarbiah Haraki 14 Julai

No comments:
Post a Comment