Sunday, June 29, 2008

Apa Kono ee Jang??? : Kenangan KAGUM 2008

Urusetia yang hanya rajin di depan lensa kamera...
Assalamualaikum Wtb Salam Perjuangan

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dirafaqkan ke hadrat Allah. Setelah seminggu berkampung di Noghori Adat Pepatih akhirnya pulang juga ke Sarawak. Saya sebenarnya menghadiri KAGUM Unit Beruniform Institut Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan yang di adakan di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dari 22 hingga 27 Jun yang lalu. Kotinjen IPGM kampus Tun Abdul Razak diwakili 50 Peserta, 5 Urusetia, dan 9 Pegawai. Saya bertindak sebagai urusetia di sana. Program ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Pengarah BPG dan juga Perasmian Penutupnya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran .

Bergambar dengan peserta IPGM kampus Kent, Tuaran, Sabah...
Unit beruniform yang terlibat ialah Kadet Remaja Sekolah (KRS), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Pandu Puteri Kadet (PPK), dan juga Pergerakan Pengakap. Ini adalah antara unit beruniform yang ada di Institut Perguruan sebagai salah satu bentuk persediaan kepada guru pelatih di masa hadapan untuk menjalankan aktiviti Kokurikulum di sekolah yang bakal mereka ditempatkan.

IPTAR ku Gemilang....Khemah yang hanya ala2 kadar..
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

Alhamdulillah, sebagaiaman di sekolah menengah, di IPG pun saya dipilih menyertai BSMM, dulunya dikenali PBSM namun selepas penjenamaan semula (rebranding) yang telah dilakukan, namanya ditukar kepada BSMM. Kalau dahulunya baju T-Shirt nya berwarna putih. Sekarang ditambah satu lagi baju iaitu berwarna Merah yang juga boleh dipakai ketika Operasi.

Dari pemerhatian saya BSMM adalah satu organisasi yang bergerak bebas membantu ketika bencana alam. Jarang di dengar unit2 beruniform lain yang menghantar pasukannya ketika membantu bencana alam. Kebanyakkan mereka hanya berkisar kepada latihan untuk pelajar sekolah sahaja. BSMM juga mendidik ahlinya untuk mengetahui cara memberikan bantuan mula jika berlaku kecemasan. Bertindak ala-ala doctor la. Ya la, pernah bercita2 menjadi doctor, namun tak berjaya, jadi ahli penyelamat pun boleh la…..


Dakwah Itu Perlu Hikmah.. Dari kanan Steven, Tan (Cina Baling) dan juga Surria...
Sub Camp 1

Perkhemahan ini melibatkan hampir 1500 peserta. Dibahagikan kepada 5 camp dan bagi BSMM, peserta dibahagikan kepada 5 Sub Camp, IPGM kampus Tun Abdur Razak (Sarawak) berada di Sub Camp 1 bersama2 IPGM Kampus Temenggung Ibrahim (Johor), IPGM Kampus Darul Aman (Kedah), IPGM Kampus Ampuan Afzan (Pahang), dan IPGM Kampus Keningau (Sabah).

Rasanya Sub Camp 1 adalah subcamp yang palin best kerana anggotanya meliputi dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung yang terdiri dari Zon Utara, Zon Selatan Dan Zon Pantai Timur. Banyak sahabat2 yang diperolehi. Bersama2 dalam banyak perkara dalam mendirikan khemah, bantuan kecemasan dan juga lari ke belakang hutan untuk mandi air terjun (tak dibenarkan oleh urusetia, mana tahan, 6 hari air terjun lalu tepi khemah).


Inilah rakan2 IPGM ku yang turut serta..sebelum membuat persembahan Kemanusiaan..


Sebagai Urusetia

Bagi BSMM, Urusetia dari 27 IPGM telah bergabung untuk membentuk satu jawatankuasa dan saya telah diamanahkan untuk memegang Biro Kerohanian dan Moral. Pembantu saya ialah kak Chik (lupa nama la) Guru pelatih KPLI dari Institut Perguruan Islam (IPIs) Bangi. Tugasnya pakat2 paham la,bab2 solat dan juga tazkirah. Itu tugas rasminya, namun yang tak rasminya banyak sangat2.

Urusetia ni ditadbir oleh saudara Arfino, Guru Pelatih KPLI dari IPGM Kampus Batu Lintang ( Sarawak ) seorang yang sempoi dan suka2 hati bila membuat pengumuman menggunakan dialek Melayu Sarawak yang pekat dan menyebabkan ramai yang terpinga2 tidak paham apa yang diumumkan. Terpaksa la saya translete untuk kesejagatan bersama. Apapun, dalam aktiviti yang separa padat telah memberikan kecerian kepada Camp BSMM


Bersama sahabat lama, Rizal dari IPGM Kampus Gaya, Sabah...
Kerohanian

Sekoyong-koyongnya amatlah tidak berkenan dengan situasi peserta di sana. Begitu tidak memperdulikan soal solat. Saya telah mengambil pelbagai inisiattif seperti membuat pengumuman akan waktu solat, agar ada pelatih untuk hadir ke surau untuk solat berjamaah. Namun tidak begitu dihiraukan. Kalau solat di khemah rasanya boleh diterima, namun didapati ramai yang tidak begitu mengambil berat soal solat. Setiap kali tiba waktu solat, penganjur menyediakan ruang yang cukup, namun masa yang diberi lebih dihabiskan dengan berbual2 , makan dan juga tidur. Wahai sahabat2 ku, bangunlah, kita bakal guru yang bakal mendidik anak bangsa, pastikan hubungan kita dengan Allah swt sentiasa maintain.
Ghadaffi atau lebih femous di Maahad sebagai Ghadap....
Namun, tahniah juga pada rakan2 yang terus memberikan sokongan dengan hadir aktiviti solat berjamaah dan juga sessi tazkirah pada setiap hari. Banyak juga perkara yang negative berlaku di sini, namun tak perlulah saya ceritakan. Cukuplah dengan saya berazam, andaikata aku jadi guru pada masa kelak, jangan ulangi kemungkaran yang sama. Setiap aktiviti yang dijalankan haruslah ada konsep wiqoyah (pencegahan) di dalamnya.

Jejak Kasih

Program sempena 6 hari ini sebenarnya telah menemukan saya dengan ramai sahabat2. Ada diantaranya hanya dikenali ketika mewakili IPG untuk MTQ dan Syarahan. Dapat kami berjumpa kembali di sini. Sahabat2 Maahad seperti Ghadafi dan Syafiq Md Nor turut saya temui. Hasil daripada bualan kami. Alhamdulillah, mereka masih komited pada perjuangan agama Allah hasil didikan bumi waqafan Maahad Mahmud. Ada juga jumpa orang kampung yang kini menjadi pelatih KPLI dan juga saudara mara yang kini menjadi pensyarah. Setidak2nya dapatlah mengeratkan perhubungan persaudaraan dan juga ukhwah Islamiah antara kami.

Syafiq Md Nor..Rakanku dalam LPTMM
Kenangan Manis

Selain daripada bertugas sebagai urusetia kerohanian, saya banyak menghabiskan masa bertugas di khemah urusetia dan juga di Klinik Bergerak BSMM dari Ibu Pejabat. Disini banya ilmu yang saya dapat. Antaranya saya dilatih untuk mengukur Blood Pressure (BP). Wah, dah macam doctor dah. Namun rasanya sepanjang bertugas di situ, yang paling manis ialah bilamana ada seorang rakan yang cedera namun tidaklah teruk, dan harus dibawa ke hospital Kuala Pilah untuk tindakan lanjut.
Paramedik celup yang menjadi tumpuan..
Paramedik yang agak gila2 telah mengajak saya untuk menemaninya menghantar peserta dengan menggunakan ambulan BSMM. Namun disebabkan kami kekurangan masa, paramedic yang bernamai Ijai telah memasang siren ambulan. Bayangkanlah, masa perjalanan yang mengambil masa 30minit telah dapat dikurangkan menjadi hanyalah 8 minit. Mana taknya, beselerak habis kereta, trelar dan bas ke tepi jalan memberi laluan. Itu la gamaknya jadi menteri kot ????
Bersama Ajai (tengah), paramedik yang banyak membantu..ni di Nilai 3...

Dua Blogger kembali bertemu…

Dalam perjalanan pulang pada hari Jumaat, kami singgah sebentar di NIlai 3. Almaklumlah, kotinjen kami ni agak ramai perempuan, Nak beli kain baju, yang lelaki hanyalah lepak2 ditepi jalan saja. Manala nak pandai memilih kain. Tak pandai membeli katakan.

Seterusnya bertolak ke KLIA, flight 850 malam. Ketika Chek in berjumpa dengan Ustaz Hasrizal bersama keluarganya, dia ada program di Terengganu. Alhamdulilah, ust hasrizal masih ingat program TOT di kuching dan juga saya yang banyak berbual dengannya ketika di sana.

Ustaz Hasrizal, Ustaz Nik Zul (pensyarahku) dan Ustaz Nazmi..

Aisyam (kanan) bersama Abu Saif dan Ummu Saif sekeluarga...


Jadi dapatlah juga bertemu dengan Ummu Saif, Saiful Islam, Naurah dan juga Imad, Semua sempoi2 ja. Hasil daripada bualan kami, Insy Allah, Bulan ogos ni Ust Hasrizal akan ke Sarawak untuk handle program anjuran pelajar2 perubatan Irlend yang diketuai oleh Azri Bohari (orng Kuching ni). Program tersebut akan dijalankan di sabah dan juga Sarawak. Saya mungkin akan terlibat di Sarawak sahaja atas keterbatasan waktu.

Baiklah, banyak lagi yang nak ditulis, Tapi mcm malas ja… Apapun, musafir kali ni mengandungi pelbagai hikmah tersembunyi. Semakin banyak mengenali sahabat dan juga kawan serta manusia. Moga2 ada natijahnya. Insya Allah.

- Dakwah Itu Perlu Hikmah -
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 29 Jun

2 comments:

akamil said...

Hidup PBSM!

Nazmie Samarahan said...

Terima kasih..walaupun nta celup2 ja PBSM dulu masa di maahad...hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin