Tuesday, August 5, 2008

Diari 2008 : Final Sarawak Regatta 2008

Jalan sesak- Ramai yang hadir...

Teringat balik geng perahu Maahad dulu...


Bangunan sidang DUN Sarawak yang masih dalam pembinaan di Tebingan Kuching..

Team LANDAS.. Pesaing utama Team PESAKA
KUCHING 3 Ogos - Regatta Sarawak 2008 mendapat penyertaan menggalakkan apabila sebanyak 326 pasukan mendaftar untuk menyertai acara sukan air yang berakhir hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Regatta Sarawak 2008, Rodziah Morshidi berkata, pertandingan kali ini juga turut menerima penyertaan seramai 6,314 peserta yang melibatkan pelbagai jenis peringkat lapisan termasuk kakitangan kerajaan, swasta dan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta orang kenamaan (VIP).

Katanya, sebanyak 17 kategori perlumbaan diadakan pada perlumbaan kali ini termasuk tiga acara baru.

''Tiga acara baru itu ialah, lumba perahu Kenyalang 20 pengayuh antara negeri, 20 pengayuh antara IPTA dan lumba perahu bidar 30 pengayuh antara VIP," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Regatta Sarawak 2008 di Tebingan Kuching di sini semalam.
Sedang berkayuh...

Ada spiderman dalam team LANDAS

Akhirnya PESAKA berjaya menewaskan LANDAS untuk menjadi Raja Sungai Sarawak..

Manusia yang serba ramai...

Dah beralun-ralun sungai ni..mesti pening ikan-ikan dalam tu...

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ketika merasmikan perasmian itu berkata, beliau percaya Regatta Sarawak akan menjadi acara tahunan yang lebih besar dan meriah.

Katanya, beliau berharap sukan air yang menjadi lambang perpaduan rakyat di negeri ini itu akan menjadi satu perayaan utama di Sarawak dan Malaysia amnya.

''Regatta Sarawak ini akan menjadi acara yang berlaku tiap-tiap tahun dan akan diadakan setiap Ogos," ujar beliau.

Sementara itu, sambutan Regatta Sarawak yang bermula pagi semalam turut dimeriahkan dengan pertunjukan perahu berhias dan lintas hormat bot-bot kepunyaan agensi penguat kuasa di Sarawak.

Gondola ataupun perahu yang menjadi pengangkutan utama di Sungai Sarawak turut mengambil bahagian di mana sebanyak 20 buah perahu terlibat sama.

Acara perasmian itu diserikan lagi upacara simbolik perasmian Regatta Sarawak yang membabitkan sebuah perahu Iban atau dipanggil bidar membawa dayung yang menjadi simbolik pada perasmian itu sebelum diserahkan kepada Ketua Menteri.

Hadirin juga dihiburkan dengan perlumbaan jet ski sebelum pertandingan dan acara lintas hormat iaitu perlumbaan bidar 20 pengayuh lelaki antara agensi kerajaan dan korporat.

UTUSAN MALAYSIA
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Pada mulanya ke PC Fair dulu dengan En Nasir dan Che Mo. Pas tu g makan nasi briani di Matang, Solat di Masjid Matang, Makan Cendol plak, Solat Asar di Masjid Bahagian dan terus g Tebingan Kuching, Tengok Sarawak Regatta...
-:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::-
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 5 Ogos

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin