
Jaringan Marlon di minit ke-51, 68 dan 87 membolehkan juara bertahan itu berdepan Perak di suku akhir nanti, meskipun Perak tumpas 2-1 kepada UPB-MyTeam pada perlawanan terakhir Kumpulan C. MyTeam pula akan menentang Johor FC.
Selangor muncul juara Kumpulan A selepas menundukkan Melaka 4-2 di Stadium Hang Jebat untuk menempah pertemuan dengan Polis, yang menewaskan Sabah 1-0 di Stadium Likas.
Terengganu mencatat kemenangan 4-2 ke atas Sarawak di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak untuk berdepan Perlis, yang menumbangkan Johor Pasir Gudang 2-1 di gelanggang lawan.
Dalam perlawanan lain yang tidak memberi makna, Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 4-1, Kuala Lumpur tewas 0-1 kepada Pulau Pinang, manakala Tentera tumpas 1-2 kepada Pahang.
UTUSAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment