Perkataan Ibadah atau Ibadat banyak takrifnya, berdasarkan kepada nadhar (penilikan) para ahli dan maksud yang dikehendaki ahli ilmu. Seorang penulis, Ahmad Mohd Salleh (2001 : 71) dalam bukunya Pendidikan Islam : Asas Dinamika Guru, Jilid 1 menyatakan Ibadah dari segi bahasa ialah merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Dari segi syarak pula beliau berpendapat ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Turut disertakan di sini pendapat atau definisi Ulama tradisional.
Pendapat Ahli Bahasa.
Ahli bahasa mengertikan Ibadah sebagai taat, menurut, mengikut, tunduk. Mereka mengertikan juga dengan tunduk yang serendah-rendahnya dan dengan doa. Ini berdasarkan Firman Allah dalam surah Yassin ayat 60 :-
“Bukankah Aku Telah memerintahkan kepadamu Hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu"
Ulama tafsir, tauhid dan hadith pula menyatakan Ibadah ialah mengesakan Allah SWT dalam apa juga keadaan. Firman Allah SWT dalam surah Adz-Zaariyat ayat 56:-
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”
Pendapat Ulama Tasawuf.
Ulama Tasawuf pula mengertikan Ibadah sebagai, “Seseorang mukallaf mengerjakan” sesuatu yang berlawanan dengan keinginan nafsunya, untuk membesarkan Tuhannya”. Mereka turut mengertikannya sebagai Ubudiyah atau memperhambakan diri kepada Allah SWT. Dan beribadah menurut pengertian ahli tasawwuf terbahagi kepada tiga :
Pertama :
Kedua :-
Ketiga :-
Namun antara pengertian yang paling mudah untuk difahami mengenai Ibadah mengikut buku Panduan Ibadah Muslim yang disediakan oleh Jawatankuasa Penerbitan Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (1998:viii) ialah ibadah merupakan ketundukkan, ‘Ubudiyah, ketaatan dan penyembahan kepada Allah.
Maksudnya: Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa pun… (Surah An-Nisa 4: 36)
Firman Allah swt juga dalam surah az-Zumar ayat 60 :-
“Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri?”
Ahmad Mohd Salleh (2001 : 72) menyatakan Ibn Taimiyyah berpendapat bahawa ibadah dalam Islam itu mengandungi unsur ketundukan / ketaatan yang digabungkan dengan unsur kecintaan. Ibadah dalam Islam mengandungi makna kemuncak ketundukan, kemuncak ketaatan dan kemuncak kecintaan. Beliau berkata lagi: Sesiapa yang tunduk kepada seseorang manusia dengan keadaan benci, dia tidak menjadi hambanya. Begitu juga jika dia mencintai sesuatu tanpa ketundukan kepadanya, ia juga bukan ibadah, seumpama cinta seseorang kepada anaknya dan kawan-kawannya. Oleh itu salah satu dari dua unsur tersebut (tunduk dan cinta) tidak cukup untuk dipanggil ibadah kepada Allah S.W.T. Seorang hamba mestilah mencintai Allah S.W.T. mengatasi segala kecintaan yang lain.
Kesimpulannya, Ibadah ialah keyakinan, sikap amalan dan keadaan yang memenuhi makna-makna yang disebutkan dalam hubungan manusia dengan Allah swt.
PEMBAHAGIAN IBADAH
Secara mudahnya ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah umum dan ibadah khusus. Kebanyakkan daripada ibadah ini dilakukan oleh umat Islam. Namun kebanyakkan penganutnya tidak menyedari ibadah yang mereka lakukan itu terbahagi kepada umum dan khusus.
Ibadah dalam Islam mempunyai bidang yang sangat luas sebagaimana luasnya Islam itu sendiri. Pelaksanaan ibadah yang sempurna merupakan cara pengukuhan iman dan cara mendidik akhlak manusia ke arah yang lebih mulia.
Memandangkan semua perbuatan manusia yang berlandaskan syariat Allah swt dikira sebagai ibadah, para ulama telah membahagikan ibadah kepada dua jenis, iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. Pembahagian tersebut dibuat mengikut tujuan dan cara amalan itu dilakukan.
1) Ibadah Khusus.
Ibadah Khusus ialah semua amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah swt, samada fardhu atau sunat seperti solat, puasa, zakat, haji, doa, zikir, membaca Al-Quran, berdakwah, berjihad dan seumpamanya.
Ibadah khusus lebih merujuk kepada amal kebaikan yang melibatkan individu dengan Allah swt. Ibadah-ibadah ini wajib dan digalakkan ke atas setiap umat islam yang mukalaf. Apabila ibadah khusus dilaksanakan mereka akan diberikan pahala. Jika meninggalkan ibadah khusus yang diwajibkan, mereka akan mendapat dosa.
-- Ibadah yang merupakan kewajipan kepada setiap muslim. Contohnya; solat, puasa, zakat dan haji.
--Ibadah yang merupakan amalan-amalan sunat bagi setiap muslim. Contohnya; membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan bersedekah.
2) Ibadah Umum
Ibadah umum ialah semua amalan kebaikan yang disyariatkan oleh Allah swt bagi menghubungkan manusia dalam sesebuah masyarakat demi kebaikan dan keharmonian hidup bersama. Amalan kebaikan itu sama ada berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah atau sunat seperti tolong-menolong, bekerjasama, bertimbang rasa, bekerja mencari nafkah, membangun serta memajukan negara, dan sebagainya. Contoh-contoh ibadah umum adalah seperti berikut:
Fardhu Ain : Menuntut ilmu dan bekerja
Fardhu Kifayah : Membuat penyelidikan, menggerakkan ekonomi Negara, memajukan bidang sains dan teknologi, mempertahankan Negara, berniaga dan seumpamanya.
Untuk lebih kefahaman lagi, Shukri Ahmad (1998 : xiv) dalam ucapan pendahuluannya menyatakan ibadah khusus juga dipanggil Hablumminallah iaitu ibadah yang dilaksanakan tertumpu skop perlaksanaannya hubungan manusia dengan Allah manakala ibadah umum dikenali sebagai Hablumminannas iaitu hubungan manusia dengan manusia dan alat.
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
20 April 2008
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)
Pendidikan Islam-Ulum Syar'iyyah-Ibadah
4 comments:
Salam ziarah, nak tnye,
Ahmad Mohd Salleh (2001 : 72) ni, 72 ni refer kpd ape? muka surat ke?
thnx.
72 tu muka surat daripada buku yang dirujuk.... Terima kasih...
72 tu muka surat daripada buku yang dirujuk.... Terima kasih...
Post a Comment