MENJUARAI tiga piala dalam dua musim berturut-turut bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan tetapi pasukan dari negeri jelapang padi negara, Kedah, telah membuktikan ia bukan sesuatu yang mustahil.
Selepas melengkapkan kemenangan piala ketiga musim ini dengan mengalahkan Selangor 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, Ahad lalu, Kedah terus dicemburui pasukan lawan dengan kombinasi pemain yang hebat dan sentuhan emas dari jurulatih tempatan Mohd. Azraai Khor Abdullah.
Tetapi apa yang menjadi persoalan di sini adakah kehebatan dan kecemerlangan itu dijelmakan oleh jurulatih tempatan atau rangkaian pemain import berkualiti yang dibarisi oleh Nelson Sam Martin (Chile), Cornelius Bernard Huggings dan Marlon Alex James (St. Vincent and Grenadines).
Bagaimanapun kedua-dua faktor tersebut saling melengkapi antara satu sama lain, ditambah dengan produk pemain muda berbakat yang sentiasa dikeluarkan oleh pasukan Kenari itu setiap tahun.
Sebelum ini Azraai hanya dikenali sebagai pembantu jurulatih kepada Robert Alberts bekas jurulatih Kedah era 90-an, namun kehebatannya mula diperkatakan selepas berjaya membawa pasukan Kenari itu ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2004 pada tahun pertamanya sebagai jurulatih.
Sehingga sekarang Azraai terus dijulang oleh peminat pasukan Hijau Kuning itu sebagai jurulatih yang memiliki sentuhan magis dan berani mengambil risiko dengan mengetengahkan bakat muda tempatan.
Ia sedikit sebanyak dapat dinilai oleh pemerhati bola sepak di dalam negara bahawa kekuatan Azraai terletak kepada keberaniannya yang mengetengahkan bakat muda di samping mempunyai penolong jurulatih kaya dengan pengalaman, Radhi Mat Din.
Mungkin kejayaan dari sentuhan anak tempatan ini akan menjadi contoh terbaik buat pasukan lain yang masih lagi mengguna pakai tenaga jurulatih asing seperti Perak (Steve Darby) dan UPB-MyTeam (Bojan Hodak) tetapi tidak mampu untuk membarisi empat pasukan terbaik di dalam Piala Malaysia musim ini.
Apa pun semua keputusan terletak kepada persatuan negeri masing-masing sama ada masih ingin menggunakan jurulatih asing atau tempatan, namun Azraai telah membuka mata semua pihak dengan kejayaan yang dikecapinya sepanjang 2007 hingga 2008.
Bagaimanapun Azraai tidak mengukir kejayaan seorang diri kerana Kedah begitu bertuah memiliki pemain import yang berkaliber yang tidak mampu untuk ditandingi oleh pasukan lain.
Jika Marlon menjadi pencetak gol utama kepada pasukan Kenari, Nelson pula hebat dengan gerakan dan hantarannya yang tepat sementara Huggins kental di barisan pertahanan.
Kehebatan pemain import ini juga tetap dibayangi oleh sentuhan menjadi Azraai, jurulatih berusia 55 tahun yang bijak mengaul gandingan tenaga muda tempatan untuk dipasangkan bersama rangkaian pemain import tersebut.
Ini dapat dilihat dengan jelas apabila Ahmad Fauzi Shaari secocok digandingkan bersama Nelson, manakala Mohd. Fadly Baharum walaupun berusia 19 tahun tidak janggal untuk membantu Marlon di bahagian serangan.
Semua kombinasi dan strategi yang diguna pakai oleh Kedah dalam memburu misi untuk menjuarai tiga piala, Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA jelas terletak kepada kepakaran Azraai itu sendiri.
Bukan untuk meragui rangkaian pemain import mereka, tetapi Kedah telah membuktikan beraksi bersama tanpa pemain import dalam beberapa perlawanan sebelum ini termasuk dalam kempen Piala AFC bukan menjadi satu masalah buat mereka.
Musim depan, tiba giliran Mohd. Hazwan Zainun, Mohd. Rozaidi Abd. Rahim, Mohd. Faizal Abu Bakar, Mohd. Shafiq Jamal dan Ahmad Shakir Mohd. Ali pula akan melengkapi pemain muda yang sedia ada mengekalkan kejuaraan tanpa pemain import.
Bagi Azraai pula walaupun sudah mempunyai pelapis yang mantap tetapi usahanya harus dipertingkatkan agar tidak dibuai dengan kejayaan yang dicatatkan sebelum ini.
UTUSAN MALAYSIA

No comments:
Post a Comment