Tuesday, May 26, 2009

Diari 2009 : Doa lawatan SUK SARAWAK

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim….

Sesungguhnya kami berkumpul pada petang yang mulia lagi berbahagia ini, adalah untuk mencari berkat, maghfirah dan redhamu. Maka berkatilah majlis Lawatan Kerja dan Mesyuarat Pegawai Daerah Bil 1 Tahun 2009 ini, yang bakal berlangsung di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.

Ya Fatah ya A’lim

Sesungguhnya kami yang hadir pada petang ini ya Allah, mempunyai satu iltizam yang tinggi untuk memperkukuhkan Ukhwah, menjalinkan hubungan persaudaraan serta mempereratkan pertalian silaturrahim antara kami. Ini kerana, kami sedar bahawa kami yang diamanahkan sebagai penjawat awam inilah yang bakal membantu kerajaan untuk merencanakan, mencorakkan serta membentuk modal insan yang berkualiti di masa hadapan . Oleh itu , kami memerlukan kekuatan, kerjasama, perpaduan serta semangat dalam diri kami untuk menempuh sebarang ranjau, mehnah, cabaran dan tribulasi yang mendatang ini dengan penuh ketenangan, keyakinan dan istiqomah Ya Allah….

Ya Zaljala Liwal Ikram

Moga-moga dengan berlangsungnya Majlis pada petang ini, akan berlakulah perkongsian pintar sesama kami agar perancangan kami akan berjalan dengan lancar, matlamat yang bakal digariskan adalah tepat lalu mampu untuk menghasilkan keputusan yang berkualiti dan seimbang dengan keperluan semasa.

Disediakan oleh :
Ustaz Mohd Nazmi Bin Hj Abdul Ghani
8 April 2009 11.43am
-------------------------------
- Pembukaan dan penutup bahasa arab tu anda letak sendiri lah ya…
- Di bacakan ketika IPGM menerima lawatan kerja Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sarawak.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin