Sunday, June 29, 2008

Apa Kono ee Jang??? : Kenangan KAGUM 2008

Urusetia yang hanya rajin di depan lensa kamera...
Assalamualaikum Wtb Salam Perjuangan

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dirafaqkan ke hadrat Allah. Setelah seminggu berkampung di Noghori Adat Pepatih akhirnya pulang juga ke Sarawak. Saya sebenarnya menghadiri KAGUM Unit Beruniform Institut Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan yang di adakan di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dari 22 hingga 27 Jun yang lalu. Kotinjen IPGM kampus Tun Abdul Razak diwakili 50 Peserta, 5 Urusetia, dan 9 Pegawai. Saya bertindak sebagai urusetia di sana. Program ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Pengarah BPG dan juga Perasmian Penutupnya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran .

Bergambar dengan peserta IPGM kampus Kent, Tuaran, Sabah...
Unit beruniform yang terlibat ialah Kadet Remaja Sekolah (KRS), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Pandu Puteri Kadet (PPK), dan juga Pergerakan Pengakap. Ini adalah antara unit beruniform yang ada di Institut Perguruan sebagai salah satu bentuk persediaan kepada guru pelatih di masa hadapan untuk menjalankan aktiviti Kokurikulum di sekolah yang bakal mereka ditempatkan.

IPTAR ku Gemilang....Khemah yang hanya ala2 kadar..
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

Alhamdulillah, sebagaiaman di sekolah menengah, di IPG pun saya dipilih menyertai BSMM, dulunya dikenali PBSM namun selepas penjenamaan semula (rebranding) yang telah dilakukan, namanya ditukar kepada BSMM. Kalau dahulunya baju T-Shirt nya berwarna putih. Sekarang ditambah satu lagi baju iaitu berwarna Merah yang juga boleh dipakai ketika Operasi.

Dari pemerhatian saya BSMM adalah satu organisasi yang bergerak bebas membantu ketika bencana alam. Jarang di dengar unit2 beruniform lain yang menghantar pasukannya ketika membantu bencana alam. Kebanyakkan mereka hanya berkisar kepada latihan untuk pelajar sekolah sahaja. BSMM juga mendidik ahlinya untuk mengetahui cara memberikan bantuan mula jika berlaku kecemasan. Bertindak ala-ala doctor la. Ya la, pernah bercita2 menjadi doctor, namun tak berjaya, jadi ahli penyelamat pun boleh la…..


Dakwah Itu Perlu Hikmah.. Dari kanan Steven, Tan (Cina Baling) dan juga Surria...
Sub Camp 1

Perkhemahan ini melibatkan hampir 1500 peserta. Dibahagikan kepada 5 camp dan bagi BSMM, peserta dibahagikan kepada 5 Sub Camp, IPGM kampus Tun Abdur Razak (Sarawak) berada di Sub Camp 1 bersama2 IPGM Kampus Temenggung Ibrahim (Johor), IPGM Kampus Darul Aman (Kedah), IPGM Kampus Ampuan Afzan (Pahang), dan IPGM Kampus Keningau (Sabah).

Rasanya Sub Camp 1 adalah subcamp yang palin best kerana anggotanya meliputi dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung yang terdiri dari Zon Utara, Zon Selatan Dan Zon Pantai Timur. Banyak sahabat2 yang diperolehi. Bersama2 dalam banyak perkara dalam mendirikan khemah, bantuan kecemasan dan juga lari ke belakang hutan untuk mandi air terjun (tak dibenarkan oleh urusetia, mana tahan, 6 hari air terjun lalu tepi khemah).


Inilah rakan2 IPGM ku yang turut serta..sebelum membuat persembahan Kemanusiaan..


Sebagai Urusetia

Bagi BSMM, Urusetia dari 27 IPGM telah bergabung untuk membentuk satu jawatankuasa dan saya telah diamanahkan untuk memegang Biro Kerohanian dan Moral. Pembantu saya ialah kak Chik (lupa nama la) Guru pelatih KPLI dari Institut Perguruan Islam (IPIs) Bangi. Tugasnya pakat2 paham la,bab2 solat dan juga tazkirah. Itu tugas rasminya, namun yang tak rasminya banyak sangat2.

Urusetia ni ditadbir oleh saudara Arfino, Guru Pelatih KPLI dari IPGM Kampus Batu Lintang ( Sarawak ) seorang yang sempoi dan suka2 hati bila membuat pengumuman menggunakan dialek Melayu Sarawak yang pekat dan menyebabkan ramai yang terpinga2 tidak paham apa yang diumumkan. Terpaksa la saya translete untuk kesejagatan bersama. Apapun, dalam aktiviti yang separa padat telah memberikan kecerian kepada Camp BSMM


Bersama sahabat lama, Rizal dari IPGM Kampus Gaya, Sabah...
Kerohanian

Sekoyong-koyongnya amatlah tidak berkenan dengan situasi peserta di sana. Begitu tidak memperdulikan soal solat. Saya telah mengambil pelbagai inisiattif seperti membuat pengumuman akan waktu solat, agar ada pelatih untuk hadir ke surau untuk solat berjamaah. Namun tidak begitu dihiraukan. Kalau solat di khemah rasanya boleh diterima, namun didapati ramai yang tidak begitu mengambil berat soal solat. Setiap kali tiba waktu solat, penganjur menyediakan ruang yang cukup, namun masa yang diberi lebih dihabiskan dengan berbual2 , makan dan juga tidur. Wahai sahabat2 ku, bangunlah, kita bakal guru yang bakal mendidik anak bangsa, pastikan hubungan kita dengan Allah swt sentiasa maintain.
Ghadaffi atau lebih femous di Maahad sebagai Ghadap....
Namun, tahniah juga pada rakan2 yang terus memberikan sokongan dengan hadir aktiviti solat berjamaah dan juga sessi tazkirah pada setiap hari. Banyak juga perkara yang negative berlaku di sini, namun tak perlulah saya ceritakan. Cukuplah dengan saya berazam, andaikata aku jadi guru pada masa kelak, jangan ulangi kemungkaran yang sama. Setiap aktiviti yang dijalankan haruslah ada konsep wiqoyah (pencegahan) di dalamnya.

Jejak Kasih

Program sempena 6 hari ini sebenarnya telah menemukan saya dengan ramai sahabat2. Ada diantaranya hanya dikenali ketika mewakili IPG untuk MTQ dan Syarahan. Dapat kami berjumpa kembali di sini. Sahabat2 Maahad seperti Ghadafi dan Syafiq Md Nor turut saya temui. Hasil daripada bualan kami. Alhamdulillah, mereka masih komited pada perjuangan agama Allah hasil didikan bumi waqafan Maahad Mahmud. Ada juga jumpa orang kampung yang kini menjadi pelatih KPLI dan juga saudara mara yang kini menjadi pensyarah. Setidak2nya dapatlah mengeratkan perhubungan persaudaraan dan juga ukhwah Islamiah antara kami.

Syafiq Md Nor..Rakanku dalam LPTMM
Kenangan Manis

Selain daripada bertugas sebagai urusetia kerohanian, saya banyak menghabiskan masa bertugas di khemah urusetia dan juga di Klinik Bergerak BSMM dari Ibu Pejabat. Disini banya ilmu yang saya dapat. Antaranya saya dilatih untuk mengukur Blood Pressure (BP). Wah, dah macam doctor dah. Namun rasanya sepanjang bertugas di situ, yang paling manis ialah bilamana ada seorang rakan yang cedera namun tidaklah teruk, dan harus dibawa ke hospital Kuala Pilah untuk tindakan lanjut.
Paramedik celup yang menjadi tumpuan..
Paramedik yang agak gila2 telah mengajak saya untuk menemaninya menghantar peserta dengan menggunakan ambulan BSMM. Namun disebabkan kami kekurangan masa, paramedic yang bernamai Ijai telah memasang siren ambulan. Bayangkanlah, masa perjalanan yang mengambil masa 30minit telah dapat dikurangkan menjadi hanyalah 8 minit. Mana taknya, beselerak habis kereta, trelar dan bas ke tepi jalan memberi laluan. Itu la gamaknya jadi menteri kot ????
Bersama Ajai (tengah), paramedik yang banyak membantu..ni di Nilai 3...

Dua Blogger kembali bertemu…

Dalam perjalanan pulang pada hari Jumaat, kami singgah sebentar di NIlai 3. Almaklumlah, kotinjen kami ni agak ramai perempuan, Nak beli kain baju, yang lelaki hanyalah lepak2 ditepi jalan saja. Manala nak pandai memilih kain. Tak pandai membeli katakan.

