Wednesday, February 18, 2009

Jelajah 2008 : Muhasabah Perdana @ Kepala Batas

Majlis Penutup KRIS di Parlimen Kepala Batas

Muhasabah di Siang Hari..
Antara Ibu Bapa yang hadir...

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan.

Kepada yang selalu terlibat dalam program remaja atau khemah ibadah, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh disertakan. Namun kemuncak kepada sesuatu program ialah Muhasabah.. Muhasabah ini biasanya di bawa dengan pelbagai cara.

Maahad

Terkenang ketika berada di Maahad.. Erti muhasabah dikenali saya ketika mengikuti Tamrin Jilul Islam semasa tingkatan 1. Tamrin tersebut dipimpin oleh exco Ibadah asrama Ustaz Dzulkhairi ( Graduan Universiti Al-Azhar).. Muhasabah yang berkesan. Namun masih dibelenggu dengan tradisi Maahad.. Muhasabah itu dinamakan Panas dan Sejuk. Yang mana secara mudahnya, peserta akan diungkit kesalahan mereka terlebih dahulu dalam keadaan mata ditutup. Kemudian akan ada beberapa orang akan bertindak sebagai pen “dera minda” dan seterusnya muhasabah akan masuk pada peringkat sejuk yang akan menyentuh hati dan ia akan totally di kaitkan 100% dengan ibu bapa.

Revolusi

Apabila saya sendiri terlibat dalam aktiviti sebegini bermula sebagai fasilitator, ketika itu di tingkatan dua. Saya juga terikat dengan cara yang sama, ketika itu hanya sebagai pembantu sahaja dalam sesi muhasabah. Hinggalah di “naik taraf” sebagai moderator, keterikatan dengan cara itu masih mendalam. Ketika saya melakukan pemurnian modul-modul saya , saya mula berfikir dalam keadaan zaman yang dah mula berubah, remaja yang berteknologi dan semakin berani.. cara panas dan sejuk nampaknya makin hilang kesesuaiannya. Kelemahan ketara yang saya lihat ialah bila cara panas digunakan, kita bukan menyentuh atau menyentak hati, tapi lebih pada menyebatkan hati yang dimuhasabahkan itu takut. Walaupun ia menangis dihujungnya tetapi tangisan itu dimulakan dengan ketakutan. Barangkali kesedaran itu wujud, namun bila hilang ketakutan, maka hilang juga kesedaran. Ini hanya andaian saya hasil pengalaman saya yang pernah di muhasabahkan dan kesan yang saya lihat pada remaja yang pernah dimuhasabahkan dengan cara itu.

Saya cuba melakukan revolusi terhadap muhasabah, pada saya hati yang perlu disentuh, bangkitkan kesedaran tanggungjawab sebagai anak dan betapa peripentingnya sebagai hamba Allah, kita bakal kembali kepada Allah.. iaitu mati.. (saya tidak menggunakan sajak kematian). Secara mudahnya, saya hanya menggunakan cara yang sejuk sahaja dan ditambah kepada peringatan kepada mati..

KRIS Kepala Batas turut mendapat liputan wartawan Sinar Harian


Moga seruan itu sampai ke hati..
Pelukan dan pohon ampun pada ibu tersayang...
Ibu mana yang tak sayang anak..
Anak Soleh

Ini merupakan hujjah “Killer” kepada pem muhasabah untuk mengetuk pintu hati remaja. Isu ini perlu dibawa dengan sebaik mungkin. Bangkitkan jasa ibu bapa kepada remaja, sejahat mana pun ibu bapa kita, jika kita kekal hidup hingga hari ini, paling tidak itulah jasa mereka, iaitu masih membiarkan kita hidup.

Alhamdulillah.,. Pada saya berkesan namun perlukan lebih penambahbaikkan..Dan orang yang bertanggungjawab membuat muhasabah juga memerlukan penghayatan dan keikhlasan yang tinggi untuk menyedarkan remaja.

Belajar dari Cikgu Sukarno..

Cikgu merupakan guru saya dalam bidang moderator program ni.. Bagi saya, kemuncak program ialah sesi penyerahan remaja kepada waris mereka..Itulah sesi yang penting.. Cikgu sentiasa mengingatkan saya ialah untuk moderator menyentuh hati remaja dan waris serentak agar muhasabah yang dilakukan pada malam hari berkesan dan dalam masa yang sama ibu bapa faham bahawa mereka harus melakukan follow up di rumah…

Sukar juga nak terjemahkan dalam bentu tulisan…orang yang bercakap dgn baik..belum tentu dapat menulis dengan baik…W’alam..mgkin ada yang nak bagi pandangan dalam muhasabah ini???

--------------------------
- Sebahagian gambar adalah aktiviti saya di Kem Remaja Islam Parlimen Kepala Batas dan juga Kem Asyakirin, Taman Inang Mergong pada penghujung tahun 2008 yang lepas..

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 18 Februari 2009

2 comments:

AmOi said...

salam,berkaitan dgn muhasabah ni agak ssh klo bkn yg benar2 mantap utk buat..di akhir stiap muhasabah perlu ada binding balik agr student xrs unfinshd bsnes mcm mak ayah yg xdtg sbb xsyg aku ka?kalo yg anak yatim lg susah..sy pernah terlibat jg dgn aktiviti d pringkat u..student u sendiri pun merasa sedemikian..itu kelemahan fasilitator..perlu dptkan maklumat terlebih dahulu ttg latar blakang...sedikit pndgn..=)

Nazmie Samarahan said...

masalah itu sentiasa dihadapi dan dititikberatkan...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin