Wednesday, November 5, 2008

Nenek antara 15 ditahan merokok tempat awam


PULAU PINANG 5 Nov. – Seorang nenek berusia 58 tahun menangis teresak-esak meminta dilepaskan setelah ditahan kerana merokok di tempat awam dalam operasi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang selama tiga jam di sekitar Komtar pagi ini.

Wanita berkenaan, yang ketika itu bersama seorang cucu lelakinya berusia lapan tahun, kelihatan terkejut ketika ditahan oleh pasukan penguatkuasa di Terminal Bas Komtar di sini, dan terus menangis sambil merayu meminta supaya dilepaskan.

Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Idris Mohamad berkata mereka terpaksa mengeluarkan kompaun kepada wanita itu kerana kesalhan melanggar peraturan merokok di tempat awam.

“Kita turut mengeluarkan 14 kompaun akepada mereka yang melanggar peraturan merokok di tempat awam dalam operasi pagi ini,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini.

Idris berkata kesemua mereka dikenakan kompaun RM200 dalam tempoh 14 hari bagi mengelak dihadapkan ke mahkamah. – BERNAMA.

---------------

- Macam2 dunia...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin