Satu buku yang aku syorkan pada sapa saja yang cintakan Islam yang harus kita miliki. Satu huraian yang islamik dan realistik dan bukan terawang-rawang. Aku berpendapat buku ini lebih bagus dari kita baca novel yang kononnya 'islamik' dan pembacanya mula 'berterbangan', 'akulah watak wanita/lelaki solehah dalam novel ini', dan akhirnya jika tanpa benteng akhlak serta kefahaman agama yang kukuh, depa mula nak bina hidup, cari pasangan seperti jalan cerita novel. Terjadilah kejutan budaya yang bahaya. Payah nak hurai, anda perlu ingat, jika kita baca novel sebegini, polemik serta tempoh masanya barangkali 9-10 tahun. Kita tak dapat bina hidup yang berjaya dalam sehari baca novel dan esok nak laksana.
Kefahaman adalah perlu agar kita tak terbang lagi. Pastikan islam sebati dengan hidup kita. Baca novel untuk cetus semangat dan tafaqquh fidden untuk memperkasakan semangat itu agar kita tidak lari dari matlamat kita untuk meng 'ubudiyyah' kepada Allah. Ingat, matlamat hidup bukan untuk zaujah solehah sahaja. Sekadar pendapat sahaja. Tak tau la kalu ada orang yang tak bersetuju.
No comments:
Post a Comment