Seterusnya bertolak ke KLIA, flight 850 malam. Ketika Chek in berjumpa dengan Ustaz Hasrizal bersama keluarganya, dia ada program di Terengganu. Alhamdulilah, ust hasrizal masih ingat program TOT di kuching dan juga saya yang banyak berbual dengannya ketika di sana.

Ustaz Hasrizal, Ustaz Nik Zul (pensyarahku) dan Ustaz Nazmi..

Aisyam (kanan) bersama Abu Saif dan Ummu Saif sekeluarga...


Jadi dapatlah juga bertemu dengan Ummu Saif, Saiful Islam, Naurah dan juga Imad, Semua sempoi2 ja. Hasil daripada bualan kami, Insy Allah, Bulan ogos ni Ust Hasrizal akan ke Sarawak untuk handle program anjuran pelajar2 perubatan Irlend yang diketuai oleh Azri Bohari (orng Kuching ni). Program tersebut akan dijalankan di sabah dan juga Sarawak. Saya mungkin akan terlibat di Sarawak sahaja atas keterbatasan waktu.

Baiklah, banyak lagi yang nak ditulis, Tapi mcm malas ja… Apapun, musafir kali ni mengandungi pelbagai hikmah tersembunyi. Semakin banyak mengenali sahabat dan juga kawan serta manusia. Moga2 ada natijahnya. Insya Allah.

- Dakwah Itu Perlu Hikmah -
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 29 Jun

Makluman dari Maahad

Forum Perdana ini diadakan pada 27 Jun yang lepas. Tetapi saja nak maklumkan, dah diminta oleh adik Maahad. Tapi masa tu masih di Nilai lagi..

Tempat
Dewan Sultan Badlishah, Maahad Mahmud Alor Setar (MMAS)

Pengerusi Forum
Ustaz Helmi Sulaiman
(Pensyarah POLIMAS - Bekas KP LPTTMM, Bekas Tenaga Pengajar MMAS)

Ahli Panel

1. Ustaz Yusof Bin Awang
( Pengerusi Persatuan Belia Sungai Petani )

2. Ustaz Rijaluddin Bin Yahya
( Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Persekutuan Pulau Pinang )

3. YB Ustaz Nasir Bin Zakaria
(Ahli Parlimen Padang Terap )

Sunday, June 22, 2008

Blog ana akan berehat...

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan ....
Alhamdulillah..Kedah menang juga menewaskan Selangor.. Namun saya tidak mempunyai kesempatan untuk berbual panjang mengenainya...
Buat sahabat2 yang mengikuti perkembangan blog saya, terima kasih, blog ini akan berehat selama seminggu mulai esok (22 Jun) hinggalah Sabtu (28 Jun) Minggu depan..
Atas tugasan rasmi dan amanah yang diberikan.. Saya akan bertolak ke Seremban jam 8.20 pagi esok dengan menggunakan penerbangan MAS ke KLIA dari Kuching.. Di sana, kebanyakkan aktiviti saya berkisar di Ulu Bendul, mungkin ke Kuala Pilah, Bangi, IP Teknik dan IP Khas. Doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik agar sama2 dapat berblog dan meneruskan perjuangan di sini semula.. Lagipun banyak pula tugas Pusat Pengajian Islam yang belum saya laksanakan sem ni.. terasa rindu pula.. Moga Rindu pada perjuangan ini akan berbayar Insya Allah...

Saturday, June 21, 2008

Tiba-tiba bergenang air-mata

“ Lepas bengkel kita p rumah ateh nak?” Kak Syu mencelah

Kami angguk. Sayalah yang paling suka sekali. Asyik dengar saja orang cerita pasal ateh, jumpanya belum lagi. apa istimewanya Ateh?Inilah sebuah pengalaman ‘kehilangan’ saya lebih kurang sebulan yang lalu. Sebenarnya terlalu banyak cerita dan mutiara-mutiara yang saya temui sepanjang ‘kembara’ saya kali ini. InsyaAllah untuk slot kali ini, saya dahulukan kisah ateh. Ya, Ateh.

Selesai sahaja bengkel menulis yang saya hadiri bersama sahabat-sahabat, kami terus konvoi menaiki motor ke rumah Ateh. Di mata ini sudah terbayang-bayang, bagaimana rupanya Ateh, rumahnya, kehidupannya. Debar pun ada juga. Tidak sampai 10 minit, kami telah sampai di hadapan sebuah rumah pangsa yang agak lama binaannya.

“ Mana rumah Ateh?”

“ Tu ha, yang ada papan tutup tu”. Kak Syu menuding.

Mata saya terlekat pada sebuah rumah yang memang nampaknya tidak berpenghuni.
“ Ateh dok dalam tu ke?” Sekadar dalam hati soal saya.

Elok sahaja saya membuka pintu, bersepah kucing dalam rumah ateh. Wah, sayalah orang pertama yang lari keluar. Bukan takut, cuma memang geli.Namun, demi ateh, saya usahakan juga melawan ‘elergi’ saya dengan kucing. Saya mengitari ruang rumah ateh. Longgokan perabot yang lama-lama di suatu sudut. Cuma ada satu kusyen dan satu katil macam di hospital. Ruang tamu rumah agak sempit dengan alas tikar yang bertabur dengan sisa makanan kucing. Saya menginjat memijak lantai. Ya, Allah, baru sedikit apa yang saya lihat ini.

Rumah ateh hanya ada 2 bilik. Ruang dapur yang muat-muat untuk 2 orang, juga bilik air yang juga cukup-cukup sahaja. telinga saya sekarang tertangkap pada suara ateh dari sebuah bilik. Ateh, seorang perempuan tua sekita umur 60an. Yang saya lihat ketika itu dalam keadaan bertelekung sambil memegang Al-Quran di tangannya. Wajahnya lebih-lebih ceria melihat kehadiran kami berempat.

“ Ini siapa namanya?”

“ Saya Nurul ‘Izzah , Teh..’Izzah je ateh panggil k..”

Saya menghadiahkan senyum buat Ateh. Ateh lagi manis senyumnya. Mulalah saya dan ateh bertaaruf. Merungkai sedikit demi sedikit kekekokan antara kami. Untuk sahabat sekalian, ateh sudah bertahun-tahun lumpuh sepenuhnya. Segala makan minum dan mandinya adalah dengan ihsan penduduk flat tersebut. Jika tiada yang datang menjenguk, maka tidak makanlah ateh. Tidak berbasuhlah badan Ateh.

Sahabat semua juga harus tahu, derita hidup ateh ini pernah disiarkan di MHI untuk meraih simpati mereka yang berhati. Mujurlah, ada di antara pelajar-pelajar UIA yang lunak jiwanya dengan saudaranya, mereka mencari Ateh yang kebetulan tinggal tidak jauh dari UIA. Di situlah hidup Ateh mula menjadi perhatian. Bahkan, ia sudah menjadi rutin mingguan untuk rotate jadual menemani ateh. Membersihkan rumah, memasak, grooming diri ateh, bercerita itu dan ini dengan Ateh. Layaknya Ateh ini macam seorang nenek yang begitu ramah dengan cucunya.

“Ateh nak makan, kami beli makan untuk ateh?”.

Ateh menggeleng. Manja Ateh memberitahu kami, dari semalam dia tidak makan apa-apa. Yang terbayang di mata saya adalah nenek saya. Entah dari mana, kasih buat Ateh menyusup-nyusup mengembang dalam hati. Saya letakkan ikan, dalca nenas dan juga nasi putih buat Ateh. Suka sangat saya melihat Ateh menganga mulut menerima suapan saya. Selera benar Ateh sehinga bertambah-tambah ateh makan. Ateh-ateh

“Ateh buat apa dengan buku ni?” saya hairan melihat Ateh seperti mencatat sesuatu dalam sebuah buku tebal.

“ini diari Ateh, ateh tulis semua apa yang Ateh lalui. Ha, macam hari ini, ateh tulislah, hari ini izzah suapkan Ateh, dia sembang-sembang dengan Ateh, lepas tu, Ateh tulis doa sebab dia tolong Ateh.” Ateh galak bercerita dengan senyumnya yang meruntuhkan jiwa saya.

Ateh!

Mata saya hampir berkaca. Saya tahan-tahan juga. Kerana saya datang untuk senyumkan Ateh. Ateh cakap lagi, diari itulah nanti yang akan menghiburkan sunyinya. Yang membawanya mengimbau hari-hari gembira dalam bab-bab hidupnya. Saya jadi pendengar cerita-cerita ateh yang setia. Aduhai, jika mahu saya ceritakan cerita-cerita Ateh itu, memang seminggu tidak habis.

Lebih kurang lepas asar, bermulalah operasi memandikan ateh. Jujur saya katakan, inilah kali pertama menguruskan orang yang lumpuh sepenuhnya. Ya, memang saya tidak biasa. Anda faham-faham sahajalah, lampin pakai buangnya harus dibersihkan, alas baringnya harus diganti yang baru. Senang cerita, ibarat mahu menyiapkan seorang bayi yang baru dilahirkan.“Hai izzah, inilah satu latihan untuk masa akan datang, baik belajar dari sekarang.” Begitu hati saya menyuntik semangat.

Ateh ini agak berisi orangnya, sudahlah yang datang semuanya molek-molek sahaja. Boleh kata, hampir patah tulang kami memindahkan ateh. Tapi yang lebih kasihankan adalah Ateh, pastinya terasa sakit berhempas ke kiri ke kanan. Maafkan kami Ateh. Maklumlah, inilah pengalaman pertama kami. Saya mengambil bahagian membersihkan kepala Ateh. Untuk kepala yang agak lama tidak berbasuh, pastinya tebalan kelumumur yang pertama sekali saya kikiskan. Banyak juga kuping-kuping kelumumur kering yang terkumpul dalam besen yang menakung basahan air. Kemudian saya lumurkan syampu dan perapi pada rambut ateh. Wah, wangi-wangi kasturi rambut Ateh.

Hampir 3jam juga barulah kami selesai menyiapkan Ateh seperti ‘orang baru’ . Alhamdulillah, saya teramat senang melihat Ateh rasa segar. Lampin telah berganti, alas tidur semuanya yang baru, kepala sudah berangin, gigi sudah bergosok, bedak juga kami telah sapukan ke muka Ateh. Kemudian dipakaikan Ateh telekung .ateh tidak putus-putus ucap terima kasih. Yang kami amin-aminkan adalah doanya yang lekang-lekang buat kami. Jika tiada apa yang menghalang, mahu sahaja bermalam dengan Ateh, tetapi banyak program yang menanti saya esoknya.

“ Izzah, tinggalkan no telefon ye, tulis kat dinding tu ha”.

Saya mencatat di dinding besar-besar. Sebelah Ateh telah disediakan telefon. Senang-senang Ateh boleh terus call kalau ada hendakkan apa-apa. Sisi kiri Ateh juga kami telah sediakan sepinggan makanan untuk Ateh sementara menunggu sahabat-sahabat yang lain pula datang. Saya menyalami dan mencuimi ateh. Semacam mahu tinggal jauh pula rasanya. Sebak itu jangan dikata, tetapi sekadar membeku dalam dada. Kami kemudian tinggalkan Ateh kembali keseorangan..

P/S : bagi siapa yang berkenan untuk bersama kami berkhidmat untuk Ateh, ayuh, saya alu-alukan. Hadith Nabi pernah menyebut " barangsiapa yang tidak mengasihani, maka dia tidak akan dikasihani"
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Kisah yang saya ambil dari blog seorang sahabat .
- Ntah kenapa..walaupun kisah ni tak dak kna mengena tp asyik tringat pada arwah tok chik saja..
- moga rohnya dirahmati Allah...

Kedah Pantang KALAH!!!!


Ramai ramal Selangor juara

KUALA LUMPUR - Majoriti jurulatih pasukan Liga Malaysia memilih Selangor akan menjulang Piala FA dengan mengatasi Kedah, manakala jurulatih negara, B. Sathianathan menganggap kedua-duanya seimbang dan sepakan penalti mungkin menjadi penentu perlawanan akhir, malam ini.

Gergasi Merah menjadi pilihan Mohamed Bakar (Pulau Pinang), K. Devan (Kuala Muda) dan Steve Darby (Perak), sementara hanya jurulatih Polis, K. Thaiyanathan yang meletakkan Kedah selaku pemilik trofi persaingan bola sepak kalah mati kebangsaan itu.

Ketika Sathianathan memberikan peluang 50-50 bagi kedua-dua gergasi Liga M itu, jurulatih pasukan lain menganggap keputusan perlawanan yang diramalkan hebat lagi mendebarkan di Stadium Shah Alam ini hanya akan dibezakan dengan satu gol.

Kata Mohamed, pengalaman kerap beraksi dalam perlawanan akhir kebanyakan pertandingan besar bakal memberikan banyak kelebihan kepada Selangor untuk kembali menjulang Piala FA buat kali kelima selepas 1991, 1997, 2001 dan 2005.

"Kedah akan turun tanpa dua pemain importnya walaupun masih memiliki ramai pemain muda dan tempatan yang bagus tetapi perlawanan sehebat ini bakal jadi milik Selangor dengan bezanya cuma satu gol," kata bekas penolong jurulatih skuad negara layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 ini.

Bagi Devan yang anak buahnya ditewaskan Selangor dengan agregat 4-2 dalam suku akhir Piala FA, berkata, setelah kerap hampa kepada Kedah dalam dua perlawanan Liga Super dan dipotong tiga mata, Selangor bakal menang 2-1 kerana keazaman untuk menebus kembali kesilapan lalu.

"Stadium Shah Alam (gelanggang sendiri) merupakan satu lagi faktor yang memihak Selangor di samping kekuatan serangan mereka (yang dibarisi Safee Sali dan Frank Seator)," katanya yang turut pernah melatih Negeri Sembilan dan Melaka.

Sependapat dengannya dalam memilih Merah Kuning mengatasi Hijau Kuning ialah Darby yang mengatakan ia satu aksi sengit tetapi tanpa tonggak import, kemenangan akan menyebelahi Selangor namun ia tetap akan berakhir dalam tempoh 90 minit permainan sebenar.

Sebagai rekod, Darby sendiri telah merasai keperitan jentera serangan anak buah Dollah Salleh yang memusnahkan Seladang dengan agregat 6-5 dalam pusingan kedua Piala FA selain 4-1 ketika pusingan kedua Liga Super di Ipoh pada 12 Februari lalu.

Thaiyanathan bagaimanapun berkata, Kedah walaupun memiliki barisan pemain muda, tetap mempunyai pengalaman lebih luas dalam Piala AFC (kelab Asia bahagian dua) dan persefahaman mantap kerana sudah bermain bersama sejak dua atau tiga musim Liga M yang lalu.

"Kedah mampu menang 2-1 kerana kekuatan mereka seimbang pada semua bahagian," katanya yang menolak kemungkinan perlawanan akhir edisi ke-19 ini bakal diheret ke masa tambahan mahupun sepakan penalti seperti yang menyebelahi Kedah 4-2 ke atas Perlis, tahun lalu.

Kata Sathianathan, yang membezakan Selangor dan Kedah ialah kemantapan penyerang masing-masing dalam menyudahkan setiap peluang terhidang dengan perhatian pasti terarah kepada Safee Sali dan Khyril Muhymeen Zambri - dua ayam tambatannya dalam skuad negara.

"Selangor kuat, Kedah pun gagah tetapi dalam setiap perlawanan akhir, siapa yang menyambar peluang dan kurang kesilapan, dialah juara," katanya yang bakal menyaring beberapa pemain lagi daripada Piala FA dan Piala Malaysia ke skuad negara untuk menentang India di Hyderabad, bulan depan.

Utusan Malaysia

-------------------------------------------------------------------------------------------------



Amri jadi sandaran gempur kubu Kedah

TATKALA tumpuan lebih terarah terhadap kelincahan penyerang Safee Sali dan ketangkasan Indra Putra Mahayudin memastikan kebangkitan Selangor, nama Amri Yahyah kurang mendapat perhatian peminat Merah Kuning sejak kebelakangan ini. Namun pemain kelahiran Tanjung Karang itu dalam diam memikul peranan penting yang merangka laluan Selangor ke final Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini. Pemain serba boleh yang memulakan karier bersama Selangor pada 2001 itu pada awalnya beraksi sebagai penyerang sebelum digunakan di posisi tengah dan pertahanan kanan. Tetapi kini, jurulatih Dollah Salleh kembali memilihnya selaku penyerang utama Selangor.

Amri memainkan peranan penting dalam dua aksi separuh akhir bertemu Terengganu dan bagi pemain itu, dia tidak kisah beraksi di mana-mana posisi kerana apa yang penting adalah kejayaan Selangor. "Saya sebenarnya lebih selesa beraksi sebagai penyerang, tetapi demi membantu pasukan saya rela beraksi di mana-mana posisi mengikut perancangan jurulatih. "Jika diturunkan sebagai penyerang esok (hari ini), saya mahu membantu Selangor menjulang kejuaraan kelima Piala FA dan jika boleh, menjaringkan gol kemenangan seperti dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2002," kata Amri.

Pemain lincah itu juga tidak kisah jika peminat Selangor lebih tertumpu kepada rakan sepasukan seperti Safee dan Indra Putra kerana kurangnya tumpuan peminat membolehkan dia lebih bebas beraksi tanpa tekanan. "Bagi saya, apa yang penting ialah kejayaan pasukan dan cukup jika kehadiran saya dalam pasukan dapat menyuntik kestabilan dan membantu kemenangan," kata Amri. Sementara itu, ketiadaan Marlon Alex James juga membolehkan tugas selaku penggempur utama Kedah digalas pemain sayap kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambri yang semakin serasi dengan tugas itu. Seperti Amri, Khyril turut memasang impian untuk menggegarkan jaring lawan malam ini bagi memastikan kejuaraan Piala FA kekal milik Kedah.

"Saya rasa gandingan saya bersama Shafiq (Jamal) kini bertambah baik dan ia membuatkan ketiadaan Marlon seperti kurang dirasai. Saya juga semakin selesa bermain selaku penyerang utama. "Apabila bermain di depan, tugas utama saya adalah untuk menembusi gawang lawang dan saya akan berusaha melakukannya malam esok (malam ini). Apapun, saya tetap meramalkan pertarungan sengit dengan Selangor kerana mereka juga mengenali corak permainan kami," kata Khyril.

Berita Harian

-------------------------------------------------------------------------------------------------



MENDEPANI CABARAN HIJAU KUNING

Di sebalik kehangatan EURO 2008, tabir saingan pertandingan bolasepak Piala FA musim ini sudah pun menghampiri garisan penamat. Menepati ramalan, Hijau Kuning telah berjaya membelah badai yang menghalang untuk menerpa kesana, kepentas saingan akhir yang sudah pun semakin terbuka.Bersesuaian dengan label kemuncak pertandingan akhir, tentunya Sang Kenari sudah mempersiapkan diri untuk mendepani suatu bentuk cabaran paling getir yang bakal menghalang. Menjinakkan Gergasi Merah, pasukan cukup berwarna warni di kancah bolasepak negara, bukanlah suatu tugas yang mudah.Namun segala kesukaran itu bukan pula alasan terbaik untuk kita mengibarkan bendera putih sebelum bingkas berjuang.

Pokok pangkalnya kita perlu merangkakan apa yang akan dibuat sambil mempastikan tidak ada kesilapan yang akan dibuat. Sesungguhnya orang yang tidak pernah menempuh sebarang kesukaran tidak akan menghargai sebarang kejayaan!Tidak seperti Kedah, Selangor seharusnya merasa bertuah kerana tidak dipaksa beraksi di gelanggang lawan atau berkecuali untuk edisi akhir kali ini. Mereka akan berjuang di laman sendiri, di hadapan penyokong sendiri.

Dan tentunya mereka memasang hajat besar untuk meraikan kejayaan menjulang piala kemenangan sambil disaksikan puluhan ribu penyokong fanatik yang bakal membanjiri nanti.Tetapi ingat, jika kecundang, ketewasan mereka itu juga akan berlaku di kandang sendiri, di hadapan mata penyokong sendiri. Bukankah itu lebih memedihkan lagi memalukan?Selama membimbing Kedah, Azrai telah membuktikan di bawah asuhannya Hijau Kuning telah muncul sebagai kuasa bolasepak yang paling bergaya lagi konsisten mutu persembahannya.

Di peringkat liga musim ini, Sang Kenari ternyata terlalu gagah untuk ditandingi oleh sesiapa. Tidak seperti musim lalu, musim ini kejuaraan Piala Liga telah didakap terlalu awal yakni ketika masih berbaki beberapa perlawanan untuk ditamatkan.Kalau pembabitan bolasepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dijadikan sebagai penanda aras, pengendali skuad Selangor Dolah Salleh ternyata lebih menyerlah jika dibandingkan dengan Azrai.Tidak keterlaluan kalau saya katakan kemuncak kehebatan Dollah ialah ketika beliau menjaringkan gol penting pasukan kebangsaan sewaktu bertemu pasukan Korea Selatan dalam pertandingan pra Olimpik suatu ketika dahulu. Di Kuala Lumpur, Malaysia menang hasil jaringan Dollah tetapi di Seoul Malaysia kalah teruk.

Namun dari aspek pengendalian kejurulatihan pula, Azrai yang jauh meninggalkan Dollah. Azrai telah memperagakan keunggulannya musim lalu ketika membimbing pasukan Kedah menyapu bersih apa juga bentuk kejuaraan bolasepak domestik yang dianjurkan.Dan sekali lagi musim ini Azrai telah memperlihatkan kelicikan serta keberkesanan corak taktikal dalam memimpin Sang Kenari kearah mengulangi sejarah yang telah terlakar musim lalu. Hasilnya kejuaraan Piala Liga sudah pun berada didalam genggaman manakala 2 lagi perisai kejuaraan masih dalam pemburuan.Secara peribadi, saya tidak pernah membimbangi tentang kemampuan barisan pemain-pemain Hijau Kuning yang membarisi kesebelasan utama pasukan kita.

Di bawah asuhannya, Azrai telah melentur setiap pemain-pemainnya di samping menerapkan ciri-ciri untuk muncul sebagai seorang pemain bolasepak yang benar-benar berkualiti lagi bertanggung jawab. Mereka sentiasa bersiap sedia sepanjang masa untuk memikul tugas yang diamanahkan ketika pemain2 utama tidak dapat beraksi bersama.Itulah kelebihan Azrai, penuh variasi perwatakan. Alhamdulillah, sehingga kini dia telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang walau pun seringkali berhadapan dengan seribu satu masalah yang menjadi batu penghalang.Dan Sabtu nanti Azrai serta seterunya Dolah akan bertemu dalam versi yang berbeza tetapi memacu matlamat yang sama : mencatur perencanaan bagi mencorak kejayaan pasukan masing-masing. Di antara mereka siapakah yang lebih hebat?

Semua persoalan itu akan terjawab sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan nanti.Selamat berjuang Hijau Kuning!Sesungguhnya anda Hijau Kuning memerlukan sebanyak mungkin pengalaman getir seperti ini untuk menzahirkan keunggulan diri. Hanya setelah menuruni lembah yang dalam barulah anda dapat menghargai keindahan gunung yang tertinggi!

KEDAHLANIE
-------------------------------------------------------------------------------------------------


KHYREL...

JIKA Khyril Muhymeen Zambri tidak kisah seandainya final Piala FA Sabtu ini ditentukan menerusi sepakan penalti, Helmi Eliza Elias mengharapkan kesudahan yang berbeza.Dua tonggak Sang Kenari ini mempunyai alasan masing-masing.Biarpun Helmi dianggap wira kerana menyelamatkan dua sepakan penalti, masing-masing daripada Zacharia Simukonda dan Nazaruddin Zain ada final di Stadium Batu Kawan tahun lalu, dia tidak mahu dipaksa berdepan situasi yang sama tahun ini.“Kalau boleh, biarlah final ini tamat selepas 90 minit,” kata anak jati Alor Star ini.

Bagi Khyril atau lebih dikenali sebagai Meen, dia sudah bersedia dari segi mental jika perlawanan dengan Selangor kali ini diheret melepasi masa tambahan.“Saya sudah bersedia jika perlu,” kata Muhymeen.

Berbeza dengan Helmi yang dijulang selaku wira hasil tampanannya yang menafikan percubaan Simukonda dan Nazaruddin, Muhymeen tidak mengambil bahagian dalam penentuan sepakan penalti tahun lalu.“Saya masih dilanda trauma sesudah gagal menyempurnakan penalti untuk pasukan negara dalam Piala AFF beberapa bulan sebelum itu,” kata Muhymeen.

Helmi atau Mie Yeh bagi rakan-rakannya, kemudiannya dipilih Pemain Terbaik Final apabila ketangkasannya membolehkan skuad Hijau Kuning bimbingan Azraai Khor Abdullah menang 4-2 disaksikan lebih 35,000 penonton - kebanyakannya penyokong Hijau Kuning.Bagi Muhymeen, dia sekadar memerhati Bunyamin Umar, Hasmawi Hassan, Shafizan Hashim dan Sabre Mat Abu menyempurnakan misi masing-masing.

Dia dijangka melaksanakan fungsi yang lebih penting Sabtu ini, selaku penggempur utama Kedah di sisi Shafiq Jamal atau Samransak Kram.Ini disebabkan ketiadaan penyerang utama Marlon Alex James yang terikat dengan komitmen pasukan kebangsaannya.Muhymeen sedar final di Stadium Shah Alam itu menghidangkan peluang terbaik buat barisan anak jati Kedah untuk membuktikan bahawa mereka boleh bertindak cemerlang tanpa sentuhan awang import.

Satu-satunya rakyat asing yang dijangka membarisi pasukan Kenari ialah perancang licik dari Chile, Nelson San Martin. Selainnya, Azraai dijangka menyandar harapan kepada rata-rata pemain kelahiran Kedah.“Biarpun Selangor dilihat memiliki kelebihan bermain di gelanggang sendiri, saya dan rakan-rakan didorong semangat untuk mempertahankan gelaran,” kata Muhymeen.

Bagi Helmi yang disuntik semangat sesudah membuat penampilan sulung untuk pasukan kebangsaan ketika seri 1-1 dengan Indonesia baru-baru ini, final ini adalah pentas peribadi bagi mengukuhkan kedudukannya selaku penjaga gol terbaik tempatan pada detik ini.

KEDAHLANIE
-------------------------------------------------------------------------------------------------



Ahmad Shafie kembali perkuat Hijau Kuning

ALOR SETAR - Jurulatih yang membawa skuad bola sepak Kedah ke perlawanan akhir Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut bermula pada 1987, Ahmad Shafie, kini dilantik sebagai Pengarah Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Presiden KFA, Azizan Abdul Razak memberitahu, pelantikan Ahmad berdasarkan pengalaman mendalam beliau dalam kejurulatihan yang boleh membangunkan bola sepak Kedah khususnya dalam melahirkan bakat-bakat baru.

''Beliau (Ahmad) mempunyai pengalaman cukup luas (kejurulatihan) dan sudah tentu dapat membantu jurulatih-jurulatih di negeri ini dalam mengetengahkan lebih ramai lagi pemain," kata beliau selepas mempengerusikan Mesyuarat KFA di Wisma Darulaman, di Alor Star, kelmarin.

Jurulatih yang pernah membimbing skuad kebangsaan itu mengharumkan Kedah apabila buat pertama kali dalam sejarah, skuad Hijau Kuning melakar kejayaan beraksi dalam perlawanan akhir Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut pada 1987, 1988 dan 1989.

Dalam kesemua perlawanan akhir itu, Kedah hanya mampu muncul naib juara Piala Malaysia apabila tewas kepada pasukan Kuala Lumpur 1-0 (1987), 3-0 (1988) dan 2-1 (1989), sebelum berjaya menjulang piala berprestij tersebut selepas menewaskan Singapura 3-1 pada 1990 di bawah jurulatih, Milaous Kvacek.

Namun, kebangkitan Kedah bermula pada 1987 di bawah Ahmad yang bersama-sama pengurus ketika itu, Datuk Ahmad Basri Akil membentuk gandingan pemain mantap untuk meneruskan kesinambungan sebagai sebuah pasukan yang disegani sehingga ke hari ini.

Sementara itu, kata Azizan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan negeri, Dr. Hamdan Mohamed Khalib yang juga Bendahari KFA dilantik sebagai Setiausaha Kehormat persatuan tersebut.

Mengenai pengurusan pasukan bola sepak Kedah, Azizan berkata, KFA masih mengekalkan Datuk Othman Aziz sebagai pengurus skuad Hijau Kuning bagi menghadapi Piala FA dan Piala Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Azizan menjelaskan, pihaknya tetap memberi perhatian kepada pemain yang berjaya membawa kejuaraan kepada Kedah khususnya menerusi pemberian insentif.

''Kita akan bincangkan nanti, buat sementara saya akan panggil mereka (pemain) dan pegawai pasukan ke rumah untuk meraikan mereka," kata beliau.

Kedah kini memburu dua lagi kejuaraan iaitu Piala FA dan Piala Malaysia selepas berjaya mempertahankan trofi Liga Super. Pada musim lalu, Kedah mencatat sejarah merangkul tiga kejuaraan iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Utusan Malaysia
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Maaf la.. Banyak berita bola.. Almaklumlah..malam ni final Piala FA..
- Akhbar tempatan memang tak adil.. bnyak berita tentang selangor ja.. walaupun secara rekodnya pertemuan 2 3 tahun kebelakangan ni.. Kedah yang banyak menang bila bertemu..
- Masih segar diingatan ketika saya di stadium darulaman beberapa bulan yang lalu..Selangor dibantai 6-2..
- Apapun mainlah dengan semangat kesukanan yang tinggi...

Friday, June 20, 2008

Fakhrul juara Akademi al-Quran

Rancangan realiti Tv yang menarik dan bermanfaat....

PUTRAJAYA 19 Jun - Peserta dari Kedah, Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin, 22, muncul juara pertandingan akhir program realiti terbitan TV9, Akademi al-Quran (AQ) musim ketiga yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini. Kemenangan itu membolehkan beliau menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 beserta sebuah kereta Proton Saga dan piala kristal berbentuk al-Quran.

Naib johan pula dimenangi Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzaman, 25, berasal dari Perak. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.Sementara itu, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, 25, memenangi tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.Hadiah para pemenang disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Album kumpulan Zulfan dari KUIN..Fakhrul le tekongnya...

Turut hadir Pengerusi Media Prima Bhd., Datuk Abdul Mutalib Mohd. Razak dan Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda.Seorang lagi finalis yang bertanding pada peringkat akhir AQ dan memenangi tempat keempat ialah Syamsul Abu Hassan Alshaari, 24.AQ merupakan program realiti TV tempatan pertama yang memerlukan peserta memperdengarkan bacaan al-Quran mengikut kaedah tertentu.


Sudah terserlah ke seantero dunia...fakrul merupakan back up singer kepada pelbagai team nasyid kotemporari tanah air...
Rujukan di sini .
------------------------------------------------------------------------------------------------
- Tahniah buat sahabat ku Fakrul Radhi...Sejak dari Maahad lagi bakatmu dah teserlah.. Bermula dengan team nasyid sutera dan kini Zulfan di KUIN..
- Moga istiqomah dalam usaha memartabatkan Islam.. Mcm benarlah pula kata Ustazah Farishana (mmg benar pun setakat pemerhatian saya).. Budak Maahad dilemparkan ke mana pun.. Isnsya Allah pastikan ada manfaatnya..
- Mabruk..duit yang menang tu dah cukup nak khawin kot???
- Fakrul..Gambaq ni ana balaih dari friendster nta..(^_^)

Wednesday, June 18, 2008

Makluman dari Maahad

Badan Dakwah dan Kebajikan Maktab Mahmud akan menganjurkan Minggu Penghayatan Islam (MPI) dari 22 Jun hingga 27 Jun. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah :-

1. Kursus Pengurusan Jenazah (22 Jun)
2. Pengajian Kilat (22-26 Jun)
3. Sukan antara usrah (Sepanjang program)
4. Muhadhoroh (Sepanjang program)
5. Forum Perdana Ehwal Islam (27 Jun)

Seluruh waga Maahad dan juga lepasan Ex Maahadian yang masih bercuti dijemput hadir.

- Maklumat daripada Amir BDK Maahad Mahmud

Piala FA: Kedah, Selangor ke akhir


JUARA Liga Super, Kedah akan menentang Selangor pada perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini setelah masing-masing berjaya melepasi halangan separuh akhir malam tadi.Kedah yang memburu piala kedua musim ini memastikan tiket mereka ke perlawanan akhir apabila menundukkan Pahang 2-0 pada perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi sekali gus layak ke perlawanan akhir dengan agregat 6-1.
Berbekalkan kemenangan 4-1 pada perlawanan pertama di Alor Star Sabtu lepas, skuad Kenari memulakan perlawanan dengan mengatur serangan bertali arus ke kubu Pahang untuk memburu gol.Hasilnya penyerang bawah 23 tahun kebangsaan, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri membuka jaringan seawal minit kesembilan permainan setelah menyambut hantaran silang V. Thirumurugan untuk membolehkan Kedah mendahului 1-0 pada separuh masa.
Skuad pelawat yang dibimbing Mohd. Azraai Khor Abdullah terus mempamerkan penguasaan dengan jaringan kedua pada minit ke-51 apabila rembatan deras Badrol Bakhtiar dari dalam kotak penalti menerjah jaring.Peluang terbaik Pahang untuk mendapatkan gol hadir pada minit ke-85 menerusi gerakan solo V. Saravanan, namun sepakannya dari dalam kotak penalti berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Kedah, Elmi Eliza Elias.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Wah, makin mantap kedah...
- Kedah ! Kedah pantang kalah ! Walau sakit jatuh dan rebah....

Tuesday, June 17, 2008

Kamek dah sampei saghawak…

Inilah pesawat baru Air Asia...Airbus
Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan….

Alhamdulillah, mlm 15 Jun yang lalu, saya selamat sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Saya bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan menaiki pesawat Air Asia yang baru, Airbus siri 320, sejuk dalam dia, air-cond dia berasap-asap. Kira untung la sebab kadang2 naik Air Asia tekena pesawat lama seperti Boeing siri 300 yang dibeli secara 2nd hand dari syarikat penerbangan yang lain. Pesawat yang paling besar yang saya naik ialah pesawat MAS jenis Boeing siri 700 yang lebih besar. Hidangan makanannya lebih antarabangsa, kerusinya yang lebih luas. Dengan formasi tempat duduknya sebaris 2-5-2, Boeing siri 300 dan Airbus siri 320 pula hanyalah kerusinya 3-3 dan dipintu kecemasannya 2-2.

Tebing sungai Sarawak di Kuching..Antara tempat yang mula dilawati ketika sampai di bumi Sarawak suatu ketika dahulu...
Sopan Santun

“Assalamualaikum”
“Selamat petang, boleh serahkan IC pada saya??”
“Kerja atau belajar di sana….”
“Belajar bersungguh2 ya..”

Itulah antara sapaan peramugari bertugas di kuanter daftar masuk. Rasanya dah lama saya tak jumpa peramugari yang seramah itu. Kebanyakkan yang saya jumpa di kuanter semuanya sombong2 dan tidak ambil kisah akan kepentingan pelanggan mereka. Rasanya yang paling banyak tidak bersopan ialah petugas Air Asia. Namun nak buat mcmana itu sahaja pilihan yang paling murah yang saya ada.

Pada saya tidak ada ruginya jika mereka ramah dengan pelanggan, bahkan jika itu dilaksanakan, pelanggan akan lebih hormat dan sanjung pada perkhidmatan mereka. Bahkan mereka harus tahu bahawa jika tanpa pelanggan, siapalah mereka. Namun, disebabkan Air Asia tiada saingan syarikat tambang murah dalam Malaysia, maka pelbagai cara mereka lakukan untuk “menyembelih” pelanggan mereka. Dengan terma2 dan syarat2 yang jika tidak dihalusi, anda akan terperangkap dan memberikan mereka wang secara percuma.

Pusat Pengajian Islam, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan..Tempat halaqoh ilmu warganya...
Lapangan Terbang yang pernah Landing

1. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (Lama), Alor Setar, Kedah
2. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (yang Baru), Alor Setar, Kedah
3. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Kuala Lumpur
5. Terminal Tambang Murah (LCCT), Kuala Lumpur
6. Lapangan Terbang Antarabangsa, Senai, Johor
7. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Kuching Sarawak
8. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
9. Lapangan Terbang Tawau, Tawau, Sabah

Syukran

Terima kasih diucapkan pada sahabat2 yang banyak membantu saya sepanjang cuti sem yang lalu. Tanpa jemu sentiasa menemani saya ke program2 yang jauh, memerlukan pengorbanan dan sudah tentunya masa waktu malam perlu dikorbankan akibat pulang lewat dan kadang kala terpaksa tidur di tempat berkenaan. Terima kasih pada Che Mo, Nawwar, Abg Farid Din, Khairul Fikri, Ucop (saiful) dan ramai lagi.



Sudah tentu, penghargaan yang paling besar ditujukan pada Ayah dan Mak, yang tak pernah bantah kemana sahaja program yang perlukan komitmen saya. Terima KAsih kerana memahami dan memberikan sokongan, Ayah dan Mak memberi sumbangan pada perjuangan Islam dengan cara tersendiri, dan itu menyebabkan saya malu jika saya tidak mampu menyumbangkan sesuatu untuk agama Allah. Tidak ada ilmu yang hendak disampaikan melainkan semangat dan kesedara beragama yang ingin dikongsikan bersama anak2 muda serta generasi muda. Andaikata ada hasil pahala serta ganjaran dari perjuangan yang sekelumit ini, saya hadiahkan pada ayah dan mak yang memahami perjuangan anaknya. Nasihat dan teguran sentiasa akan dijadikan panduan dan dorongan dalam hidup.

Gerak kerja bermula

Setelah berehat dirumah hampir 3 minggu (berehat ke?), maka sudah tiba di sini, maka gerak kerja dakwah dan islamiah di bumi Sarawak harus dimulakan semula, walaupun masa yang ada agak terhad akibat daripada kekangan masa dan tumpuan pada akademik yang perlu diberi lebih pada sem ni. Moga2 saya mampu hadapi sem ini dengan penuh mujahadah. Mencari semula sinar hidup yang makin hari makin kelam. Harus dicerahkan semula. IPGM Kampus Tun Abdul Razak akan disemarakkan dengan syiar Islam !!!!

-Dakwah Itu Perlu Hikmah -
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 17 Jun

Sunday, June 15, 2008

Walimah Khairul Fikri..

Melangkah masuk ke halaman pengantin lelaki...
Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan…

Alhamdulillah, Tahniah, Mabruk. Diucapkan kepada sahabat ku Khairul Fikri bin Sebri dan juga pasangannya Nurul Husna bin Mat Lazim atas janji yang telah mereka merterai untuk membina baitul Muslim beberapa hari yang lalu. Saya berkesempatan untuk hadir di walimah sebelah lelaki, namun tidak pergi di sebelah muslimat yang agak jauh .


Latar Belakang.

Sudah dimaklumi bersama, pasangan soleh dan solehah ini merupakan bekas pelajar Maktab Mahmud, Fikri merupakan pelajar 5 Sc 3 berasal dari Sungai Petani manakala Husna berasal dari Baling adalah pelajar 5 Sc 1 (Kalau tidak silap, mungkin terbalik). Selepas itu menyambung pengajian di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Baru. Hafaz 30 Juzuk al-Quran kemudian sambung dalam bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan. Hebat, dihadapan nama mereka tertera Doktor Perubatan, manakala di belakang nama pula tertera hafiz dan Hafizah.
Nazmi, Abang Hafiz (berkopiah putih), dan Akmal Solihi (baju merah) bersama pasangan Khairul Fikri dan Husna...

Reunion.

Walimah kali ini umpama Reunion bagi warga Maahad tanpa mengira generasi. Dengan berteman beberapa orang pimpinan Maahad (masih adik2), kami di sambut oleh adik saudara Fikri, Ihsan yang juga menghafaz al-Quran di Darul Quran JAKIM. Saya terlihat satu wajah yang cukup saya kenal. Ya Allah, cikgu Saad. Cikgu Geografiku yang sudah pencen. Terus pergi berjumpa dengan cikgu dan bertanya khabar.

Rasanya generasi yang paling ua yang saya jumpa ialah DJ yang bertugas iaitu Abg Hafiz Baderuzzaman, bakal Peguam dan juga org Kuat Maaruf Club UIA, Akmal solihi, Aiman Sayuti, pasangan kembar Doktor Iman dan Aiman, Ikmal, Aufa, Akh Ashraf Tajuddin, manakala di batch saya pula hanyalah saya dan Taufiq kelihatan, adik2 yang sudah ex Maahad pula diketuai Sarkawi Salleh, hafizul Amin, geng2 Sofwah dan Islam serta DQ Ittihad. Ramai lagi yang hadir, ada yang saya tak ingat nama serta yang agak kurang dikenali.

Baitul Muslim yang dibina mendapat sokongan ahli keluarga.. Ihsan (hujung kiri) bila lagi??
Bila ditanya khabar pada semua, Alhamdulillah semuanya sihat. Rata2nya menyatakan bahawa mereka hadir adalah untuk rai walimah Fikri namun maksud yang tersirat, masing2 nak ambik berkat atau ambik pengalaman.

Walastu Bikhairrikum…

Seingat saya sudah sekian lama akh Fikri pernah bercerita kepada saya pengalamannya ketika hadir satu walimah anak kepada seorang Ulama terkenal. Apabila pengantin sampai, sebelum makan beradap, seorang ulama yang lain telah memberi tazkirahnya kepada hadirin. Itulah impiannya pada majlis walimahnya (masa tu saya rasa 2 tahun sudah)

Bekas YDP PIBG Maahad adalah yang bertanggungjawabkan menyampai tazkirah pada hari tersebut. Namun rombongan pegantin dari baling yang juga berkenduri hari yang sama agak lewat tiba. Ini kerana mereka berkonvoi terlalu ramai, maka ramailah yang tertinggal dan perlu kerap berhenti untuk tunggu yang lain. Maka HJ Tahir terpaksa pulang awal kerana ada urusan lain. Jam dan hampir 4.30 ketika itu.

Bagaikan Reunion pula, ramai lagi yang hadir, namun tak sempat pula nak bergambar....
Ketika pengantin sampai, masuk ke dalam rumah dan kami bergambar beramai2. Ini kerana risau jika muslimat yang lain sampai maka sukar bagi kami untuk bergambar. Walaupun Maahad sudah lama ditinggal, rata2 exMaahadian masih mendokong martabat ikhtilad. Tiba2 adik Ihsan datang berbisik.

“Abg Nazmi, abg nak nta bagi tazkirah sebelum pengantin makan”
“Ana tak mau la, ana bukan kawin pun lagi ”, seloroh saya
“Tak boleh. lewat dah ni”

Saya lihat abg hafiz dan juga Akmal solihi. Keduanya berundur.

Nta la Nazmi, cakap ja”, Akmal solihi bagi semangat.

Ya Allah, mcmana ni. Hati berbelah bahagi. Apa yang nak dicakap, layakkah saya??? Tambahan lagi bila mana melihat mantan Timbalan Pengerusi Badan Dakwah Maahad, Akh Ashraf Tajuddin turut berada di situ. Berlaku tolak menolak antara kami dan juga abg Hafiz. Akhirnya saya juga yang kena. Akhirnya, tak pa lah. Terima itu sebagai amanah dan juga peluang dakwah, walaupun diri kita tidaklah yang terbaik, namun peluang dakwah adalah peluang dakwah.

Pilihlah jalan yang halal...

Pilih Yang Halal

“Nta bagi tazkirah, janganlah dituju sangat pada pengantin. Tetapi pada hadirin yang hadir, agar turut mencontohi jalan yang dirintis oleh sahabat kita ni,” Celah Akmal Solihi memberi ide. Syukran, dalam keadaan singkat, dah rangka beberapa perkara yang hendak disebut dalam tazkirah ringkas tersebut.

Saya memulakan ucapan dengan pujian pada Allah serta mengucapkan tahniah kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Saya mengajak hadirin supaya melihat perkahwinan adalah satu sunnah yang harus dilaksanakan dan dipandang positif.

Islam turun dengan pelbagai peraturan serta perlembagaan yang harus ummatnya laksanakan serta patuhi. Ternyata segala peraturan serta hukum itu mempunyai nilai2 positif serta bersesuaian dengan kehidupan manusia buat sepanjang zaman. Bahkan, gejala social yang melanda remaja yang menyebabkan runtuhnya nilai agama dalam diri adalah kerana mereka tidak faham pada agama, tidak faham pada peraturan agama serta tidak melihat hikmah kenapa Islam menghalalkan satu perkara namun dalam masa yang sama ada sekatan serta halangan dalam hal2 yang lain.

..Makan jangan tak makan..

Perkahwinan secara dasarnya ialah menghalalkan perhubungan lelaki perempuan. Tanpa perkahwinan, hubungan lelaki perempuan adalah sesuatu yang haram dan mempunyai sekatan. Maka inilah sunnah yang menghalalkannya, segala apa yang berlaku serta dilaksanakan apabila sah bergelar suami isteri dikira ibadah serta mendapat ganjaran dari Allah.

Maka saya mengajak hadirin yang ada, terutamanya golongan remaja serta pemuda pemudi muslimin muslimat agar memilih cara yang halal. Nah! Islam sudah menunjukkan jalannya, ada halalnya, ada ibrahnya, ada positifnya serta ada hikmahnya. Bagi yang berkemampuan. Persiapkan diri, bersedia dengan ilmu agama yang istiqomah serta thabat dalam perjuangan, maka dirikanlah baitul Muslim, ini adalah titik permulaan yang baik ke arah melahirkan generasi Muslim Mukmin Muttaqin yang akan mendokong perjuangan agama Allah pada masa hadapan.

Saya secara peribadi mengucapkan tahniah pada Ibu dan Ayah kedua2 belah pihak kerana memberi dorongan serta semangat pada anak mereka untuk memilih jalan yang halal. Tindakan ini lebih mulia daripada kita menghalang tindakan murni ini dengan halangan serta alasan yang tidak bersesuaian. Seolah2 kita biarkan, kita benarkan anak kita berada dalam keadaan zina dari menunjukkanya jalan yang halal.

Moga Impian kalian akan tercapai...Ameen..

Dalam masa yang sama peranan anak dan ibu bapa harus ada. Perkahwinan bukan perkara kecil. Saya ulangi, persiapan diri harus ada. Bimbingan ibu bapa juga harus ada, persiapa agama WAJIB ada. Soal ekonomi adalah satu soal yang lain. Dengan tanggungjawab serta bimbingan agama, insyaAllah rezeki pasti ada. Sikap Qanaah juga pasti ada. Moga2 tindakan itu akan menjadi contoh pada khalayak yang lain.

Tahniah!!

Alhamdulillah, itu yang pada fikiran saya antara perkara yang saya rasa hadirin perlu ambil berat. Sebagaimana artikel Ustaz Dzulkhairi yang saya masukkan dalam beberapa entri yang lalu. Agak sukar serta berat untuk kita bercakap serta menyampaikan tazkirah perkara yang belum kita lalui. Moga Allah permudahkan gerak kerja dakwah kita serta menyempurnakan kehidupan kita. Saya tutup ucapan saya dengan membaca doa dan diaminkan oleh hadirin.

Ni nak amik semangat ke ape ni...??

Tahniah buat sahabat saya Kahirul Fikri dan Husna, moga baitul muslim yang dibina akan merintis jalan pada saudara untuk membina usrah muslimat yang bebas serta mampu menjadi egen tarbiah yang mantap. Saya doakan juga moga2 mampu menjadi pasangan yang soleh dan solehah serta mampu untuk menjadi “quratul aqyun” pada pasangan masing2. Terima Kasih kerana mampu menjadi contoh dan tauladan yang baik buat kami exMaahadian.

- Dakwah Itu Perlu Hikmah -
Mohd Nazmi Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 16 Jun

-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Sedikit persoalan sebelum kami semua berpisah, seorang sahabat telah menyenaraikan senarai nama exMaahadian samada yang telah bekerja di pelbagai bidang ataupun yang pulang menjadi pendidik di Maahad, kebanyakkannya, walaupun tidak semua, telah bertemu jodoh sesama Maahad. Dan ia bukan dirancang masa belajar di Maahad. Tapi jodoh adalah ketentuan...
- Sahabat ana tersebut telah meninggalkan hal itu sebagai persoalan dan minta kami jawab.. Saya biarkan itu menjadi persoalan juga.. Belum sampai masa untuk menjawab.

Saturday, June 14, 2008

Jelajah 2008 : Tazkirah Maghrib di Inspin

Surau INSPIN...

Pemuda masa hadapan yang bakal menggegar...

Kenapa gambaq ana pula bergoyang?


Moga-moga amik perhatian...Insya Allah..


Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan

Sebentar tadi sempat bersama adik2 Sekolah Agama Rakyat (SAR) Negeri Kedah. Mereka ini merupakan wakil2 SAR daerah yang dibawa untuk menghadiri kursus IT anjuran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Kursus ini dilaksanakan di Institut Pengurusan dan Integrasi Negeri (INSPIN) Negeri Kedah. Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Kedah , YAB Ustaz Azizan Abdul Razak kelmarin.

Atas jemputan Akh Farid Hj Din (YDP MPP USIM), saya telah menyampaikan kuliah magrib kepada peserta. Alhamdulillah walaupun agak lambat diberitahu, namun dengan sedikit persediaan dapat juga saya penuhi jemputan tersebut.

Dimulakan sebagaimana biasa dengan menyentuh sedikit sebanyak tentang aqidah serta rasa syukur kerana menjadi insan terpilih. Isu kebejatan remaja sentiasa menjadi pilihan saya. Isu rokok, mat rempit serta ketidakfahaman agama.

Seterusnya saya menyentuh isu dakwah dalam masyarakat majmuk. Dikongsi juga sedikit pengalaman bermuamalah dengan non muslim di Sarawak. Isu terakhir yang saya sentuh ialah konsep pengurusan masa. Memberikan kesedaran tentang masa yang masih tinggal satu jam untuk direbut. Terima kasih juga kepada Kulim Hi Tech yang menaja program tersebut. Moga2 pengisian ini mampu memberikan input yang berguna kepada kita bersama.

Dakwah Non Muslim di sini dan Dilema saudara baru di sini
Pengurusan masa di sini

- Dakwah Itu Perlu Hikmah -
Mohd Nazmi Abdul Ghani
Teratak Bonda Teluk Bagan 14 Jun 2008

Islam dalam Novel Masakini

Fatimah Syarha bersama sahabat2nya ketika di UIAM..

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan.

Sebagaimana yang pernah saya tulis dalam entri2 terawal saya. Antara penulis yang saya kagumi ialah Abu Hassan Morad (Novelnya Cinta Madinah), anaknya Ummu Hani Abu Hassan dan juga Fatimah Syarha Mohd Nordin. Kagum pada mereka kerana mereka tidak mengikut arus di mana penulis hanya menulis kisah2 cinta dan pengajarannya tidak lebih nak ajak manusia untuk bermaksiat pada Allah. Nama yang saya nyatakan ini mampu membawa elemen2 islam, pengajaran Islam, Biah Islam, sunnah dan al-Quran kedalam novel mereka. Walaupun itu semua sudah dirancang dan kelihatan tamam namun itu mampu memberi peringatan pada pembaca apa matlamat sebagai Khalifah.

Seindah Mawar Berduri

Tahniah buat Fatimah Syarha. Saya mula membaca karyanya “Seindah mawar berduri”, Kisah Khazinatul Asrar, seorang muslimah yang berjaya membentuk Baitul Muslimnya. Ranjau yang ada dalam karya pertama ini hanyalah bagaimana ia tolak pinangan saudara terdekatnya dan menghadapi karenah ibu saudaranya serta kematian Ibu nya.

Tautan Hati

Namun dalam karya kedua Fatimah Syarha, beliau menulis dengan lebih matang, bersistem berlatar belakangkan suasana hidup Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau bertindak bijak, menulis pada latar tempat dan waktu yang beliau kuasai kerana pada waktu itu Fatimah ialah graduan UIAM. Novel itu ialah “Tautan Hati”, watak Asiah Yusra, Umar Mujahid, Layyinul Harir dan lain2 nyata memberi paradigm baru kepada pembacanya. Watak Khazinatul Asrar masih ada di sini sebagai Ibu kepada Asiah Yusra. Sudah menjadi tema pada setiap karyanya, kehidupan Islam yang syumul serta indahnya berjamaah serta Usrah menjadi perkara pokok yang cuba di didik kepada pembaca melalui penulisan Tautan Hati .Kelainan novel ini ialah penutupnya yang gagal di agak oleh pembaca pada peringkat awal. Amat jarang filem dan novel melayu mampu melakukan sedemikian.

Antara Novel yang bawa fenomena baru...
Syabab Musafir Kasih

Karya ketiganya yang saya beli beberapa hari lalu ialah “Syabab Musafir Kasih”. Satu lagi novel Islamik yang saya rasakan plot2 cerita serta pengakhirannya yang tak mampu di agak bilamana melihat kulit serta bab 1 dan 2. Anda tidak akan tersangka pengakhirannya sedemikian. Watak Syabab, Nur Mumtazah, Ust Mursyid, Imtiyaz, Nur najihah dan sebagainya pada saya adalah begitu unik. Garapan tema dakwah dan hidup berjamaah masih kekal dan diberi tumpuan yang lebih pada semangat jamaah dan kehidupan berkeluarga.

Ini mungkin kerana pada usia 24 tahun, corak pemikiran Fatimah Syarha sudah berubah dan bertambah matang serta kekeluargaan menjadi satu isu yang ingin diketengahkan. Latar belakang pendidikan pula dalam novel berkisar kehidupan pelajar di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq , Syria yang mana suasana menuntut ilmu secara talaqi di masjid2 serta bacaan al-quran bersanad. Barangkali latar ini dipilih kerana Syarha ialah graduan dari university itu juga.
Karya Terbaru Fatimah Syarha...Novelis yang berkarisma..

Talqis

Apapun tahniah pada Fatimah Syarha. Satu bentuk penulisan yang baik. Moga ini menjadi kerja dakwah yang baik dan teruskan usaha ini. Kepada pembaca, cari dan baca ambil pengajaran dan sebagaimana biasa usahlah hanyut termimpi2 akulah watak itu dan ini. Jadikan itu sebagai lonjakan semangat dan amal yang berterusan adalah perkara yang penting.

Dakwah Itu Perlu Hikmah
Mohd Nazmi Abdul Ghani
Teratak Bonda -Teluk Bagan- 14 Jun

------------------------------------------------------------------------------------------------
- Kadang2 terasa mual bilamana membaca novel2 atau karya2 penulis muda. Yang pertama , tak paham agama tapi nak tuli hal agama. Yang kedua, suka2 hati ja letakkan nama2 pada watak yang ntah apa2. Kita baca pun tak tau maksud apa. Nabi suruh letak nama anak nama yang elok. Tak mesti bahasa arab (tapi itu yang aula), kalu yang lain pun, pastikan punya makna. Malaslah nak bagi contoh.

Lapang Minda


SAM: Apa yang tak kena tu Dol?
DOL: Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah!

SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya... ..

SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jum[pa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah... . hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer... .

SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu... .
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah

SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL: Kat kamoung aku ni, biasa jer.
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!

DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!

SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!

DOL: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
SAM: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
DOL: Buat dono jer

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

SAM: Francis Light ialah orang yang menemui Pulau Pinang, siapakah yang menemui Pulau Pangkor?
DOL: Francis Mild!

SAM: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
DOL: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER

Walimah Sepupuku...

Dah sampai pun..penat menunggu..bukan pengantin..kami la yang buat kerja ni..ucapan dari geng2 mentara..

Tikah bersama sepupu2nya sebelah perempuan....ramai lagi ni...

Bersama mak2 saudara...penuh di belakang..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Cerita pasai kawin lagi...bukan apa..dah musim kawin.. ni sepupu saya (Atikah), seorang guru ni di Johor Bharu...
- Bukan apa, sebagai motovasi untuk pemuda pemudi Islam..Bahawa yang HALAL itu ada.. Janganlah memilih jalan yang HARAM..



Friday, June 13, 2008

Jaulah ke Perlis...

Memandang masa depan..Apa rancangan kita nanti nak permantapkan gerak kerja di sana???

Ucop dan Che Mo berlatar belakangkan ladang Tebu terluas di Malaysia..Tapak lakonan KL menjerit ni (saya selalu gunakan istilah KL memekak bila berceramah)



Di ladang burung Unta...Tak berani nak pi dekat


Makan tengah hari di pinggir Empangan Timah Tasuh.. Siap bawa bekal lagi.. nak buat mcmana, harga minyak naik.. kena berjimat.. Kalu org tengok ni, sah kata main masak-masak.

King Cobra di Taman Ulaq Perlis.. Siap panggung lagi bila jumpa kami...

Harapnya keindahan ini akan kekal tidak dinodai manusia...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Pada asalnya sasaran percutian ini ialah Pulau Langkawi, namun atas kebijaksanaan org2 tertentu yang menaikkan harga minyak yang melampau maka lokasi percutian ini di ubah ke sekitar utara Kedah dan juga Negeri Perlis untuk menjimatkan ekonomi kami.
- Percutian ini di sertai oleh warga IPGM Kampus TAR iaitu saya, ucop dan Che mo. Namun, Farid tidak dapat menyertainya akibat ditest lesennya oleh JPJ.
- Alhamdulillah, matlamat untuk berjalan2 agak tercapai walaupun hujan di tengahnya dan moga Ukhwah juga akan makin erat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin