Saturday, April 4, 2009

Arahan Presiden Persada

Mantan YDP MPP USIM, Saudara Farid Din, Ustaz Nazmi dan Presiden PERSADA (Kanan) Saudara Faisal Mustafa..



Presiden PERSADA, Mohd Faisal Mustafa mengingatkan kepada semua pengundi supaya memilih pemimpin yang adil dan tidak bersifat perkauman.“Kita mahasiswa sebagai pelapis kepada generasi muda Malaysia yang baru, dalam (suasana)politik baru tidak boleh melihat pemilihan pemimpin dari sudut kaum. Malaysia yang baru mesti dipimpin oleh pemimpin yang tepat tanpa tengok (melihat) pada kaum mana dia datang. Yang penting ialah kepimpinan yang telus, jiwa rakyat,” ujar beliau sambil menggesa seluruh mahasiswa Kedah untuk turun mengundi di pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.Terdahulu, NGO Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menghantar 300 mahasiswa dari pelbagai universiti di Lembah Klang ke Kuala Sepetang, satu daripada tiga DUN bawah Bukit Gantang minggu lepas.Sambil menegaskan bahawa pertubuhan mahasiswa tersebut tidak condong kepada mana-mana parti politik, mereka pergi mengedarkan risalah isu politik itu di kawasan-kawasan perkampungan di DUN itu yang mempunyai hampir 20,000 pengundi, 32 peratus daripadanya Cina.
-mahasiswakini .

2 comments:

hamdan al-kandahlawi said...

alamak...farid..makin membesar.:P

Ustaz Nazmi said...

Ya...semuanya dah makin membesar..haha..anta pun..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin