Thursday, June 12, 2008

Buku-buku ku bagi bulan Jun

Sebagaimana biasa, buku yang berkaitan sirah dan sejarah sentiasa menarik hati saya untuk memilikinya, Toriq bin Ziyad merupakan panglima tentera Islam yang berjuang membuka Sepanyol kepada cahaya Islam.. Buku ini digarap dengan kaedah bercerita namun sarat dengan fakta.. Ummat perlu sentiasa peka terhadap sejarah yang lepas agar cahaya kegemilangannya terus menyala hingga ke hari ini.

Tokoh yang amat dihormati. Penulisan tentang hari mahsyar, ditulis dengan penghayatan seolah2 kita ada di sana. Sebagai muhasabah untuk diri sendiri.


Tokoh yang tidak perlu diperkenalkan lagi.. Buku ini membantu saya dalam persiapan untuk memotivasi mad'u saya. Penuh dengan doa, point2 penting, gambar dan kata2 hikmah. Amat mudah difahami.


Buku ini agak tebal. Buah tangan yang dibeli ketika Ziarah Kelantan. Seronok membacanya, corak penulisan yang bersistem. Diceritakan sebelum hijrah dalam satu bab dan setiap tahun hijrah dalam bab yang berasingan. Tahun 1 Hijrah dihuraikan apa yang berlaku dan seterusnya hinggalah wafat Rasulullah saw.. Boleh digunakan oleh naqib2 Usrah...


Tujuan beli buku ni bukan nak buat duit. Cuma nak belajar cara penulisan yang efektif. Terdapat pelbagai tips dan cara serta bimbingan untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti..


Antara majalah yang diminati. Bermaklumat dan berkualiti. Satu lagi yang saya minat untuk membaca ialah "Dewan Masyarakat", Isu kali ini agak santai untuk dibaca, temuramah daripada YB Ir. Nizar. serta isu utama iaitu memperkasakan dakwah Islam di Malaysia

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin