Saturday, August 16, 2008

Kedah Cerahkan Peluang Pertahan Tiga Piala


Kedah mencerahkan peluang mempertahankan tiga Piala apabila menewaskan Terengganu 3-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Kedah mencerahkan peluang mempertahankan tiga Piala apabila menewaskan Terengganu 3-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darulaman sebentar tadi. Kedah memulakan aksi jaringan menerusi Baddrol Bakhtiar apabila berjaya menembusi gawang Terengganu pada minit ke-24. Kedah yang dilihat menguasai hampir keseluruhan perlawanan separuh masa pertama terus menggandakan jaringan menerusi Marlon Alex James pada minit ke-40.

Pada separuh masa kedua, Kedah terus menyerang bertali arus namun pertahanan Terengganu agak kental bertahan. Terengganu yang sekali sekala menyerang hampir menjaringkan gol namun percubaan solo Wan Nur Alif Jasmi berjaya dihalang oleh Helmi Eliza Elias dalam situasi satu lawan satu.

Kedah kemudiannya memperolehi Penalti apabila kekasaran Sarbinee Allawee ke atas pemain Kedah pada minit ke-71 namun sepakan yang diambil oleh Nelson San Martin terkena palang. Ia tidak menjejas semangat pemain Kedah apabila Khyril Muhymeen menambah gol ketiga pada minit ke-75. Baddrol kemudian menjaringkan gol namun tidak disahkan oleh pengadil.

Kedah menang 3-0 dan selepas permainan tamat ketiga-tiga pemain import Kedah mengelilingi padang sebagai tanda penghargaan atas sokongan kepada mereka selama ini sambil diraikan oleh kira-kira 35 000 penyokong Kedah. Ia berlangsung dalam suasana gembira bercampur sayu. Ini adalah aksi terakhir mereka di Stadium Darulaman untuk musim ini kerana FAM sudah menetapkan tiada pemain import untuk musim hadapan.

Kedah akan berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Ahad ini, 17 Ogos 2008 untuk aksi separuh akhir kedua. Sama-sama kita doakan, Kedah berjaya ke akhir sekali lagi untuk meneruskan misi mempertahankan tiga piala. InsyaAllah... Amin.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin