Thursday, January 8, 2009

Mahasiswa dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA


:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 8 Januari 2009
Kota Samarahan

2 comments:

AmOi said...

salam..Alhamdulillah kebanyakkan IPT yg sy tahu masing2 mengadakan perhimpunan aman...xlupa juga upc,solat hajat,bcaan yasin dan perhimpunana aman...namun terdetik juga di hati ini,sejauh mana keberkesanan perhimpunan ini ke dalam mentaliti dan sanubari mahasiwa/i??

Nazmie Samarahan said...

wsalam..Tarbiah adalah yang terpenting..Jika berhimpun..jelaskan kenapa berhimpun..bukan pada kadar sorai soarai sahaja..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin