Thursday, November 6, 2008

Jaulah Ke Sobah…

Assalamulaikum wtb Salam Perjuangan

Ternyata pertama kali ke sabah dulu (rujuk di sini), membuatkan hati saya tertarik untuk ke sana semula tahun ini, apatah lagi telah beberapa kali berjanji pada beberapa orang rakan untuk menjejakkan kaki juga ke sana beberapa ketika dahulu.. Satu ketika dahulu (sebelum ke borneo), saya kurang mengenali Sabah, di pemikiran saya, saya hanya kenal Sabah pada isu PBS dan Pairin Kitingan, dan juga bola sepaknya (Olerenshaw, Matlan Marjan, Julius Ating dan juga penjaga golnya yang panas baran). Tak lama lepas tu Sabah saya kenali dengan rancangan survivor dan juga isu pejuang moro yang ditangkap di sabah..

Saya mengambil peluang kali ini untuk berjaulah di Sabah. Memang setiap kali cuti hujung tahun, saya telah memperuntukkan sedikit simpanan saya untuk berjalan-jalan menambah pengalaman dan juga menambah kawan. Selalunya hanya pusing semenanjung berdasarkan ke mana saya rasa nak berjaulah. Tahun ini saya nak ke Sabah..

Insya Allah saya akan ke Sabah bersama keluarga. Tujuan pergi kali ini adalah untuk menziarahi beberapa orang saudara mara (sekampung) yang berada di Sabah samada yang bekerja ataupun yang sudah berkahwin dengan sumandak sabah dan kini tinggal di sana. Sabah menarik pada mata saya kerana pemandangannya. Ingin semula melihat laut yang menghijau dan juga gunung yang terpasak..

Namun bukan itu sahaja tujuan saya ke sana. Harapnya dapat juga berkongsi sesuatu dengan orang-orang sabah. Syukran pada beberapa orang sahabat yang menganjurkan beberapa program untuk saya penuhi di sekitar Kota Kinabalu dan Likas.. Beberapa orang sahabat juga bertanyakan hal yang sama..Insya Allah..Anda boleh hubungi saya, dan jika kena pada masanya, saya boleh hadir ke tempat saudara-saudara. Antara modul pengisian yang dengan izin Allah saya mampu kongsi ialah ;-

Pelajar sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
- Modul Anak Soleh sebagai Harta@ Sejarah Kebangkitan Islam @ dan Adakah Kau Lupa.
- Masa yang diperlukan sekitar 2 jam ke 2 1\2 setengah.
- Muhasabah di hujungnya.
- Memerlukan LCD

Mahasiswa
- Modul Adakah kau lupa, Kenapa kita perlu berjaya, Mencari cinta, Valentine, Perjuangan di jalan Allah
- Masa diperlukan sekitar 2 jam
- Muhasabah di hujungnya
- Memerlukan LCD

Tidak ada apa yang lebih... Sekadar perkongsian saya dengan saudara-saudara jika berkesempatan berdasarkan pengalaman yang ada. Saya tidak mengenakan sebarang bayaran cukuplah anda mengambil saya dari tempat penginapan dan menghantar semula apabila program selesai..

Kebanyakkan aktiviti jaulah saya pada sebelah siang, jadi malamnya agak free dan saya rasakan lebih manfaat percutian saya di Sabah dengan berkongsi dengan sahabat2 kesedaran beragama ini. Dan matlamat utama perjuangan saya pada masa ini ialah kesedaran untuk remaja-remaja Islam. XPDC Dakwah saya boleh dirujuk pada link berikut :-

- Siri Jelajah 2007
- Siri Jelajah 2008
- Diari 2008
- Pusat Pengajian Islam IPTAR

Bagi yang nak menghubungi saya, boleh tinggalkan no telefon di shoutbox mahupun di ruangan komen. Dan bagi yang mahukan privacy, boleh email di ustaznazmi@.... (yahoo.com)..Saya tak dapat pamerkan email penuh,,Kena Spam nanti. Berjumpa kita di Sabah…

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 6 November 2008
Kota Samarahan

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin