Friday, November 14, 2008

Salamat Bersara wahai Bunda

Moga terus berjuang...


Assalamualaikum wtb Salam perjuangan

Hari ini merupakan hari terakhir bertugasnya emak saya, Hjh Habesah Bt Hj Omar Sebagai seorang pendidik, beliau bersara pilihan pada tahun hadapan. Hampir 30 tahun bertugas sebagai guru, emak hanya pernah mengajar di dua sekolah sahaja. SMK Seri Gunong, di Anak Bukit (Berhampiran gunung keriang) dan juga SMK Tajar hinggalah emak bersara.

Cinta pada Tugas

Graduan Universiti Malaya era 70 an ini amat mencintai profesionnya, pengalaman saya menjadi anaknya adalah bukti. Saban minggu setiap hari minggu, mak akan buat kelas tambahan untuk anak didiknya secara percuma..Paham-pahamlah sekolah kampung, kesedaran “untuk mengaji” masih kurang. Kadang2 yang hadir hanyalah 7 , 8 orang. Mak tak putus asa, ubah strategi, setiap kali kelas tambahan pada hari cuti, mak akan buat sarapan pagi untuk anak muridnya(termasuk juga anak di rumah), kadang2 bihun. nasik lemak dan sebagainya. Alhamdulillah, ada peningkatan kehadiran.

Menyantuni anak didik.

Sedari kecil, saya sentiasa di bawa emak ke sekolahnya jika ada aktiviti. Pernah juga di bawa ke UUM dan Bukit Hijau, Kem Bina Semangat untuk pelajarnya. Apa yang saya perhatikan, emak amat mudah di dekati muridnya..Mungkin kuncinya pada senyuman mak.. Mudah tersenyum.. selalu tersenyum..dan feeling bila melihat filem sedih.. hatta dalam ic mahupun lesen memandu pun gambar mak tersenyum.. Saya pernah tanya masa kecil dahulu.. “awat kat ic mak cek tengok gambaq mak senyum”, mak jawab. “Dulu mak orang susah..payah nak rasa ambik gambaq..jadi gambaq tu kena bagi jadi la..”

Ya, mak mudah tersenyum..amat disenangi rakan2 sekerja..jika ada majlis di rumah.. maka berbondong2 lah rakan-rakannya datang.. ini kerana mak pandai menyantuni rakan sekerjanya..jika tak, masakan mereka boleh datang pada hari cuti, baik berehat bersama keluarga saja. Kalau hari raya, bermotor2 anak didiknya datang ke rumah..Teluk bagan ke Tajar bukannya dekat.. Hampir 20 km.. Tak kira lelaki dan perempuan sanggup datang untuk jumpa cikgu mereka ni..seperti biasa, mak akan tersenyum dan terus akan memasak..

Saya membuat penilaian, mak berjaya membina satu “bangunan muamalah” yang baik dengan anak didiknya..Maka mereka mudah di lentur dan didik serta di beri teguran.. tugas guru mengajar.. yang terbaik.. namun lebih dari itu sebenarnya, membentuk anak bangsa menjadi manusia..

Menjadi “Manusia”

seringkali ikut mak ke pasar malam, pasti aka nada peniaga yang memanggil “cikgu, mai la sini..”, anak-anak muridnya. Ada yang menjadi peniaga buah, ikan, daging.. maka dapatlah harga yang istimewa.. Ketika nak ubat penyakit resdung dulu, mak bawa saya dan adik ke salon, oh ada juga anak didiknya yang membuka salon.. Ada yang jadi cikgu..ada yang sambung PISMP..bahkan ketika pulang berhari raya yang lepas, mak dan ayah pergi menziarahi anak didiknya yang bakal menyambung pengajian peringkat PHD di negara uncle sam.. Alhamdulilah..”menjadi manusia anak didiknya”

Tetamu Istimewa

Sempena hari terakhir bertugas ni..Tentulah mak buat jamuan di sekolah dan juga kenduri di rumah.. Sayang.. saya masih berada di sini..belum bercuti.. Beberapa hari yang lepas semasa menghubungi ayah, majlis kenduri persaraan mak akan di hadiri tetamu istimewa bagi keluarga kami iaitu al-Fadhil Tuan Guru dato Dr Haron Bin Din.. Ulama yang hebat..Moga datangnya orang yang tawadhuk dan berilmu ini.. Membawa rahmat juga ke ahli rumah..

Buat mak.. Selamat bersara.. Mak merupakan IBU, GURU, RAKAN, SAHABAT dan pelbagai lagi buat diri cek…

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 13 November 2008
Kota Samarahan

5 comments:

alfarabi said...

salam, ana tersentuh hati tentang dialog nta dengan mak nta tu..

Nazmie Samarahan said...

wsalam..kita punya kenangan masing2 dengan bunda masing2..

hatake kakashi said...

Ya Allah Ya Rahman, muliakanlah saudaraku ini, bahagiakan keluarganya, berkati rezekinya,kuatkanlah imannya,permudahkanlah segala urusannya..

Nazmie Samarahan said...

Alhamdulilah.. Syukran..Itulah doa kita bersama

Nazmie Samarahan said...

Syukran..ya..sayangilah ibu bapa kita.. Menda[at keredhaan dunia dan akhirat..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin