Monday, May 4, 2009

Bertunang ?


TAKRIF PERTUNANGAN

Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.




PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama - pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

Wallahua'lam.
-----------------------
Rujukan di sini

11 comments:

hamdan al-kandahlawi said...

bagus2...

bila lak nak tunang ni?apo laie~

dasat-gambar tu ambik mana tu-nak sebarkan jugak.nnti2 :D

bermaklumat dn info yg berguna-

mungkin leh sedarkan masyarakat tntg isu2 berkaitan tunang menunang ni.dan jugak adat2 yg kdg2 cm berlebih2-bertunang macam dah kawen.iskisk.

Nazmie Samarahan said...

To Hamdan..
Nak bertunang??? Sudah ada di fikiran..namun tarikhnya tak pasti lagi.. Banyak lagi benda yang tak pasti..
Masyarakat perlu disedarkan tentang Baitul Muslim ni..

akh_mujahid said...
This comment has been removed by the author.
hisyam_mujahid said...

yap. !! that's right. ada yang baru bertunang dah start panggil sayang. :(

bukankah itu dah melampaui norma2 yang islam tetapkan.

Hidayah said...

salam ustaz,
mhadiri majlis kahwin wajib ye.
jika ade hl tertentu seperti jauh x mengapa ke x dtg?

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki said...

Salam'alaik syeikh Nazmi al-Qadahi,

ana nak tahu, bagaimana pula kalau seorang muslimin menggunakan unit BM utk approach muslimat yg mahu dinikahinya, dan muslimat tersebut menerima lamaran tersebut. adakah kedua2nya juga sudah bertunang di sisi syara'?

Mohon penjelasan daripada anta ya akhil kareem.

Nazmie Samarahan said...

To Hisham

Ya.. Ana bersetuju.. Pertunangan ini adalah satu komitmen awal ke arah berumahtangga..

Komitmen yang di dasari dengan tatacara Islam pastikan ada keberkatannya..

Nazmie Samarahan said...

To Hidayah

Wsalam.. Menghadri walimatul Urus hukumnya adalah wajib bila mana di jemput.. Namun bukanlah wajib yang mutlak.. Jika bersebab, jauh dan sebagainya yang memungkinkan kita tidak hadir... maka di maafkan..

Namun demi untuk menjaga persaudaraan.. Antara langkah yang boleh kita buat ialah.. :-

1) Ziarah tuan rumah kenduri ketika kita senang misalnya sebelum kenduri mahupun selepas kenduri.
2) Memberi sumbangan yang mampu meringankannya.. Sumbang beras misalnya..
3) Sekarang zaman tenologi, berhubunglah dengan telefon, bertanya khabar dan pohon maaf kerana tidak dapat hadir.
4)Wakilkan pada rakan2 yang dapat pergi...

Insya Allah.. Tuan Kenduri akan faham..

W'alam..

Nazmie Samarahan said...

To Ibnu Abdillah..
Wsalam...

Dari segi syarak ia sudah dikira bertunang.. Bertunang langsung tidak membawa apa2 makna atau perhubungan.. Janganlah bila bertunang itu di kira tiket untuk berjumpa.. Pertunangan hanyalah satu tanda atau komitmen satu pihak yang berkehendak kepada satu pihak yang lain..dalam loghat kedah dikira "chup" dulu.

Dan ia juga BELUM CONFIRM akan diakhiri dengan perkahwinan.. Namun kita harus sedar bahawa ajaran Islam bukanlah teori semata-mata.. Islam ada budibicaranya.. mengikut TGNA, budibicara ini kita panggil akhlak.. Walaupun lelaki dan perempuan itu dah bersetuju.. Apalah sudi kiranya perkara tersebut dipanjangkan kepada kedua ayah dan ibu untuk mendapat keredhaan..Itu Akhlak namanya..

BM harus memainkan peranan bukan sahaja penghubung muslimin dan muslimat yang akan bernikah.. bahkan juga BM harus menjadi orang tengah antara ahli jamaah yang hendak berkahwin dengan ke dua orang tuanya, samada untuk menyatakan hasrat mereka, berbincang, memberi kefahaman dan sebagainya..

Maka ana lebih bersetuju jika bertunang dengan cara BM, namun jangan kesampingkan Insan yang berperanan membawa kita ke dunia ini.. Walaupun mungkin mereka jahil agama.. maka bersabarlah dalam memberikan kefahaman kepada mereka..

Sekadar pendapat peribadi..
W'alam..

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki said...

Salam'alaik syeikh al-Qadahi,

JazakaLLAHukhair. Panjang lebar penerangan anta.

BarakaLLAHufiik.

Apa pun, ana rasa memang perlu juga anta sebutkan di sini tentang perkara tu sebab masih ramai yang menghalalkan perhubungan atas nama pertunangan.

Ana juga sangat bersetuju jika orang tua kita diinform tidak dikesampingkan mengenai BM ni, tentang konsep yang diterapkan di dalamnya dan sebagainya, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang tidak faham tentang perkara ni. Agar apabila mereka tahu bahawa anak mereka melamar / dilamar melalui BM , mereka akan dapat melihat bahawa betapa proses melamar itu dilakukan dengan cara yang sangat bermaruah dan terhormat.

Cuma mungkin ada juga keluarga yang apabila kita sudah bicara tentang BM ni, mereka akan terus melenting "Ehhh, tak yah la gatal3 nak fikir pasal kahwin dulu! Awak tu muda lagi! Jauh lagi perjalanan!".. Maka, penerangan mengenainya sgt perlu dan hendaklah bersabar dlm memberi kefahaman kpd keluarga mengenainya.

Wassalam.

Nazmie Samarahan said...

To Ibn Abdillah..
Ya..itulah juga yang sewajarnya..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin