Friday, April 18, 2008

Remaja Sayang Masjid (RESAM) @ Surau Darul Husni Wa Rahmah

Banner yang ala kadar saja

Besaqnya surau ni..jenuh la nak basuh

Bukti yang terang lagi bersuluh aku sumbang sesuatu..hehe



Bersama Jim yang sempoi..nak letak mana plastik ni??


Ustaz Zul menunjukkan skillnya yang diperolehi di PLKN


Menyampaikan ceramah "remaja Oh Remaja" pada sebelanh petang.

Pengarah projek, Ust Che Mo menyampaikan cenderahati kepada wakil pengerusi surau Darul Husni


Sebelum balik, bergambaq dulu..Dah sehari suntuk di sini..


PENDAHULUAN.

Senario kini menggambarkan anak muda sering menganggap masjid sebagai tempat untuk melakukan ibadah semata-mata. Oleh itu, program ’Remaja Sayang Masjid’ (RESAM) ini merupakan langkah awal yang di harap mampu memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya kelompok remaja itu sendiri tentang kepentingan institusi masjid dan peranannya masa kini. Program ini dianjurkan oleh guru pelatih SMPPA 1107 pada 29 Mac 2008 sebagai suatu khidmat komuniti bagi Bina Insan Guru 2008.

OBJEKTIF

- Memberi kesedaran kepada ahli kumpulan tentang kepentingan institusi masjid kepada masyarakat.
- Mengeratkan Silaturrahim di antara guru pelatih dengan masyarakat setempat.
- Memupuk semangat kerjasama antara guru pelatih dalam kumpulan SMPPA.
- Melahirkan kemahiran sosial di kalangan guru pelatih.

p/s program ni kami buat di Kuching. Untuk memenuhi kerja kursus kami. Pengalaman yang menarik bila kita terpaksa berkomunikasi dengan masyarakat Urban di negara ni. Inilah yang aku hadapi pada masa hadapan. Mad'u semakin hari semakin 'terpesona' dengan urabanisasi. Terima kasih kepada jawatankuasa surau yang bagi kerjasama pada kami.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin