Sunday, April 20, 2008

Aku pening berpening


Assalamualaikum,

Banyak kerja ni sebenarnya, tapi tension pada beban kerja yang diberi tanpa bimbingan, fuhhhh.. letih gila aku di buatnya. Tulis dalam blog lagi baik..

Dari pagi aku bertungkus lumus menyiapkan portfolio Education Pengurusan Bilik Darjah. Ada nota kuliah yang tak lengkap akibat lecture yang kejap ada kejap tak dak. Jadi tak kan aku nak biarkan certain subtopik lompang. Cari la bahan di internet. Nampaknya keputusan aku menggunanakan broadband adalah lgkah tepat. Dah banyak dia bantu selain dari aku gunakan untuk cari bahan2 ceramah serta mendengar ceramah. Aku guna juga untuk buat asigment.

Sampailah tengahari masih tak siap. Makan tengahari pun pesan kat che mo ja. Badan mmg dah letih sngat akibat subjek tambahan yang datang mengejut akibat kesalahan dan kelekaan orang lain yang menyebabkan ia tak diajar dari awal sem. Hampir dua minggu setiap petang termasuk hari sabtu kena ganti bagi mencukupkan 30 Jam. Pada YDP IPDA, solehuddin, syukran! sanggup berkongsi bahan Subjek Hubungan Etnik...Duk tunggu bahan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) belum sampai lagi la pula..Inilah nasib bila pihak yang mentadbir melakukan kesilapan, maka customernya perlu tanggung pula.Aku tak nak komen bnyak. Jadi kes pula nanti.

Petang dalam jam dua nak guna untuk tidur tak dapat juga. Siapkan KKBI sirah dan Ibadah. Terpaksa teliti bahan yang ada dulu. Pas Asar ada Usrah Muslimin. Tak bleh tinggal. Tersengguk-sengguk aku dalam usrah tadi. Pas Maghrib cari bnda makan. Tringat pagi tadi, En Syah call tanya mampu handle khemah ibadah untuk budak POLI ke tak. Bg Syah, ana surender, padat sangat aktiviti ni, "parlimen" ana sendiri kena tumpu juga. Pusat Islam yang aku sebagai pengerusi sudah lama tidak ada aktiviti baru. Yang ada cuma aktiviti mingguan yang memang kita adakan secara berkala. Harapnya 25 APril ni menjadila nak buat qiam perdana. Aku dah pas pada timbalan aku Ustaz Syahid untuk handle. Dia mampu...

Exam dah hampir, belajar masih celaru, Ya Allah, permantapkanlah kekuatanku agar mampu menempuh ranjau yang Kau hidangkan dimedan ujian mu ini...

Allah Hu Akhbar!!!!
(Gambar :- Masa teman mak dan ayah datang Sarawak. Bawa depa gi muzium Kucing. Jadi bergambar atas bukit kat situ)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin