Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bagi pihak kerajaan Negeri Kedah, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, kepada rakyat negeri Kedah dan tidak ketinggalan kepada seluruh muslimin-muslimat di negara ini.
Aidil Fitri adalah hari kebesaran kurniaan Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.
Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah Taala. Orang yang bertaqwa adalah mereka yang senantiasa mentaati perintah Allah dan amat takut untuk melakukan kejahatan.
Semoga 'Madrasah Ramadhan 1429' yang baru kita lalui ini akan menjadi ikhtibar untuk kita meneruskan amalan yang baik yang dilaksanakan sepanjang Ramadhan.
Setelah sebulan dalam bulan Ramadhan, kita bakal sama-sama menyambut hari kebesaran, iaitu Aidil Fitri. Di sinilah letakkan penghujung atau kemuncak setelah kita berlapar dahaga, bersabar dengan cabaran Ramadhan, bermunajat di malam Ramadhan dan seumpamanya.
Segalanya bakal lenyap tanpa pahala jika kita alpa dan dilalaikan dengan sambutan Aidil Fitri yang terkeluar dari norma-norma Islam. Islam menganjurkan kita memuji nama Allah apabila menjelangnya Syawal, memanjatkan rasa syukur kerana berjaya melalui ujian besar menghadapi Ramadhan serta bersedih kerana kita sudah terlepas daripada Ramadhan, bulan yang penuh rahmat.
Menyambut hari kemenangan ini tidak salah, tetapi yang salahnya adalah cara menyambut Aidil Fitri. Kejayaan akan menjadi milik kita dengan pertolongan Allah swt
sekiranya kita berjaya menzahirkan ketaqwaan dan keimanan yang kukuh.
Al Quran yang diturunkan pada bulan Ramadhan mestilah menjadi pegangan dan panduan kita untuk dibawa ketengah masyarakat bagi menyelamatkan mereka dari kesesatan dan kemusnahan dengan memimpin mereka ke arah kebenaran dan kesejahteraan yang sebenar.
Semoga dengan berkat Aidil Fitri kali ini, kita dapat mentautkan kembali tali silaturrahim sesama rakyat di negeri ini. Saya yakin, kesempatan ini akan digunakan oleh rakyat dari berbilang bangsa untuk kunjung-mengunjung antara satu sama lain. Teruskanlah budaya muhibbah ini, negeri ini milik kita, Kedah Sejahtera kerana kita.
Marilah pada kesempatan ini, kita membaharukan semangat untuk meningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT, menguatkan ukhuwah, persaudaraan di kalangan kita dengan ukhuwah iman dan Islam yang menyatukan umat Islam sehingga mereka tidak ada beza di antara satu sama lain.
Tidak ketinggalan untuk saya ucapkan selamat pulang berhari raya di negeri tercinta ini kepada anak-anak Kedah yang berada di perantauan. "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam." (Surah Ali Imran: 102).
Sekian, terima kasih.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.
Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak
Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman

No comments:
Post a Comment