Wednesday, August 13, 2008

Walimah Faisal Hamdi : Sahabatku di Maahad yang berhati waja bersemangat jihad

Faisal ketika melawat negeri China...
Dihadapan stadium olimpik sarang burung negara China

Menyarung Cincin Perkahwinan

Bersama orang baru...



Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan...

Tanpa disedari... Sahabatku Faisal Hamdi telah pun menubuhkan Baitul Muslimnya dengan Faliyana binti Muda pada 28 Julai 2008.. Makin bertambah exMaahadian generasi SPM 2004 mendirikan rumah tangga.. Tahniah dan Mabruk diucapkan.. Faisal yang saya kenali seorang pemuda yang berhati waja.. Cukup sensitif serta peka pada perkembangan mujahidin di Chehnya dan juga Palestine.. Hatinya penuh dengan semangat jihad untuk Islam.. Gaya cakapnya yang kalut2 kadang2 membuatkan kami sahabat2nya kerapkali tertawa.. Namun jarang sekali Faisal meninggikan suaranya.. Itu kelebihannya..

Secara peribadi, agak rapat bilamana kami bersama2 tuisyen Asmi.. Selalu menunggang motor sekali.. dan kerap juga ke rumahnya bertemu ayah dan ibunya di Taman Uda.. Namun agak kurang sekarang bilamana saya berada di kota Samarahan.. Hnya raya dan hujung tahun sahaja berkesempatan.. Faisal akad nikah terlebih dahulu.. Kendurinya kemudian hari akan dimaklumkan.. Tahniah kerana telah membuktikan bahawa Islam mempunyai jalan yang halal.....

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 13 Ogos

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin