Tuesday, May 26, 2009

Diari 2009 : Doa Majlis Penutup Persidangan MPP

DOA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS KEPIMPINAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR, SESSI 2009/2010

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim….

Sesungguhnya kami berkumpul pada hari yang mulia lagi berbahagia ini adalah untuk mencari berkat, maghfirah dan redhamu. Maka berkatilah majlis perasmian penutupan Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Sarawak ini ya Allah..

Ya Fatah ya A’lim

Sesungguhnya kami yang hadir pada pagi ini ya Allah mempunyai satu iltizam yang tinggi untuk menjadi pendidik yang bakal memimpin ya Allah. Ini kerana, kami sedar bahawa kami yang bakal begelar pendidik dan pemimpin inilah yang bakal merencanakan, mencorakkan serta membentuk modal insan yang berkualiti di masa hadapan . Oleh itu…berilah kekuatan dan semangat dalam diri kami untuk menempuh sebarang ranjau, mehnah, cabaran dan tribulasi yang mendatang ini dengan penuh ketenangan, keyakinan dan istiqomah Ya Allah….

Ya Zaljala Liwal Ikram

Moga-moga Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang telah kami lalui ini mampu membuang segala sifat serta sikap negatif dan mazmumah yang ada dalam diri kami, moga berlakunya juga pekongsian pintar sesama kami, serta perkukuhkanlah iltizam kami untuk menjadi guru yang mudarris (yang mengajar), yang Muallim(yang menyampaikan ilmu), yang Muaddib(mengajar tentang adab), yang murabbi (yang mengajar tentang ketuhanan), yang Mursyid (yang membimbing ke arah jalan yang benar). Buangkanlah segala sikap ragu-ragu yang ada dalam diri kami.Kami mengharapkan agar Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ini mampu memberikan kami input dan pengetahuan yang berguna dalam usaha kami untuk memimpin rakan-rakan kami dan juga untuk mempersiapkan diri kami bagi menjadi pendidik yang berkualiti di masa akan datang Ya Allah

Disediakan oleh :
Ustaz Mohd Nazmi Bin Hj Abdul Ghani
Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri
11 Mei 2009 11.06 p.m

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin