Tuesday, October 7, 2008

Diari 2008 : Reunion exMaahadian SPM 2004

Putera yang hadir
Jawatankuasa Reunion AidilFitri 2008 Maktab Mahmud Batch SPM 2004

Pengarah
Mohd Zulfahmi Haron (Universiti Tonto, Mesir)
Timbalan Pengarah
Baisyatul Ahmad
Setiausaha
Amiratul Awatif Ghazali (UIAM)
Bendahari
Ismail Md Salleh (UIAM)
Pengisian
Shohib Arrumi Said (Univ. Al-Azhar)
Juhaida Abdul Hamid
Perhubungan & Promosi
Ahmad Taufiq Iqbal Bin Abdul Rani (UIAM)
Mashitah binti Abdul Muthalib (UIAM)
Teknikal & Persiapan
Hidayat Zulkiflee (Univ. Al-Azhar)
Makanan
Ariff Idzuan Nordin (Univ. Al-Azhar)
Tugas Khas
Mohd Syukri Muhammad (KUIN)
Syakiroh Abdul Rahim

Wakil UM dan Presiden Alumni menyampaikan ucapan


Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan.

Alhamdulillah, dah berada di bumi kenyalang dan Alhamdulillah juga pada hari raya ke empat yang lalu, telah di adakan reunion ex Maahadian generasi SPM 2004. Yang di atas tulah komuniti yang telah berhempas pulas menjayakannya. Tahniah buat kalian!! Tanpa usaha antum semua tentu sukar untuk kita berkumpul semula.

Gambar kenangan...
Saya bertolak dari rumah pada saat jam hampir 2 petang. Perjanjian secara SMS di buat dengan sobri (ketua pengawas juga rakan yang karib dengan saya), kami akan berjumpa di sofwah al-Mukhtarah. Sebagaimana yang saya kenal. Sobri jarang sekali membuang masa, maka ketika sampai, sobri tidur dengan nyenyak kerena tak mahu buang masa. dah pakai baju siap-siap. Baju batik hitam. Maka berganding lah saya dengan Fakrur riduan untuk mengejutkannya.Bangun. Kami bertolak ke Maahad. Sampai hampir jam 220 petang. Adala dalam 8 orang putera di sana.

“Eh? ramai lagi ka tak sampai?? Promosi dah hebat..” kata saya pada Ust Don(hampa mesti kenai)
“ Tak tau lah”


Berbual mesra antara arif dan juga du...
Jari jauh kelihatan beberpapa pelajar puteri yang turut tiba.. Masih tak ramai..Jangan tak jadi pulak.. saya dah kosongkan pelbagai aktiviti untuk hadir. Usai berbual dan bersalaman, saya, sobri dan don terus saja meronda2 ke kelas lama kami , 5 SC1.. Daru suasana kelas, ternyata dah tukar pemilik. Rasanya dah jadi hak milik kelas akaun. Namun hiasan lama seperti khat dan juga tempelen2 smile di dinding masih ada. Merenung mengimbau pengalaman lepas. Pengalaman yang cukup berharga dan tidak dapat dibeli. Pengalaman begelar Maahadian!

Dari jauh, jumlah kehadiran makin ramai. Namun masih jauh dari jumlah sebenar batch saya saya melebihi 300 orang putera puteri kalau tak silap. sasaran penganjur pula. Cukuplah jika 80 orang yang hadir. Tepat jam 3 petang , smua dah berada di kantin Maahad puteri dan majlis di mulakan. Dan sebagaimana biasa, wahid nordin terus dipilih menjadi MC majlis.
Pertukaran kamera ketika bergambar..


Majlis dimulakan dengan ucapan wakil pengarah (pengarah ada open house) oleh ust ariff Idzuan. Ternyata maahadian yang dah jadi azharian hebat. Ucapan yang sederhana namun sentiasa di seliti dengan ingatan roh ramadhan dan juga syawal.

Kemudian ialah aktiviti pencalonan bagi jawatankuasa Alumni, beberapa nama di cadangkan dan setiap yang hadir diberikan kertas undi. Dan aktiviti itu diteruskan dengan wakil setiap IPT berucap…:-

Wakil Institut Perguruan
Saya Sendiri
Wakil UKM
Hafiz Hanafi (Pit Cho)
Wakil UM
Sobri Ellias
Wakil KUIN
Fakrurazi (Kro Naka)
Wakil UIAM
Fateh
Wakil al-Azhar
Syafiq Bakar

Member kamceng ni...

Ni pun kamceng juga...Pengarah Reunion..Dr Zulfahmi
Kemudian kami makan beramai-ramai, pada pemerhatian saya, jumlah kehadiran mencapai target. Dalam perkiraan saya, putera saja hampir 35 orang dan puteri tentunya lebih ramai. seterusnya pengarah program Dr. Zulfahmi mengumumkan senarai AJK Alumni exMaahadian SPM 2004 selepas pengundian di jalankan ..

Presiden
Mohd Sobri Bin Ellias (UM)
Timbalan Presiden
Mashitah Binti Abdul Muthalib (UIAM)
Setiausaha
Hafizuddin Bin Abu Hassan (UIAM)
Bendahari
Ismail Salleh (UIAM)
Kenangan di sofwah al-Mukhtarah
Adalah diharapkan jawatankuasa yang dilantik mampu merencanakan aktiviti yang pelbagai dan bermanfaat bagi semua ahli alumni, saya secara peribadi berpuas hati pada perjalanan program dan terasa suasana biah maahad masih ada. Walaupun tidak lagi sekental dahulu. Namun saya harapkan ialah pada masa depan kita bukan sekadar tukar khabar kesihatan. Tetapi juga kita tukar khabar berita jamaah, suasana tarbiah dan juga perkembangan dakwah di tempat masing2…

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 7 Oktober 2008

1 comment:

Nazmie Samarahan said...

Yup.. Ya lah.. Yang pi mesir tu dah 3 tahun dah tak jumpa..mcm tu juga dgn kawan2 yang lain...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin