Saturday, June 14, 2008

Islam dalam Novel Masakini

Fatimah Syarha bersama sahabat2nya ketika di UIAM..

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan.

Sebagaimana yang pernah saya tulis dalam entri2 terawal saya. Antara penulis yang saya kagumi ialah Abu Hassan Morad (Novelnya Cinta Madinah), anaknya Ummu Hani Abu Hassan dan juga Fatimah Syarha Mohd Nordin. Kagum pada mereka kerana mereka tidak mengikut arus di mana penulis hanya menulis kisah2 cinta dan pengajarannya tidak lebih nak ajak manusia untuk bermaksiat pada Allah. Nama yang saya nyatakan ini mampu membawa elemen2 islam, pengajaran Islam, Biah Islam, sunnah dan al-Quran kedalam novel mereka. Walaupun itu semua sudah dirancang dan kelihatan tamam namun itu mampu memberi peringatan pada pembaca apa matlamat sebagai Khalifah.

Seindah Mawar Berduri

Tahniah buat Fatimah Syarha. Saya mula membaca karyanya “Seindah mawar berduri”, Kisah Khazinatul Asrar, seorang muslimah yang berjaya membentuk Baitul Muslimnya. Ranjau yang ada dalam karya pertama ini hanyalah bagaimana ia tolak pinangan saudara terdekatnya dan menghadapi karenah ibu saudaranya serta kematian Ibu nya.

Tautan Hati

Namun dalam karya kedua Fatimah Syarha, beliau menulis dengan lebih matang, bersistem berlatar belakangkan suasana hidup Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau bertindak bijak, menulis pada latar tempat dan waktu yang beliau kuasai kerana pada waktu itu Fatimah ialah graduan UIAM. Novel itu ialah “Tautan Hati”, watak Asiah Yusra, Umar Mujahid, Layyinul Harir dan lain2 nyata memberi paradigm baru kepada pembacanya. Watak Khazinatul Asrar masih ada di sini sebagai Ibu kepada Asiah Yusra. Sudah menjadi tema pada setiap karyanya, kehidupan Islam yang syumul serta indahnya berjamaah serta Usrah menjadi perkara pokok yang cuba di didik kepada pembaca melalui penulisan Tautan Hati .Kelainan novel ini ialah penutupnya yang gagal di agak oleh pembaca pada peringkat awal. Amat jarang filem dan novel melayu mampu melakukan sedemikian.

Antara Novel yang bawa fenomena baru...
Syabab Musafir Kasih

Karya ketiganya yang saya beli beberapa hari lalu ialah “Syabab Musafir Kasih”. Satu lagi novel Islamik yang saya rasakan plot2 cerita serta pengakhirannya yang tak mampu di agak bilamana melihat kulit serta bab 1 dan 2. Anda tidak akan tersangka pengakhirannya sedemikian. Watak Syabab, Nur Mumtazah, Ust Mursyid, Imtiyaz, Nur najihah dan sebagainya pada saya adalah begitu unik. Garapan tema dakwah dan hidup berjamaah masih kekal dan diberi tumpuan yang lebih pada semangat jamaah dan kehidupan berkeluarga.

Ini mungkin kerana pada usia 24 tahun, corak pemikiran Fatimah Syarha sudah berubah dan bertambah matang serta kekeluargaan menjadi satu isu yang ingin diketengahkan. Latar belakang pendidikan pula dalam novel berkisar kehidupan pelajar di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq , Syria yang mana suasana menuntut ilmu secara talaqi di masjid2 serta bacaan al-quran bersanad. Barangkali latar ini dipilih kerana Syarha ialah graduan dari university itu juga.
Karya Terbaru Fatimah Syarha...Novelis yang berkarisma..

Talqis

Apapun tahniah pada Fatimah Syarha. Satu bentuk penulisan yang baik. Moga ini menjadi kerja dakwah yang baik dan teruskan usaha ini. Kepada pembaca, cari dan baca ambil pengajaran dan sebagaimana biasa usahlah hanyut termimpi2 akulah watak itu dan ini. Jadikan itu sebagai lonjakan semangat dan amal yang berterusan adalah perkara yang penting.

Dakwah Itu Perlu Hikmah
Mohd Nazmi Abdul Ghani
Teratak Bonda -Teluk Bagan- 14 Jun

------------------------------------------------------------------------------------------------
- Kadang2 terasa mual bilamana membaca novel2 atau karya2 penulis muda. Yang pertama , tak paham agama tapi nak tuli hal agama. Yang kedua, suka2 hati ja letakkan nama2 pada watak yang ntah apa2. Kita baca pun tak tau maksud apa. Nabi suruh letak nama anak nama yang elok. Tak mesti bahasa arab (tapi itu yang aula), kalu yang lain pun, pastikan punya makna. Malaslah nak bagi contoh.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin