Wednesday, November 5, 2008

Liqo AidilFitri

Abg Syahmi (senior maahad-baju hijau) turut hadir..

Mahasiswa bangun bertanyakan soalan

Saya dan Sobri(berbaju hijau) bersama adik2 maahad yang sudahpun bergelar mahasiswa timur tengah dan juga dalam negara...

Mantan Presiden IMAM(berbaju koko) bersama anak buahnya
Saya, Azzam, Syamsul zaman (hijau), adik syamsul dan juga Fadlain Yadain (MPP UKM)

Berita Lambat dari ku…

Assalamulaikum wtb Salam Perjuangan

Pada hari raya yang ke tiga lalu, bertempat di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) telah diadakan Liqo Aidilfitri Mahasiswa Kedah. Majlis ini didokong sepenuhnya oleh Persatuan Pelajar Islam Kedah (PPK), Persatuan Pelajar Islam Kedah (PPIK) dan juga Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA). Majlis ini bermula sekitar jam 10 pagi dan dirasmikan oleh YB Dato Ir Pahrolrazi Zawawi, Exco Kanan Kerajaan Negeri Kedah. Majlis ini turut di hadiri oleh YB Ustaz Nasir Zakaria, MP Padang Terap, Ustaz Ahmad Yahya, Mudir Madrasah Taklimiah al-Khairiah, Saudara Hafiz Baderuzzaman, Wakil Maaruf Club UIAM, dan juga Presiden penaja PERSADA , saudara Faisal Mustapha.

Rumah saya dekat saja dengan SRIDU, jadi pergi agak lambat. Saya andaikan hampir 250 orang mahasiswa hadir. Pengisian program ialah taklimat, soal jawab, persembahan nasyid dan seterusnya ialah ramah tamah aidil fitri..

Ramai juga warga Maahad yang hadir, tidak kiralah junior mahupun senior saya. Dapatlah bermesra dan bertukar pendapat sesama kami. Terasa ukhwah yang terjalin panjang ini masih berkualiti. Liqo ini juga umpama reunion bagi peserta dan pengendali KBS.. Rakan fasi saya semasa KBS, saudara Azam (Mantan Presiden Ikatan Mahasiswa Madani-IMAM) dari UiTM Arau turut hadir bersama anak buahnya Syamsul Zaman.. Sempat juga bergambar…Moga pertemuan pada hari tersebut memberikan natijah yang baik pada semua yang hadir Insya Allah…

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 5 November 2008
Kota Samarahan

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin