Sunday, June 15, 2008

Walimah Khairul Fikri..

Melangkah masuk ke halaman pengantin lelaki...
Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan…

Alhamdulillah, Tahniah, Mabruk. Diucapkan kepada sahabat ku Khairul Fikri bin Sebri dan juga pasangannya Nurul Husna bin Mat Lazim atas janji yang telah mereka merterai untuk membina baitul Muslim beberapa hari yang lalu. Saya berkesempatan untuk hadir di walimah sebelah lelaki, namun tidak pergi di sebelah muslimat yang agak jauh .


Latar Belakang.

Sudah dimaklumi bersama, pasangan soleh dan solehah ini merupakan bekas pelajar Maktab Mahmud, Fikri merupakan pelajar 5 Sc 3 berasal dari Sungai Petani manakala Husna berasal dari Baling adalah pelajar 5 Sc 1 (Kalau tidak silap, mungkin terbalik). Selepas itu menyambung pengajian di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Baru. Hafaz 30 Juzuk al-Quran kemudian sambung dalam bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan. Hebat, dihadapan nama mereka tertera Doktor Perubatan, manakala di belakang nama pula tertera hafiz dan Hafizah.
Nazmi, Abang Hafiz (berkopiah putih), dan Akmal Solihi (baju merah) bersama pasangan Khairul Fikri dan Husna...

Reunion.

Walimah kali ini umpama Reunion bagi warga Maahad tanpa mengira generasi. Dengan berteman beberapa orang pimpinan Maahad (masih adik2), kami di sambut oleh adik saudara Fikri, Ihsan yang juga menghafaz al-Quran di Darul Quran JAKIM. Saya terlihat satu wajah yang cukup saya kenal. Ya Allah, cikgu Saad. Cikgu Geografiku yang sudah pencen. Terus pergi berjumpa dengan cikgu dan bertanya khabar.

Rasanya generasi yang paling ua yang saya jumpa ialah DJ yang bertugas iaitu Abg Hafiz Baderuzzaman, bakal Peguam dan juga org Kuat Maaruf Club UIA, Akmal solihi, Aiman Sayuti, pasangan kembar Doktor Iman dan Aiman, Ikmal, Aufa, Akh Ashraf Tajuddin, manakala di batch saya pula hanyalah saya dan Taufiq kelihatan, adik2 yang sudah ex Maahad pula diketuai Sarkawi Salleh, hafizul Amin, geng2 Sofwah dan Islam serta DQ Ittihad. Ramai lagi yang hadir, ada yang saya tak ingat nama serta yang agak kurang dikenali.

Baitul Muslim yang dibina mendapat sokongan ahli keluarga.. Ihsan (hujung kiri) bila lagi??
Bila ditanya khabar pada semua, Alhamdulillah semuanya sihat. Rata2nya menyatakan bahawa mereka hadir adalah untuk rai walimah Fikri namun maksud yang tersirat, masing2 nak ambik berkat atau ambik pengalaman.

Walastu Bikhairrikum…

Seingat saya sudah sekian lama akh Fikri pernah bercerita kepada saya pengalamannya ketika hadir satu walimah anak kepada seorang Ulama terkenal. Apabila pengantin sampai, sebelum makan beradap, seorang ulama yang lain telah memberi tazkirahnya kepada hadirin. Itulah impiannya pada majlis walimahnya (masa tu saya rasa 2 tahun sudah)

Bekas YDP PIBG Maahad adalah yang bertanggungjawabkan menyampai tazkirah pada hari tersebut. Namun rombongan pegantin dari baling yang juga berkenduri hari yang sama agak lewat tiba. Ini kerana mereka berkonvoi terlalu ramai, maka ramailah yang tertinggal dan perlu kerap berhenti untuk tunggu yang lain. Maka HJ Tahir terpaksa pulang awal kerana ada urusan lain. Jam dan hampir 4.30 ketika itu.

Bagaikan Reunion pula, ramai lagi yang hadir, namun tak sempat pula nak bergambar....
Ketika pengantin sampai, masuk ke dalam rumah dan kami bergambar beramai2. Ini kerana risau jika muslimat yang lain sampai maka sukar bagi kami untuk bergambar. Walaupun Maahad sudah lama ditinggal, rata2 exMaahadian masih mendokong martabat ikhtilad. Tiba2 adik Ihsan datang berbisik.

“Abg Nazmi, abg nak nta bagi tazkirah sebelum pengantin makan”
“Ana tak mau la, ana bukan kawin pun lagi ”, seloroh saya
“Tak boleh. lewat dah ni”

Saya lihat abg hafiz dan juga Akmal solihi. Keduanya berundur.

Nta la Nazmi, cakap ja”, Akmal solihi bagi semangat.

Ya Allah, mcmana ni. Hati berbelah bahagi. Apa yang nak dicakap, layakkah saya??? Tambahan lagi bila mana melihat mantan Timbalan Pengerusi Badan Dakwah Maahad, Akh Ashraf Tajuddin turut berada di situ. Berlaku tolak menolak antara kami dan juga abg Hafiz. Akhirnya saya juga yang kena. Akhirnya, tak pa lah. Terima itu sebagai amanah dan juga peluang dakwah, walaupun diri kita tidaklah yang terbaik, namun peluang dakwah adalah peluang dakwah.

Pilihlah jalan yang halal...

Pilih Yang Halal

“Nta bagi tazkirah, janganlah dituju sangat pada pengantin. Tetapi pada hadirin yang hadir, agar turut mencontohi jalan yang dirintis oleh sahabat kita ni,” Celah Akmal Solihi memberi ide. Syukran, dalam keadaan singkat, dah rangka beberapa perkara yang hendak disebut dalam tazkirah ringkas tersebut.

Saya memulakan ucapan dengan pujian pada Allah serta mengucapkan tahniah kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Saya mengajak hadirin supaya melihat perkahwinan adalah satu sunnah yang harus dilaksanakan dan dipandang positif.

Islam turun dengan pelbagai peraturan serta perlembagaan yang harus ummatnya laksanakan serta patuhi. Ternyata segala peraturan serta hukum itu mempunyai nilai2 positif serta bersesuaian dengan kehidupan manusia buat sepanjang zaman. Bahkan, gejala social yang melanda remaja yang menyebabkan runtuhnya nilai agama dalam diri adalah kerana mereka tidak faham pada agama, tidak faham pada peraturan agama serta tidak melihat hikmah kenapa Islam menghalalkan satu perkara namun dalam masa yang sama ada sekatan serta halangan dalam hal2 yang lain.

..Makan jangan tak makan..

Perkahwinan secara dasarnya ialah menghalalkan perhubungan lelaki perempuan. Tanpa perkahwinan, hubungan lelaki perempuan adalah sesuatu yang haram dan mempunyai sekatan. Maka inilah sunnah yang menghalalkannya, segala apa yang berlaku serta dilaksanakan apabila sah bergelar suami isteri dikira ibadah serta mendapat ganjaran dari Allah.

Maka saya mengajak hadirin yang ada, terutamanya golongan remaja serta pemuda pemudi muslimin muslimat agar memilih cara yang halal. Nah! Islam sudah menunjukkan jalannya, ada halalnya, ada ibrahnya, ada positifnya serta ada hikmahnya. Bagi yang berkemampuan. Persiapkan diri, bersedia dengan ilmu agama yang istiqomah serta thabat dalam perjuangan, maka dirikanlah baitul Muslim, ini adalah titik permulaan yang baik ke arah melahirkan generasi Muslim Mukmin Muttaqin yang akan mendokong perjuangan agama Allah pada masa hadapan.

Saya secara peribadi mengucapkan tahniah pada Ibu dan Ayah kedua2 belah pihak kerana memberi dorongan serta semangat pada anak mereka untuk memilih jalan yang halal. Tindakan ini lebih mulia daripada kita menghalang tindakan murni ini dengan halangan serta alasan yang tidak bersesuaian. Seolah2 kita biarkan, kita benarkan anak kita berada dalam keadaan zina dari menunjukkanya jalan yang halal.

Moga Impian kalian akan tercapai...Ameen..

Dalam masa yang sama peranan anak dan ibu bapa harus ada. Perkahwinan bukan perkara kecil. Saya ulangi, persiapan diri harus ada. Bimbingan ibu bapa juga harus ada, persiapa agama WAJIB ada. Soal ekonomi adalah satu soal yang lain. Dengan tanggungjawab serta bimbingan agama, insyaAllah rezeki pasti ada. Sikap Qanaah juga pasti ada. Moga2 tindakan itu akan menjadi contoh pada khalayak yang lain.

Tahniah!!

Alhamdulillah, itu yang pada fikiran saya antara perkara yang saya rasa hadirin perlu ambil berat. Sebagaimana artikel Ustaz Dzulkhairi yang saya masukkan dalam beberapa entri yang lalu. Agak sukar serta berat untuk kita bercakap serta menyampaikan tazkirah perkara yang belum kita lalui. Moga Allah permudahkan gerak kerja dakwah kita serta menyempurnakan kehidupan kita. Saya tutup ucapan saya dengan membaca doa dan diaminkan oleh hadirin.

Ni nak amik semangat ke ape ni...??

Tahniah buat sahabat saya Kahirul Fikri dan Husna, moga baitul muslim yang dibina akan merintis jalan pada saudara untuk membina usrah muslimat yang bebas serta mampu menjadi egen tarbiah yang mantap. Saya doakan juga moga2 mampu menjadi pasangan yang soleh dan solehah serta mampu untuk menjadi “quratul aqyun” pada pasangan masing2. Terima Kasih kerana mampu menjadi contoh dan tauladan yang baik buat kami exMaahadian.

- Dakwah Itu Perlu Hikmah -
Mohd Nazmi Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 16 Jun

-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Sedikit persoalan sebelum kami semua berpisah, seorang sahabat telah menyenaraikan senarai nama exMaahadian samada yang telah bekerja di pelbagai bidang ataupun yang pulang menjadi pendidik di Maahad, kebanyakkannya, walaupun tidak semua, telah bertemu jodoh sesama Maahad. Dan ia bukan dirancang masa belajar di Maahad. Tapi jodoh adalah ketentuan...
- Sahabat ana tersebut telah meninggalkan hal itu sebagai persoalan dan minta kami jawab.. Saya biarkan itu menjadi persoalan juga.. Belum sampai masa untuk menjawab.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin