Tuesday, June 10, 2008

Jelajah 2008: Maahad Merbok

Sebagaimana Biasa, mulakan apa jua pembentangan, perkukuhkan aqidah terlebih dahulu..(Pesan guruku- Cikgu Sukarno Abd Hamid)

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan

Sesungguhnya bilamana melihat suasana kebejatan social yang semakin membarah dan bernanah di kalangan modal insan negara yakni golongan remaja, terdetik di hati, cabaran remaja Islam untuk menjadi anak yang soleh makin hari adalah makin sukar.

Suasana sekeliling sesungguhnya tidak membantu dalam membina jati diri, ruh dan juga Izzah remaja. Satu mekanisme terbaik harus digarap agar anak2 muda ini mampu menyumbang sesuatu kepada agama. Mustahil tanpa agama, mereka akan jadi anak soleh. Dan mustahil juga jika mereka bukan anak soleh, mereka mampu memberikan sumbangan yang bermakna kepada agama.



Indahnya hiasan dunia.. Tetap beradab walau di mana..inilah nilai tarbiah Maahad

Maktab Mahmud Cawangan Merbok (MMCM)

Itu adalah antara perkara yang saya sentuh ketika memberi sedikit perkongsian minda dengan pelajar2 putera puteri MMCM. Jumlah kehadiran pada malam tersebut rasa2nya hampir 200 orang. Saya juga membincangkan beberapa masalah yang melanda remaja dan ia harus diberikan perhatian serius untuk atasinya apatah lagi penyakit / masalah ini turut mula menular kedalam diri pelajar sekolah agama.


Muslimin Putera Maahad yang memburu Syahid...

Barah yang melanda

1. Lepak (Tidak menghargai masa)
2. Mat dan Minah Rempit
3. Hedonisme yang melampau
4. Tidak hormat guru
5. Couple
6. Murtad
7. Derhaka pada Ibu Bapa


Berinteraksi dengan Adik2 Maahad Merbok

Kenangan bersama Bang Mi…

Sesungguhnya kehadiran saya di MMCM adalah atas jemputan ustaz Helmi atau saya hanyalah memanggilnya bang mi.. Cukup nostalgia bersamanya. Ketika saya tingkatan satu di Maahad, bg mi masa tu tingkatan enam. Generasinya adalah antara generasi terakhir tingkatan enam dibenarkan tinggal di asrama. Seorang abang yang amat rapat dengan adik2 asrama pada msa iti. Pernah suatu ketika, pada waktu malam selepas isya, ketika saya tingkatan 1. Kami berbual.

“Nta hafal apa ni??” Tanya Bang mi
“Hafal Tauhid, asyik tak masuk2 ja”
“Tauhid tingakatn satu mudah ja, nama2 Allah, dalil naqli, dalil aqli..mcm tu ja..”
“ Tapi ana hafaz tak ingat la..”
“Ok, la kita lawan hafaz tajuk ni..sapa boleh dulu…”




Ntah apa yang ditawakan...

Jadi kami pun lawan hafaz(hapai), mmg saya kalah, kerana tak biasa hafaz yang susah2 lagi (tak susah pun sbnarnya).. Sejak dari tu beberapa kali kami lawan hafaz. Dan alhamdulilah.. Masa exam Tauhid tingkatan satu penggal dua. Saya dapat natijah yang baik bagi tauhid. Markahnya rahsia. Namun dari tingkatan satu hingga tingkatan enam di maahad. Itulah markah tertinggi yang pernah saya dapat dalam matapelajaran Tauhid.

Syukran pada Bg Mi (kanan), Ustaz Nawwar ( kiri ) dan juga cameraman... Generasi Maahad era berbeza, namun tarbiah dan hasil tetap sama


Bila berkongsi dengan bang mi kisah ni lagi, Alhamdulillah dia masih ingat. Dan cepatnya masa berlalu, sekarang dah jadi pendidik Maahad dah pun. Terima kasih kerana memberi kepercayaan dan menjemput. Terima kasih juga pada Nawwar yang sanggup teman Abg Nazmi sepanjang pgram dan pengisian pada cuti kali ni. Terima kasih juga pada Ucop yang jadi cameraman bidan terjun. Moga2 perkongsian yang dibuat sama2 mendapat manfaatnya.. Buat putera puteri MMCM, Ingat slogan kita..

NAHNU????
FULL TIME MUSLIM!!!!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin