Saturday, September 12, 2009

Bogel??


Assalamualaikum dan Salam Perjuangan..

Saya ditanya baru-baru ini dengan soalan yang amat memeningkan saya. Walaupun jawapan dah tahu. Tapi bila membabitkan soal hokum. Maka peninglah saya di situ. Lantas terus menghubungi beberapa ustaz dan sahabat untuk bertanyakan pendapat mereka.
-------------------
Soalan
Ustaz, Apa hukum kalau kita berwudhu’ dalam keadaan bogel? (sudah tentu nak jawapannya wajib atau makruh atau sunat)
------------------

Jawapan

Ramai yang bersetuju hukumnya “Makruh” tanpa membahaskan perkara tersebut lebih panjang.
- Ustaz Mustapha Kamal (Pensyarah IPTeknik, KL, Pelajar PHD UM)
- Ustaz Fauzi Tahir (Pensyarah Kolej Universiti Insaniah,KUIN)
- Ustaz Nasruddin Hassan al-Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)

Sah Wudhu’nya tetapi Hukum berbogel adalah Makruh
- Ustaz Ahmad Yahya (Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah)
- Ustaz Zaini Hassan (Pendidik Maktab Mahmud Cawangan Baling)
- Sheikh Yusoff Hj Ahmad (Pegawai Kebajikan Pelajar Kedah Mesir)
- Ustaz Che Mohamad Syakimi (Pendidik JQAF, Kuching)
- Ustaz Afnan Faiz (Guru GPI, Sek Men Teknik Kuching)

Makruh..Hukum asal bagi berbogel sendirian adalah makruh samada dalam bilik atau tandas.. tidak menjejaskan wudhu’ yang diambil
-Ustaz Rasydan Abdul Rahman (Mahasiswa Universiti Al-Azhar Mesir)

Wudhu’nya sah dengan syarat ketika dan selepas wudhuk tidak sentuh kemaluannya. Perbuatan bogel adalah makruh kerana dianggap tiada adab.
-Ustaz Abdul Rahman Abidin (Pendidik SMKA Matang, Kuching)

Sah wudhu’. Tetapi Imam al-Ghazali kata itu suatu yang mungkar.
-Dato Sheikh Fadzil Hj Awang (Pendakwah, Mantan PK HEM Maktab Mahmud Induk)

Berwudhu’ atau mandi bogel, di tempat tertutup adalah harus dalam fiqh.
- Ustaz Hassan Basri (Pendidik Sek Teknik Sejingkat, Kuching)

Wudhuk ketika berbogel adalah Sah, Cuma adab ketika berwudhu’ elok di jaga. Dicadangkan sekalipun mandi berbogel semasa berwudhu’ kena pakai tuala.
- Ustaz Syukri (Guru GPI, SMAP Kajang)

----------------------
- Maka sama-samalah kita amalkan pada kadar yang kita mampu. Walaupun berbogel ketika wudhu itu sah dan tidak membatalkan wudhu’, namun perbuatan menutup aurat itu lebih mulia dan beradab. Kenapa kita tidak memilih yang lebih baik dan mulia. Harap penjelasan ini memuaskan hati yang bertanya dan semakin yakin dalam beribadah. Syukran Jazilan pada ilmuan-ilmuan yang sudi menjawab.

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 12 September 2009
Kota Samarahan

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin