PORLAMAR, Venezuela 28 Sept. - Muammar Gaddafi dan Hugo Chavez memperkukuh hubungan dan mencari persamaan ketika kedua-dua bekas tentera berfahaman radikal ini mahu mencabar 'imperialisme' negara-negara kaya dan aspirasi mewakili negara-negara miskin.
Pemimpin Libya itu bertemu dengan Presiden Venezuela hari ini bagi menandatangani beberapa perjanjian untuk mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua kerajaan.
Chavez dan Gaddafi mengetuai sidang kemuncak di mana pemimpin Amerika Selatan dan Afrika bertekad merapatkan lagi hubungan antara dua benua. Chavez melakukan kejutan diplomatik bila menawarkan negara Afrika dengan bantuan projek minyak, perlombongan dan bantuan kewangan.
Gaddafi yang buat kali pertama menjejakkan kaki ke Amerika Latin berkata, kedua-dua benua perlu bersatu untuk meluaskan pengaruh dan membentuk pakatan pertahanan 'NATO untuk Selatan' dengan menggelarnya 'SATO'.
"Kepada mereka yang cenderung kepada NATO, kami kini memberitahu mereka yang kami memiliki SATO. Kami akan mempunyai perjanjian kami sendiri," kata Gaddafi lagi.
Chavez yang juga bekas komander separa tentera Venezuela, mendakwa Amerika Syarikat (AS) adalah potensi ancaman terbesar kerajaannya dan telah mengusulkan cadangan blok pertahanan Atlantik Selatan dengan beberapa sekutu sebelum ini.
Dari sudut ekonomi, Chavez berkata, Venezuela telah menandatangani perjanjian untuk bekerja sama dalam projek minyak di Amerika Selatan, Mauritania, Niger, Sudan dan Cape Verde. Kerajaan Chavez bersetuju untuk menjadikan syarikat minyak Afrika Selatan, PertoSA sebagai rakan kongsi untuk memajukan lapangan minyak di Venezuela dan menawarkan bantuan projek minyak kepada beberapa negara.
Tambah Chavez, Venezuela juga berminat mengadakan syarikat usaha sama perlombongan dengan Namibia, Mali, Niger dan Mauritania. - AP

No comments:
Post a Comment