Tuesday, September 1, 2009

Buku-bukuku Ogos-Sept 09

Saya begitu tertarik dengan al-Islam edisi September ini yang membicarakan secara detail isu Natrah dah bertambah menarik lagi bila isu ini dikupas oleh sahabat saya, Akhi Nasaie Ismail. Juga isu yang boleh di baca ialah undang-undang zalim, ISA.
Sebuah buku soal akidah yang ditulis dengan jelas oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Soal keimanan dan apa yang patut ada dalam akidah Muslim. Sebagai bahan rujukan untuk memenuhi keperluan subjek pada semester ini.
Buku rujukan ini digunakan oleh pelajar STPM, namun saya rasa ia juga dapa membantu saya dalam pengajian ijazah ini, ilmu makin di dalami, makin dalam pula ia tanpa disedari...
Karya Fatimah Syarha Mohd Nordin, buah tangannya yang terbaru, saya baca buku ini berulang kali, tertarik, terfikir, berfikir dan terus berfikir.. Fikir tentang diri, tentang hidup, tentang masa depan, tentang generasi, tentang harapan pada diri..tentang kesalahan lalu..dan bermacam lagi...
Solusi ialah satu majalah ilmiah yang terbaru, digarap dengan penuh warna dan ilmu oleh para sifu tarbiah, Ustaz Hasrizal, Ustaz Pahrol, Fatimah Syarha, Dato Ismail Kamus, Ustaz Nidzam Kadir dan ramai lagi.. Semuanya ulama dan ilmuan yang saya berminat dengan tulisan mereka...
Lagi-lagi buku sejarah??? Kenapa?? Sebab saya begitu minat sejarah..bahkan sudah berazam, jika ada rezeki, ingin sambung sarjana dalam bidang sejarah.. Menceritakan tentang kemasukkan Islam ke bumi Sepanyol daripada zaman sebelum, semasa dan hinggalah ke zaman keruntuhannya.. Terkandung kehebatan Islam di zaman pembangunannya serta isu serta masalah yang menyebabkan kejatuhannya.. Rasa macam nak berperang pula...
Buku ini saya dapatkan semasa hadir Ko-Spins anjuran GAMIS di Shah Alam. Beli dengan harga promosi, sesuai untuk rujukan serta kata-kata semangat bagi slot tazkiran pendek.
Karya Pak Latip terus memikat saya..Buku terbaru ni.. Saya ulang baca bagaimana Hulagu Khan memusnahkah Kota Baghdad.. Bagaimana orang Islam berjuang mengembalikan sinar Islam dengan bergabungnya Pemerintah Mamalik di Mesir serta Berke Khan Pahlawan Monggol yang beragama Islam, pertempuran dalam bulan Ramadhan yang menyaksikan kemenangan Islam ini berlangsung di Ain Jalut, tempat nostalgik buat Islam kerana di kanannya Medan Hittin dan di kirinya Medan Yarmouk..
Juga di Shah Alam saya dapatkan buku ini, semasa forum perdana di Masjid Negeri, Shah Alam.. Dah lama cari...
Sejarah al-Aqsa dikupas mantap serta kuatnya stand Tauhid Ahmad Deedat di akhir hayatnya juga disentuh...
Pertembungan ideologi dua Ulama Veteran negara.. Antara benar, batil dan juga yang hak...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin