Mungkin kelihatan terlalu optimistik, tetapi itulah kekuatan PTS Millennia Sdn. Bhd. Motto yang digunakan bagi tahun 2008 sehingga seterusnya iaitu “Hanya yang BESTSELLER sahaja” adalah salah satu cabaran baru (daripada sekian banyak cabaran) pengurus PTS Millennia Sdn. Bhd. kepada seluruh jentera produksi PTS Millennia Sdn. Bhd. Mencabar tetapi menarik.
Maka, sebagai menyahut cabaran itu, editor perolehan sentiasa berusaha dalam memastikan produk yang dihasilkan mencapai piawaian “Hanya yang BESTSELLER sahaja“. Walaupun kadangkala ia menambahkan bebanan tugas yang sedia ada tetapi selepas melihat hasilnya, kepuasan yang dinikmati, luar biasa sifatnya.
Namun, setakat hari ini, ada satu buku yang cukup mencabar keupayaan dan pengalaman saya. Buku yang saya tidak sabar-sabar untuk rasakan kepuasannya apabila sudah siap diterbitkan nanti. Buku itu adalah Kepimpinan Gaya Nabi; Biografi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat.
Sudah banyak yang dilaburkan oleh PTS, sudah banyak tenaga yang saya curahkan secara peribadi dan sudah terlalu lama ramai orang menanti lahirnya sebuah buku yang benar-benar konstruktif menganalisis gaya kepimpinan seorang tokoh pemimpin ulama Malaysia yang dikenali sebagai Tok Guru Nik Aziz ini. Tidak saya nafikan, ada beberapa buku biografi beliau yang sudah lama ada di pasaran. Namun, buku yang ada itu lebih banyak menyentuh aspek spiritual beliau sebagai seorang tokoh agama. Kali ini, sudut perbincangan yang akan ditampilkan melalui buku ini agak berbeza, sudut kepimpinan yang diasosiasikan dengan teori kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Inilah satu aspirasi idealistik seorang editor dan penulis (Puan Habibul Izzah Ahmad) yang pastinya bukan mudah untuk direalisasikan.
Oleh sebab itulah, proses penghasilannya bukanlah mudah. Bermula daripada usaha peribadi penulisnya (Puan Habibul Izzah Ahmad) menelusuri jejak tokoh ini sejak tahun 1997 (catatan peribadi penulis yang terlalu banyak untuk dicoretkan di sini. Mungkin lain kali sahaja) sehinggalah kepada berkampungnya kami selama seminggu di Pulau Melaka sehingga kini. Terbaru, kami baru sahaja menemuramah anak saudara kepada Tok Guru Nik Aziz iaitu Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya Pas Pahang. Daripada perbincangan kami dengan tokoh ini, banyak maklumat yang kami dapati mengenai Tuan Guru Nik Aziz. Maklumat-maklumat itu nanti akan kami kongsikan bersama pembaca di dalam buku biografinya. Namun, satu maklumat yang menarik dan ingin dikongsi bersama di sini adalah mengenai ayahanda Tuan Guru Nik Aziz iaitu Tok Guru Nik Mat.
Pembinaan kualiti peribadi Tok Guru Nik Aziz sebenarnya bermula dengan kekuatan dan keteguhan peribadi Tok Guru Nik Mat dalam aspek agama. Diceritakan oleh Dato’ Tuan Ibrahim, Tok Guru Nik Mat cukup menjaga soal pembinaan kualiti diri dalam aspek agama pada 18 orang anak-anaknya (beliau mempunyai empat orang isteri). Jika ada di antara anak-anaknya ataupun cucu-cucunya yang melakukan kesalahan (contohnya seperti meninggal solat), mereka akan ditegur dengan tegas namun bagi ibu mereka, mereka akan dipukul. Inilah satu pendekatan yang unik oleh Tok Guru Nik Mat. Jarang-jarang kita dengar pendekatan didikan seperti ini hari ini.
Banyak lagi kisah menarik mengenai pendidikan keluarga daripada Dato’ Tuan Ibrahim melibatkan Tok Guru Nik Mat. Semuanya akan dikongsikan bersama pembaca di dalam buku Kepimpinan Gaya Nabi; Biografi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat.
Nantikan lebih banyak lagi cabaran yang kami lalui dalam kembara menelusuri kisah seorang tokoh pemimpin nusantara ini. Semoga usaha ini mendatangkan manfaat kepada kita semua dalam perjuangan memandaikan bangsa.
Hasil Perkongsian :
Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir
Editor Kanan
PTS Millennia Sdn Bhd

------------------------
Maklumat lanjut di sini.
Maklumat lanjut di sini.
No comments:
Post a Comment