Wednesday, June 18, 2008

Piala FA: Kedah, Selangor ke akhir


JUARA Liga Super, Kedah akan menentang Selangor pada perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini setelah masing-masing berjaya melepasi halangan separuh akhir malam tadi.Kedah yang memburu piala kedua musim ini memastikan tiket mereka ke perlawanan akhir apabila menundukkan Pahang 2-0 pada perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi sekali gus layak ke perlawanan akhir dengan agregat 6-1.
Berbekalkan kemenangan 4-1 pada perlawanan pertama di Alor Star Sabtu lepas, skuad Kenari memulakan perlawanan dengan mengatur serangan bertali arus ke kubu Pahang untuk memburu gol.Hasilnya penyerang bawah 23 tahun kebangsaan, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri membuka jaringan seawal minit kesembilan permainan setelah menyambut hantaran silang V. Thirumurugan untuk membolehkan Kedah mendahului 1-0 pada separuh masa.
Skuad pelawat yang dibimbing Mohd. Azraai Khor Abdullah terus mempamerkan penguasaan dengan jaringan kedua pada minit ke-51 apabila rembatan deras Badrol Bakhtiar dari dalam kotak penalti menerjah jaring.Peluang terbaik Pahang untuk mendapatkan gol hadir pada minit ke-85 menerusi gerakan solo V. Saravanan, namun sepakannya dari dalam kotak penalti berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Kedah, Elmi Eliza Elias.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Wah, makin mantap kedah...
- Kedah ! Kedah pantang kalah ! Walau sakit jatuh dan rebah....

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin