Wednesday, July 2, 2008

TANDA TANYA KES LIWAT BROTHER ANWAR BIN IBRAHIM?

Pemimpin ABIM di era 1970-an

Realitinya selepas PRU ke-12, inilah kemuncak karier politik Brother anwar Ibrahim selepas ditendang keluar dari hieraki kuasa UMNO dan kerajaan pada 2 september 1998.

Saat beliau menuju ke Putrajaya makin dekat, laluan dari Pendafdar Pertubuhan sudah diperolehi, sudah ada kerusi Parlimen yang bakal dikosongkan bagi membuka peluang untuknya bertanding, dan seterusnya mengegarkan Parlimen. Melihat bahasa tubuh Brother Anwar Ibrahim, antara sifat yang boleh dikesani adalah kebolehan mengemudi dan menyatukan pakatan pembangkang. Merencana halatuju tersusun dan menggugat kepimpinan UMNO-BN.

Dengan gaya oratornya, kekuatan hujah dan rasionalisasi ucapannya, komitmen dan konsistensi dalam perjuangan, istiqamah yang berkekalan dan tahan uji, jaringan hubungan meluas di peringkat domestik dan antarabangsa, menyebabkan rakyat umumnya melihat beliau antara calon terbaik sebagai Perdana Menteri. Apatah lagi usaha tersusun dan berterusan dlakukan untuk menarik 30 orang Ahli Parlimen menyertai Pakatan rakyat.

Dalam siri ceramah penerangan isu liwat di stadium Melawati, Shah Alam..

Namun episod terbaru, melalui laporan polis berhubung kes 'meliwat' dan diliwat yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, drop-out dari UNITEN, bekas pimpinan pelajar yang dikatakan 'gila glamour' seolah-olah meredakan detik pantas momentum gerakan Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.

Rakyat makin keliru, belum selesai soal tekanan harga minyak, kes rasuah, ex-gratia untuk bekas hakim, kes bunuh Altantuya, akuan bersumpah Raja Petra, kini timbul pulak isu liwat. Dunia memerhatikan rakyat Malaysia berpolitik. Persoalannya jika benar tuduhan liwat kali kedua ini adalah konspirasi, maka saya akui demikianlah betapa hebatnya gaya rakyat dan pimpinan di Malaysia berpolitik. Serangan mengaibkan, perancangan rapi, menjadikan peristiwa politik di negara ini sukar diramal, memang benarlah telahan pengkaji politik, 'politics is the art of possible'.

Ketika hadir dalam perhimpunan BERSIH

Namun timbul juga persoalan-persoalan lain:Mari sama-sama kita renungkan.

a) jika benar mangsa telah diliwat sebanyak lapan kali oleh Brother Anwar Ibrahim, kenapa menunngu sehingga 26 Jun 2008 untuk membuat laporan polis? adakah ini bermakna perlakuan 7 kali sebelumnya direlakan oleh mangsa?.

b) Kenapa mangsa, hilang dua hari sebelum laporan polis dibuat? Di mana mangsa sekarang? Siapa beliau dan keluaraga beliau yang sebenarnya?. Adakah mangsa ahli UMNO, PAS atau PKR?. Apa motof beliau sebenarnya jika beliau tidak diliwat?. Publisiti murahan, gila glamour, sakit mental atau diupah?.

c) Kenapa ada percanggahan fakta, satu mengatakan laporan polis dibuat di Balai Polis Jalan Travers, satu lagi kenyataan menyatakan laporan di buat di pondok polis Hospital Besar Kuala Lumpur?. Mana satu yang betul.

d) Mangsa juga dikatakan diliwat di sebuah kondominium mewah, berharag RM2.5 juta, jika menyewa kadarnya antara RM7,000-15 ribu sebulan, persoalannya berapa bayaran gaji bagi seorang pembantu khas pemimpin parti pembangkang sehingga mangsa mampu menyewa kondominium mewah bertaraf super-elit?

Ketika meninggalkan kedutaan TURKI...
e) kenapa van polis forensik mengambil masa selama lima jam untuk mencari bahan bukti di unit kondominium di mana dikatakan perlakuan liwat berlaku. Kenapa selepas lima jam, apabila van berkenaan keluar dari kawasan kondo, tiba-tiba pasukan forensik berpatah balik?. Adakah apa-apa bukti dijumpai atau bukti-bukti diada-adakan?. Jangan episod tilam, usung tilam berulang.

f) Apakah Wan Azizah begitu bodoh dan jika beliau benar-benar mengetahui bahawa Brother Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan tidak bermoral sebegitu, apakah beliau masih mahu terus hidup dengan DSAI. Bukankah ini menjerumuskan martabat dan maruah keluarga di lembah kehinaan.?

g) Melainkan jika ada bukti kukuh, seperti gambar, rakaman VCD seperti kes Chua Sua Lek, maka Anwar Ibrahim bolehlah disahkan terlibat, jika sekadar dalam bentuk lapuran dan kini mangsa pula dikatakan dilindungi, maka kebenaran adanya konspirasi tidak boleh dinafikan.

h) Di pihak Brother Anwar Ibrahim, selain pendekatan sivil dengan saman malu, kenapa tidak dilakukan pendekatan Islam dengan membuat sumpah mengikut hukum hakam Islam, ditempat dan kaedah sepertimana yang dianjurkan?, ini bertujuan membersihkan nama beliau jika benar beliau tidak terlibat.

i) Paling menjengkelkan kenapa mangsa yang barus berusia 23 tahun, tinggi 6 kaki tidak berbuat apa-apa, melawan kembali atau apa-apa tindakan lain jika sekiranya beliau benar-benar diliwat sebanyak 8 kali?. Adakah masuk akal, seorang pemuda yang gagah boleh membiarkan dirinya diliwat?.

Berucap dalam perhimpunan BERSIH..
j) Kenapa selepas aduan dan laporan polis di buat, tiba-tiba dengan tak semena-mena Brother Anwar Ibrahim mencari suaka dan perlindungan politik di Kedutaan Turki?. jika benar beliau menerima laporan risikan tentera bahawa beliau bakal dibunuh, kenapa sebelum hari Ahad 30 Jun 2008, beliau masih bebas kesana-kesini, berceramah dan menghadiri pelbagai majlis politik?. Kenapa tidak diambil langkah-langkah keselamatan lebih awal?.

Hal-hal lain terpulanglah kepada pembaca budiman untuk menilaikannya.. Pada penulis politik Malaysia sungguh ajaib dan hebat, kerana tahap dan daya perancangan cukup tinggi mengalahkan strategi politik yang diamalkan oleh Israel, Amerika Syarikat mahupun Great Britain, inilah diantara seni dan kebolehan tersendiri orang Melayu dan rakyat Malaysia apabila berpolitik. Gua caya sama lu lah beb. Mudah-mudahan, episod rusuhan, demonstrasi, pancutan air kimia, pengalaman dipukul dengan belantan oleh SB dan FRU yang pernah kawan rakan lalui semasa gerakan Reformasi 1998 lalu tidak berulang kembali. Masih banyak masalah lain yang rakyat perlu fikir dan selesaikan. Sama-samalah kita berfikir untuk kesejahteraan rakyat.

*Terkenang kembali peristiwa perhimpunan di Masjid Negara dan Dataran Merdeka, disuatu petang bulan september 1998. Hampir ditahan ISA, sudah imune dengan air kimia, belantan FRU.. Lawan Tetap Lawan.

SHEIKH AL-STARI.

Rujukan di KEDAH LA NIE
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Saya hanya sekadar menyatakan pendapat penulis dan pada perkiraan saya TANDA TANYA yang dibangkitkannya wajar di beri perhatian.
- Adalah diharapkan, negara Malaysia yang kita bina ini mampu di diami dengan aman dan damai serta penuh rukun berdasarkan prinsip Islam dan juga perlembagaan serta institusi kehakiman yang bersih.
- Apapun, institusi Polis harus bergerak dengan cara yang professional sejajar dengan piagam pelanggan yang mereka laungkan dan semua rakyat harus memberi kerjasama yang wajar..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin