Friday, October 10, 2008

Diari 2008 : SBE Semester 4

Suasana Kampung Meranek yang mendamaikan...
Perhimpunan pagi di SK Meranek

Lawatan awal ke dalam kelas...

Cuba menguasai "pentas" PnP dalam kelas...

Diminita Guru Besar untuk menyampaikan Motivasi kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR

Bertukar slot...

Refleksi Kendiri

Sepanjang satu minggu saya dan rakan-rakan berada di SK Meranek, ternyata pelbagai pengalaman yang menarik dan berguna saya perolehi sepanjang saya di sana. Kerjasama yang diberikan oleh guru-guru serta staff sekolah juga amat membantu saya dalam menyediakan laporan tugasan ini. Secara peribadi, saya merasakan kerjasama ini diberikan oleh guru-guru yang professional. Walaupun saya hanyalah guru pelatih, mereka tetap melayan saya sebagai seorang guru. Saya sedar, jika kita mempunyai jawatan sekalipun, kita haruslah menghormati semua insan lain di sekeliling kita walaupun ia tidak berjawatan, bahkan mungkin tidak berilmu daripada kita. Dan amalan tolong-menolong dan bantu membantu juga sebenarnya dapat mengeratkan ukhwah Islamiah sesama Muslim secara khusunya dan ikatan silaturrahim secara amnya.

Apa yang dapat saya perhatikan juga, murid-murid di SK Meranek masih banyak yang tidak dapat menguasai asas-asas dalam Islam. Hasil perbincangan dengan guru juga, kami membuat kesimpulan bahawa perkara ini berlaku kerana suasana kehidupan mereka di rumah tidak menjurus kea rah cara hidup Islam. Sebagai bakal Guru Pendidikan Islam yang mendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan…” saya bertekad untuk melakukan sesuatu serta tidak mudah putus asa dalam mendidik murid-murid untuk mengenalkan mereka pada agama Allah ini seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian seoptima mungkin.

Akhirnya, sokongan rakan-rakan amatlah penting dalam menjayakan PBS ini, sepanjang bersamanya kami di sini, pelbagai perbincangan dan kerjasama telah dilakukan. Ternyata sesuatu perkara yang dibincangkan terlebih dahulu, dicambahkan buah fikiran secara berjamaah akan memberikan kredit yang lebih dalam penulisan kerja kursus.

Adalah diharapkan, aktiviti sebegini mampu memberikan saya pengalaman awal dan asas penting dalam menjana diri menjadi guru yang berkualiti serta menjalankan tanggungjawab agama pada masa depan, Insya Allah .
-----------------
* Catatan di atas merupakan pengalaman ringkas saya ketika ber SBE di SK Meranek Kota Samarahan..
* Ini ialah pengalaman kami di sekolah, namun dalam siri seterusnya saya akan paparkan aktiviti saya dan rakan2 bersama dengan penduduk kampung Meranek..
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 10 Oktober 2008

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin