Thursday, April 17, 2008

Jelajah 2008 @ Sek Men Teknik Sejingkat

Ustaz Syahid bersemangat dengan modulnya "Kesalahan dalam solat"

Remaja yang memberi tumpuan


"Duduk-duduk, jangan berdiri, ceramah dah nak mula dah"

Giliran Ustaz Nazmi pula dengan modulnya "Anak Soleh Sebagai Harta"





P/s, Khemah Ibadah ini diadakan di Sek Men Teknik Sejingkat, Kuching. Alhamdulillah, agak sibuk time tu. Tapi bila mana di minta sangat2 oleh Ust Hassan Basri (Ustazku ketika di Maktab Mahmud dulu yang kini berkelana di Sarawak), tak dapat aku tolak. Peserta dalam 160 orang muslimin dan muslimat. Sahabat2 seperjuangan. Syukran!!! Anda dah bantu ana dalam handle program ni. Ust Hassan. Syukran juga kerana ust mempercayai anak didik ust yang kekurangan ni.


Ustaz Syahid (Rakan ku) menyampaikan tajuk yang mudah tapi penting, Kesalahan dalam solat. Unsur teknologi yang digunakan begitu menarik. Entah bila dia buat video kesalahan dalam solat untuk setiap rukun tu. Kesian anak usrah dia si Yusri dan Fadillah kena berlakon untuk dirakamkan. Hehe..


Aku pula menggunakan modal biasaku untuk wat muhasabah, "anak soleh sebagai harta". Ramai yang menangis. Aku tak guna lagi teknik yang dipelajari di Maahad. Teknik "Api-Ayaq". Tapi guna pendekatan gabungan cikgu sukarno dan sir Azman (Sifu2 yang ajaq aku berceramah), belaian minda. Kita bukan paksa depa menagis tapi usik hati agar sebak dan langsung mengalirkan airmata secara sukarela . Air mata bukanlah tanda Insaf. Namun tak dapat dinafikan, itu adalah antara instrumen yang boleh diukur.


Pada Teknik Sejingkat, jika ada masa, ust akan ke sana lagi. Pada Ust Hasan. Layanan ust memang marvelous!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin