Saturday, January 31, 2009

Diari 2008 : Melihat 5 Sc 1

Di sinilah tempat bertapanya saya, ku saifullah (medic UKM) dan juga Zulfahmi (Medic Uni. Tonto) bertapa dalam menuntut ilmu..tepi tingkap plak tu...

Khazanah 5 Sc 1 2004 yang masih kekal....

Kelas yang tunggang langgang..biasalah cuti hujung tahun...

Dulu papan carta ni sentiasa berisi...namun putera tak pernah pun baca..apatah lagi bantu mencantikkannya..

Laluan ilmu yang di bina pada tahun 2004..sampai jam 11 mlm mengangkut batu2 ni...la ni dah cantik..siap ada pondok lagi...
*Gambar ini diambil ketika reunion Maahad yang lepas (raya posa)..bila di belek2 dalam folder ada pula..maka dipaparkan buat warga 5sc 1 yang jauh...
ataupun yang dekat yang dah tak pi maahad lagi..

Gambar Hari Ini : Pengebumian Kugan







Moga Isu ini diselesaikan dengan sebaik mungkin.. pastikan yang bersalah menerima hukuman yang sewajarnya..jika salah..bawa ke mahkamah.. jangan dizalimi dan sebagainya walaupun bukan islam...paling tidak ia masih saudara sesama manusia...

Buku-buku ku bagi bulan Januari 2009

Selain daripada Majalah i, Anis dan juga Mastika, Dewan Masyarakat merupakan antara majalah yang paling saya suka membacanya, isu dikupas dengan fakta dan juga maklumat, tiada pemberatan pada mana-mana pihak. Teguran serta kritikkannya amat telus.. Boleh membantu para dae untuk menguasai isu semasa dengan baik..

Ahmad Mohd Salleh sentiasa menulis buku yang bisa membantu guru-guru pendidikan Islam (GPI) mahupun guru-guru j-Qaf.. Sebuah buku akademik yang mempunyai maklumat mengenai pedagogi serta perkaitan dengan sistem pendidikan negara..

Buku yang mampu menambahkan keimanan serta keyakinan pada kuasa Allah. Sesungguhnya Islam amat dekat dengan sains.. Islam juga dekat dengan cara hidup masyarakat setempat. Islam bersifat waqieyah... Tahniah buat Dr Zainal.. Ini bukanlah karyanya yang pertama yang saya miliki..ternyata.. semuanya berkualiti..

Azam sudah dibulatkan bersungguh-sungguh.. Moga harapan untuk menjadi tetamu Allah akan tercapai.. Ini sebagai bekalan mula, untuk menambahkan lebih kefahaman lagi..

Buku ini membicarakan kehidupan harian seorang dae serta apa yang perlu difikirkan.. Juga disentuh amalan-amalan yang seharusnya di istiqomahkan pada diri untuk menjadi pendakwah yang berkesan..

Selain daripada Almarhum HAMKA. Sheikh Nuruddin dan Bapa Mohd Natsir, Aa Gym merupakan antara tokoh tanah seberang yang saya amat kagumi sistem pemikiran dan kezuhudannya.. Buku ini membuatkan saya lebih mengenalinya..moga berpeluang berjumpa dengannya suatu hari nanti...

Kebenaran maklumat sains cungkil rahsia al-Quran

ADA rasul dan nabi dikurniakan mukjizat iaitu pemberian Allah untuk melakukan perkara luar biasa yang tidak mengikut kaedah sebab musabab. Mukjizat adalah antara bukti kenabian.

Mukjizat terbahagi dua iaitu hissi dan aqli. Mukjizat hissi dalam bentuk yang boleh dikesan pancaindera (dilihat, didengar atau disentuh) dan bertindak secara fizikal seperti tongkat Nabi Musa bertukar menjadi ular atau Nabi Musa menyembuhkan orang buta sejak lahir. Mukjizat aqli hanya mampu difahami manusia dengan akal sihat, bebas daripada emosi dan prasangka serta dengan mata hati yang masih boleh menerima hidayah. Satu-satunya mukjizat aqli ialah al-Quran.

Keagungan dan kebenaran kandungan al-Quran tidak dapat disangkal sesiapa. Hal ini membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Kandungan al-Quran tidak mampu dicipta sesiapa selain Allah Maha Pencipta.

Firman Allah bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau sekiranya al-Quran itu bukan dari Allah, tentulah mereka mendapat percanggahan yang banyak di dalamnya.” (Surah an-Nisa, ayat 82)

Menurut doktor perubatan Perancis, Maurice Bucaille (1978) dalam bukunya The Bible The Quran and Science, “Sementara ada kesalahan amat ketara dalam Bible, saya tidak mendapati satu kesalahan pun dalam al-Quran.”

Bible yang menjadi kitab orang Kristian asalnya diturunkan Allah yang dinamakan Injil. Bagaimanapun, Bible sekarang banyak diubah pendeta Kristian mengikut kemahuan mereka. Tindakan pendeta itu tidak ubah seperti tikus membaiki labu. Semakin banyak diubah, lagi jelas kesalahannya.

Sebagai umat Islam, cukup kita mempercayai Allah pernah menurunkan Injil kepada Nabi Isa tetapi tidak perlu berpegang kepada Bible yang diubah sekarang. Tambahan pula, Injil sudah ‘dihapuskan’ sebaik turun al-Quran yang lengkap kandungannya dan tidak perlu lagi kitab lain sebagai tambahan.

Perlu diingatkan, ada pihak yang sengaja memesongkan akidah umat Islam dengan menyebut kita wajib mempercayai kandungan Bible sekarang dengan alasan setiap umat Islam wajib percayakan kitab Allah sebagai Rukun Iman yang wajib diyakini.

Biarpun al-Quran sudah diturunkan kira-kira 1,400 tahun lalu, manusia masih belum mampu membongkar semua kandungannya. Semakin banyak dikaji, semakin banyak manusia berasakan tidak mengetahui mengenainya.

Banyak maklumat sains dalam al-Quran dibongkar dan diakui kebenarannya oleh pakar termasuk bukan Islam. Mereka mengakui kandungan dalam al-Quran bukan direka Nabi Muhammad SAW. Tidak mungkin maklumat setepat al-Quran dapat dicipta atau dikarang manusia.

Perkara yang dijelaskan dalam al-Quran mengenai sains wajar dijadikan pemangkin supaya umat Islam mencari lebih banyak pengetahuan untuk dimanfaatkan dalam kehidupan manusia. Sesungguhnya Islam amat mementingkan ilmu pengetahuan termasuk berkaitan sains.

Sebenarnya dalam Islam, segala ilmu penting untuk kebaikan. Manusia lebih mengenali Maha Pencipta apabila mengetahui lebih banyak mengenai ciptaan-Nya. Encyclopedia Britannica edisi kesembilan mencatatkan Islam tidak pernah memisahkan antara ilmu sains dengan ketuhanan.

Islam menyuruh umatnya memanfaatkan seluruh kejadian alam dan ini hanya dapat dilakukan jika dilakukan dengan ilmu. Jika Islam menolak sains, pasti hal berkaitan sains tidak dimasukkan dalam al-Quran.

Sebenarnya tidak ada agama selain Islam yang turut mencatatkan kejadian alam semesta, malah ada kira-kira 750 rujukan berkaitan ilmu dalam kandungannya.

Ayat berkaitan kosmologi (mengkaji asal-usul, proses, dan struktur alam semesta) menyebut mengenai langit dan bumi sebanyak 29 ayat; planet, bintang dan orbit (15), musim (25), penerbangan angkasa lepas (lima), tahi bintang (empat), kehidupan di angkasa lepas (59) dan angkasa lepas (lapan).

Selain sebagai ilmu, kandungan al-Quran berkaitan sains mengajak manusia memperteguhkan tauhid mengesakan Allah. Banyak ayat al-Quran mengajak manusia berfikir serta mengkaji dan memahami tabii alam.

Firman Allah bermaksud: “Maka apakah kamu tidak menggunakan akal?” (Surah al-Anam, ayat 32)

Mengagumi kandungan al-Quran menjadi inspirasi kepada sarjana Islam dulu yang berjaya menemukan banyak ilmu sains yang menjadi asas kepada ilmu sains dan teknologi sekarang.

Mereka berusaha bersungguh-sungguh memartabatkan Islam sebagai agama yang syumul. Nama seperti al-Biruni, Nazir, al-Dinb, Ibnu Sina, Muhammad Ibnu Musa al-Khuwarizmi, Ibnu Yunus dan Habsah al-Hasib mencungkil dan mengemukakan teori sains mereka berdasarkan pengetahuan asas yang diperoleh daripada al-Quran.

Penguasa atau pemerintah umat Islam pada era kebangkitan Islam dulu memberi kedudukan tinggi kepada ahli sains. Pakar sains dalam sesuatu bidang ditugas melakukan kajian untuk manfaat umum.

Contohnya, kumpulan ahli astronomi diketuai Muasa ibn Shaki diarahkan Khalifah al-Mamum mengukur lilitan bumi. Mereka dapat mengira lilitan bumi di Khatulistiwa sepanjang 40,253.4 kilometer. Anggaran dibuat pada hari ini ialah 40,068 kilometer. Perbezaannya ialah 185.4 kilometer atau 0.46 peratus.

Perintah itu berdasarkan hakikat bahawa bumi itu bulat, maka ia ada ukur lilitnya. Maklumat mengenai bumi bulat banyak dijelaskan dalam al-Quran, biarpun tidak secara khusus.

Banyak ayat al-Quran menjelaskan mengenai bumi dan setiap satu mempunyai kaitan yang jika dikaji secara menyeluruh menemukan maklumat lebih tepat mengenai bumi serta cakerawala lain.

Perkara itu dilakukan ilmuwan Islam dulu. Mereka mengumpul setiap maklumat termasuk yang ditemui atau diperkatakan ahli sebelumnya dan dipadankan pula dengan apa yang dijelaskan dalam al-Quran. Hasilnya, mereka mendapat satu keputusan lebih tepat dan menjadi rujukan ahli dalam bidang berkenaan sehingga ke hari ini.

Tidak dapat disangkal bahawa asas ilmu atau penemuan dilakukan ilmuwan Islam menjadi pencetus kepada kajian seterusnya oleh ilmuwan Barat. Semua kajian itu bermula daripada apa yang dijelaskan dalam al-Quran.

Christopher Columbus (1451 - 1506 Masihi) mengakui naluri atau dorongan kuat untuk belayar ke arah barat dari Eropah sehingga menemui benua Amerika berdasarkan rujukan tulisan ilmiah kitab geografi Ibn Rushd.

Justeru, umat kini perlu bangkit untuk meneruskan apa yang pernah dicapai tokoh ilmu sains Islam dulu. Masih terlalu banyak kandungan dalam al-Quran memerlukan penelitian untuk dimanfaatkan.

Sekarang kandungan al-Quran semakin banyak dikaji pakar sains bukan Islam. Mereka mendapati apa terkandung dalam al-Quran adalah benar. Ada antara mereka yang menganut Islam selepas mengkaji kandungan al-Quran. Sedangkan sebahagian yang lain hanya menjadikan al-Quran bahan kajian, juga tidak mampu untuk menolak kebenarannya.

Jika bukan Islam berminat terhadap kandungan al-Quran, mengapa umat Islam tidak mengambil kesempatan itu. Orang Islam kini hanya membaca al-Quran, tetapi tidak cuba mencungkil rahsia di sebalik setiap isi terkandung dalam 6,666 ayat itu.

Rujukan di sini

Allah Hu Akhbar!!! Tahniah Edrogan...

Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of Turkey, left, just before he leaves the stage in front of Shimon Peres, right, President of Israel and Swiss Klaus Schwab, founder and president of the World Economic Forum, WEF, during a plenary session on the Middle East Peace at the Annual Meeting of the World Economic Forum, WEF, in Davos, Switzerland, Thursday, Jan. 29, 2009. Turkish President Recep Tayyip Erdogan has later stalked off the stage at the World Economic Forum, after verbally sparring over Gaza with Israeli President Shimon Peres. (AP Photo/Keystone/Laurent Gillieron)

Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of Turkey, left, talks to Shimon Peres, President of Israel, right, during a plenary session during the Annual Meeting of the World Economic Forum, WEF, in Davos, Switzerland, Thursday, Jan. 29, 2009. Turkish President Recep Tayyip Erdogan later has stalked off the stage at the World Economic Forum, red-faced and agitated after verbally sparring over Gaza with Israeli President Shimon Peres. (AP photo/Keystone/Alessandro Della Bella)

Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan leaves a debate with Israeli President Shimon Peres called "Gaza: The Case for Middle East Peace" on the second day of the World Economic Forum in Davos on January 29, 2009. Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan stormed out of an impassioned debate with Israeli President Shimon Peres about the Gaza war at the Davos forum on Thursday.Erdogan said he would not come back to Davos after being cut off by the moderator because of time constaints on the debate. AFP PHOTO FABRICE COFFRINI (Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)


Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan leaves a debate with Israeli President Shimon Peres called "Gaza: The Case for Middle East Peace" on the second day of the World Economic Forum in Davos on January 29, 2009. AFP PHOTO FABRICE COFFRINI (Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

Israeli President Shimon Peres listens near the empty seat of Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan after Erdogan stormed out of a debate with Peres about the Gaza war at the Davos forum on January 29, 2009. AFP PHOTO FABRICE COFFRINI (Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan gives a press conference shortly after arriving at Ataturk International Airport in Istanbul on January 30, 2009. Erdogan stormed out of a debate with Israeli President Shimon Peres about the Gaza war at the Davos forum.AFP PHOTO / BULENT KILIC (Photo credit should read BULENT KILIC/AFP/Getty Images)

Supporters of Justice and Developpment Party (AKP) wave national and Palestinian flags as Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan arrives at Ataturk International Airport in Istanbul, early January 30, 2009. Erdogan stormed out of a debate with Israeli President Shimon Peres about the Gaza war at the Davos forum. AFP PHOTO / MUSTAFA OZER (Photo credit should read MUSTAFA OZER/AFP/Getty Images)

Supporters of the ruling Justice and Development Party, or AKP, wave Turkish and Palestinian flags outside the Ataturk International Airport in Istanbul, Turkey, early Friday, Jan. 30, 2009, as they wait for the arrival of the Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan, who they see as a hero for stalking out of a panel at the World Economic Forum in Davos, Switzerland, after indicting Israeli President Shimon Peres for Israel's offensive on Gaza. (AP Photo/Ibrahim Usta)
PM Turki tinggalkan sidang Davos kerana Gaza
30/01/2009 6:29pm

DAVOS 30 Jan. - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak meninggalkan sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini semalam selepas terlibat dengan pertikaman lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik di Genting Gaza.

Recep berikrar tidak akan kembali semula menyertai forum itu, yang dihadiri oleh elit politik dan perniagaan dunia.

Dalam detik-detik paling dramatik yang jarang dilihat berlaku pada forum Davos, Recep berjalan keluar meninggalkan dewan di hadapan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan anggota panel lain dengan mendakwa, beliau telah dipaksa memendekkan kenyataannya mengenai perang itu.

“Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos selepas ini kerana anda tidak membenarkan saya bercakap,” kata Perdana Menteri itu sebelum beredar, meskipun beliau malam tadi menyatakan kesediaan untuk menimbangkan semula keputusannya itu.

Recep mengkritik hadirin yang terdiri daripada tokoh korporat dan politik antarabangsa kerana memberi tepukan selepas Peres dengan penuh emosi mempertahankan serangan Israel ke atas Gaza, sehingga menyebabkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban.

Beliau yang mengetuai segelintir negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel menyifatkan apa yang dilakukan oleh Israel di Gaza sebagai tindakan “tidak bertamadun.”

“Saya berasa sangat sedih kerana hadirin bertepuk tangan selepas tuan (Peres) berucap kerana ramai penduduk (Palestin) telah terbunuh,” katanya kepada Peres sebelum dicelah oleh pengerusi sesi iaitu wartawan Washington Post, David Ignatius.

“Kita tidak boleh memulakan perbahasan semula kerana kita kesuntukan masa,” kata Ignatius kepada Perdana Menteri Turki itu.

Peres sebelum itu mendakwa Israel terpaksa melancarkan serangan ke atas Hamas kerana ribuan roket dan mortar telah dilancarkan ke wilayah Israel.

Sambil meninggi suara dan menuding jari ke arah Recep, beliau berkata, Turki sudah tentu bertindak sama jika roket dilancarkan ke Istanbul.

Ki-moon, Recep, Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa dan Peres duduk dalam satu barisan untuk menyertai perbahasan itu dan kesemua mereka membuat kenyataan panjang lebar mengulas mengenai konflik tersebut.

Friday, January 30, 2009

Mampukah Obama dekati Islam?

HARAPAN Barack Obama untuk menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai negara sahabat dunia Islam bukan lagi satu kejutan. Sejak kempen untuk merebut jawatan Presiden, Obama dan imej Islam sering dikaitkan dengannya.

Ia juga menjadi antara faktor mengapa kebanyakan masyarakat Islam mengalu-alukan Obama sebagai Presiden AS yang baru.

Lalu kelmarin, apabila Obama sekali lagi bercakap mengenai menjalin hubungan baik dengan dunia Islam, termasuk kesediaan untuk berucap di negara-negara Islam, usaha itu dinilai oleh sesetengah pihak sebagai "ada kesungguhan".

Bagaimanapun dalam usia pemerintahannya yang baru menjangkau seminggu, apa yang disampaikan Obama itu juga boleh sahaja ditafsir sebagai retorik semata-mata.

Setakat ini, keyakinan dunia terhadap kemampuan Obama memulihkan hubungan dengan dunia Islam terbahagi dua iaitu antara optimis dan skeptikal.

Membandingkannya dengan bekas Presiden AS, George W. Bush, atau penerus legasi Bush, John McMcain, Obama dilihat lebih baik dalam banyak perkara yang berkisar tentang dunia Islam.

Perkara itu dikuatkan lagi dengan darah keturunan Muslim yang diwarisi daripada ayahnya, seorang penganut Islam dari Kenya, Afrika.

Malah Obama sendiri tidak pernah segan untuk mengaku dan menggunakan nama tengahnya iaitu Hussein, meskipun lebih selesa dikenali sebagai Barack Obama.

Kecenderungan Obama untuk menyingkap sejarahnya yang dekat dengan Islam termasuk pernah membesar selama empat tahun di Indonesia juga, menambah keyakinan terhadap pendekatan beliau yang lebih mesra dunia Islam.

Menguatkan lagi keyakinan itu, beliau pada pidato sulungnya selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44 pada 20 Januari lalu, menyentuh secara langsung mengenai hubungan yang bakal dicorakkan oleh pentadbirannya dengan dunia Islam.

Obama antara lain melontar keyakinan untuk membina hubungan baru dengan dunia Islam berdasarkan kepentingan bersama dan sikap saling hormat-menghormati.

Bagi sebahagian yang lain, terpilihnya Obama sebagai Presiden AS yang baru juga ibarat pertukaran baju kepada Presiden yang terdahulu.

Dalam maksud yang lebih jelas, biar siapa pun yang terpilih sebagai Presiden, negara itu akan kekal sebagai sebuah kuasa yang mengamalkan sikap kuku besi.

Tindakan negara itu sebagai polis dunia juga akan diteruskan oleh Obama apatah lagi dalam perkara yang dilihat mengancam dan mengganggu kepentingan politik beliau.

Dalam pendirian itu, dunia Islam pastinya sedar antara ancaman yang dimaksudkan ialah kebangkitan kumpulan pejuang yang lahir dan semakin berkembang sepanjang lapan tahun era pemerintahan Bush.

Iran misalnya, awal-awal lagi sudah melahirkan rasa tidak yakin berhubung tanggapan Obama terhadap dunia Islam, termasuk ke atas negara itu sendiri.

Obama dalam pendiriannya berhubung isu pembangunan teknologi nuklear di Iran lebih berminat mencari penyelesaian menerusi rundingan.

Namun Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad skeptikal mengenainya. Bagi Mahmoud, ia tidak lebih sekadar cara Obama untuk mencapai kemenangan peribadi di pentas politik.

Mahmoud pastinya mempunyai sebab untuk berasa sangsi dengan keikhlasan Obama, kerana sepanjang sejarah hubungan negara itu dengan AS, Iran tidak pernah dilihat sebagai sahabat.

Bagaimanapun tembok paling besar yang bakal menjarakkan AS dengan dunia Islam ialah ideologi yang menjadi asas dasar-dasar luar AS itu sendiri.

Dasar luar AS lebih banyak ditentukan oleh falsafah liberal, iaitu bertunjangkan asas-asas seperti keperluan mempromosikan hak asasi dan demokrasi.

Sedangkan di dunia Islam, hak asas dan demokrasi itu tegak bertunjangkan nilai-nilai yang selaras dengan tuntutan agama Islam yang pastinya tidak selari dengan pemahaman yang liberal.

Justeru bagaimana Obama mahu membawa negara Islam seperti Iraq, Syria, Iran dan Pakistan bersama-sama dengan dasar AS?

Apa yang dapat difahamkan daripada mesej perdamaian Obama dengan dunia Islam sejauh ini barangkali kecenderungan beliau untuk menghapuskan pengaruh-pengaruh yang tidak menguntungkan era penguasaannya.

Dalam hal berkaitan dengan dunia Islam misalnya, dua perkara besar yang dilihat bakal menyukarkan Obama ialah kebangkitan kumpulan pejuang Islam atau Taliban dan pembangunan aktiviti nuklear oleh Iran dan Syria.

Setelah pendekatan keras Bush meletakkan kedua-dua isu itu semakin sulit, Obama perlu mengubah strategi yang lebih bertolak ansur.

Namun pada penghujungnya, baik Bush mahupun Obama, mengharapkan isu-isu sensitif itu mampu dikawal oleh dasar-dasar mereka.

Malah bukanlah sesuatu yang mustahil, Obama dengan strateginya itu mampu menangkap musuh nombor satu AS seperti Osama Laden, Mullah Mohamad Omar dan ramai lagi dan dunia Islam pula merestuinya kerana terpukau dengan pesona 'Islam' Obama.

Perkara ini juga menjelaskan mengapa Obama dalam langkah pertama memenangi hati dunia Islam menutup kem tahanan Teluk Guatanamo dan mengundurkan tentera dari Iraq.

Dalam kedua-dua keputusan Obama itu, adalah jelas ia ada kaitan dengan anggota kumpulan pejuang Islam sama ada yang dibebaskan dari Teluk Guatanamo atau yang masih bebas dan bergerak aktif di Iraq.

Mengapa dasar berbaik Obama dengan dunia Islam dinilai lebih bersikap menjaga kepentingan AS juga kerana Obama tidak memberi tumpuan kepada punca permasalahan sebenar yang membayangi hubungan Islam dan Barat.

Isu tersebut ialah kemelut di Asia Barat iaitu krisis Palestin dan Israel yang sudah berusia lebih enam dekad.

Ketika seluruh masyarakat Islam mengharapkan AS menggunakan pengaruhnya untuk mencipta damai dalam konflik itu, AS sebaliknya mengambil pendirian untuk berdiri di belakang Israel.

Obama juga tidak seinci pun berbeza malah lebih jauh, menyokong berdirinya sebuah negara Israel dan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Obama juga berjanji untuk terus membekalkan Israel dengan senjata api selain melindungi negara itu daripada ancaman senjata nuklear oleh Iran dan Syria.

Malangnya, bagi Palestin, Obama lebih berminat untuk menghapuskan kumpulan pejuang Islam terutamanya Hamas yang dilihat sebagai punca permasalahan di Asia Barat.

Pendirian Obama itu bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana dasar luar AS merupakan permasalahan strategi yang tidak sepenuhnya ditentukan oleh beliau.

Sebaliknya Obama terikat dengan hala tuju yang ditetapkan oleh lembaga atau institusi tertentu di AS seperti Kongres dan sebagainya yang sebahagian besar dianggotai oleh Yahudi.

Rujukan di sini

Monday, January 26, 2009

Jelajah 2008 : Kem Anak Soleh Siri 4 di SAIF

Ustaz Mohamad Bin Ismail.. Banyak ilmu yang dapat darinya..

Sessi Taaruf bersama Fasi..Ustazah2 memperkenalkan diri..

Assalamulaikum wtb Salam Perjuangan..

Saya sebenarkan kagum bangat kepada satu sosok ini..manusia yang mudah tersenyum, mudah ketawa, pemikirannya terkehadapan, hidupnya hanyalah pada jamaah, dan lebih hebat, anak-anak dan isterinya juga bersama dengan jamaah dalam memastikan kelancaran dan kekencaran dakwah di Negeri Kedah. Sekoyong-koyong pada hemat saya, Mahasiswa yang aktif berdakwah di Kedah mengenali beliau… Beliau yang saya mahksudkan ialah Ustaz Mohamad Bin Ismail.. Ahli Lembaga Pentadbir Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) merangkap Ahli Majlis Daerah Yan..

Menjadi rutin sebenarnya bagi SAIF setiap hujung tahun menjalankan program Kem Anak Soleh bagi setiap kali cuti hujung tahun.. Dan Tahun ini merupakan penganjurannya buat kali ke empat dan ia melibatkan peserta dari tahun 4 hinggalah ke tingkatan 3.

Lamaran..

Ketika itu masih sibuk di IPTAR untuk menghadapi Exam Hujung Semester.. Ust Mad (panggilan manja buat Ustaz Mohammad) telah menelefon dan memaklumkan bahawa beliau melamar saya untuk mengendalikan program tersebut serta ada diperuntukkan dua slot buat saya..Wah.. Cepatnya melamar.. Namun timbul rasa segan bila ust mengharapkan kehadiran saya..

Saya sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada waktu malam yang agak gerimis.. 2 Jam kemudian sampailah pula ke teratak bonda di Teluk Bagan.. Saya terima satu panggilan telefon..

“Ana student Maahad, nak jemput ust datang ceramah ke SAIF, tajuknya..…..”

Wajah Peserta semasa kuliah subuh.. Mengantuknye.....

Mendampingi mad'u yang muda banyak mengajar saya bersabar dan murahkan diri sengan senyuman...

Pengkaderan..

Hebat Ustaz Mad.. Sudah dikaderkan pejuang-pejuang baru.. Program yang saya jadi moderator (kem Komandan) ini bukan di buat modul oleh saya, tetapi modul serta perancangannya di sediakan oleh pimpinan pelapis Maahad yang ke semuanya baru tingkatan 4.. saya percaya, tujuan ustaz ialah tidak lain untuk melatih mereka untuk berorganisasi, mengurus serta berkerjasama.. Demi memudahkan gerak kerja dakwah mereka pada masa hadapan..

Mudah la aku mcm ni.. Saya juga mengajak anak Usrah saya di IPTAR, Fahmi.. Pemuda yang sentiasa up date pemikirannya untuk menjadi Fasi.. Alhamdlah..

Keesokkannya saya dah Fahmi bergerak ke Guar Chempedak di mana terletaknya lokasi SAIF.. Boleh tahan juga jaraknya..Memang lenguh buat saya yang sudah jarang memandu motosikal pada jarak yang jauh.. Alhamdulilah sampai.. Tujuan sampai awal ialah untuk faham perjalanan program, LDK serta modulnya..almaklumlah..saya hanyalah pelaksananya.. Tugas yang agak besar..

Berukhwah..

Urusetia program ialah adik2 Maahad.. Yang mana ketika hujung2 era di Maahad.. kebanyakkan mereka masih terpinga-pinga di Tingkatan 1.. Syukran Ilallah.. Tarbiah Maahad punya kelangsungan mata rantai tarbiahnya..Penasihat pula ialah Tuan Mudir dan juga Ust Mad sendiri.. Manakala Fasilitator pula ialah mahasiswa daripada UiTM, UIA dan juga UM.. Semuanya berpengalaman..

Kami berbincang secara ringkas serta mengagihkan tugas yang perlu dilaksanakan kerana pedaftaran adalah di sebelah petang. Ukhwah itu sungguh indah.. Amat mudah berkerjasama dengan mereka tidak kiralah Muslimin mahupun muslimat..

SAIF walaupun sekolah berstatus kampung..namun dewannya berhawa dingin..
Ustaz Hafiz Mustapha Lubis dalam slotnya..

Tarbiah Ustaz Mad

Ustaz Mad amat mementingkan kekemasan serta kelincinan sesuatu program. Urusetia di minta memakai baju batik dan juga berkasut tutup..Imej Dae katanya.. Ha..sudah.. saya tinggalkan baju batik di Sarawak pula.. Lalu berpakailah saya baju kuning pucat kesayangan saya..agak lusuh sebab baju lama..

Berkerja dengan ustaz Mad membuatkan saya sentiasa berwaspada.. Kerja di sini bukanlah kerja bergaji.. Tetapi kerja dakwah.. Beliau amat memerhatikah tingkah laku para petugasnya.. Jika ada yang silap.. secara perlahan dihampiri lalu ditegur.. tidak simpan di Post Mortem.. Beliau mahukan perubahan segera.. sebagaimana biasa.. IMEJ DAE.

KEM ANAK SOLEH

Secara mudahnya program ini dihadiri 100 orang peserta lelaki dan juga perempuan dan dijalankan selama 3 Hari 2 malam.. Pengisiannya berunsurkan rohani dan jatidiri.. LDK, Ceramah, Riadhah dan juga Rehlah..

Kehadiran adik-adik yang kanak-kanak ini amat mencabar saya.. Mengawal 100 peserta yang semuanya lincah.. Ketika selesai pendaftaran, saya memberi taklimat program dengan dimulakan dengan bacaan zikir.. Masalah utama saya ialah saya agak kekok kerana Ibu Bapa terus berada di situ.. Bagaikan tidak mahu untuk pulang..Wah..Mcmmana nak mula mcm ni..

Menyedari saya hilang punca.. Ust Mad memberikan idea kepada saya.. Idea yang bernas yang tidak terfikir oleh saya… Laya sayapun mula bercakap..

“ Adik-adik putera puteri.. Ust bagi masa kat kamu 5 minit saja.. semua pakat begherak pi kat mak ayah masing-masing..salam depa..depa nak balik dah tu..habaq kat depa..jangan risau..ramai abg2 dan kakak2 kat sini boleh jaga cek.. pi lekaih..”

Maka bergeraklah peserta kepada ibu bapa masing-masing dan tak lama lepas itu ibu bapa pun beransur pulang.. Maka mudahlah kerja saya nak handle program..hehe.. Syukaran ust mad.. ana dah guna idea tu di banyak tempat..
Semangat depa kalau bab berendam..kenangan di titi hayun..
Sebahagian Peserta, Urusetian dan juga Fasi Kem Anak Soleh..

Anak Soleh

Walaupun menjadi Moderator program..saya telah diamanahkan untuk membawa 3 slot.. Bermula dengan slot kuliah subuh hari ke dua yang bertajuk “Cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta Ibu Bapa”, saya tekankan secara mudah matlamat hidup sebagai hamba Allah.. Kepentingan mencontohi peribadi rasul berserta tanggungjawab seorang anak..

Pada sebelah petangnya, sekitar jam 2, kami melakukan kejutan kepada peserta dengan membawa mereka semua ke Taman Rekreasi Titi Hayun untuk aktiviti mencari harta karun dan juga bermandi manda di air terjun berkenaan.. Apalagi, meriahlah budak2 tu.. Semuanya bersemangat untuk menghabiskan aktiviti dengan segera sebab nak berendam dan bermain air..

Pada sebelah malamnya, dengan di bantu Ust Hasbul.. Kami menjadi tagteam untuk handle slot muhasabah.. Alahamdulilah..ramai pesertayang menangis termasuklah para fasi dan juga urusetia.. harapnya tangisan kesedaran.. saya selalu ingatkan peserta bahawa slot saya ini hanyalah salah satu cara untuk memaksa keluarnya air mata..dan selepas ini.. kena cuba..menangis secara rela kerana Allah..

Dan buat keesokkannya ketika majlis penutup. Saya , Ust Hasbul dan juga Ustaz Ismai Wan Teh (Tuan Punya Syarikat Kopi Arab) bergabung untuk melakukan muhasabah serentak untuk waris dan juga peserta..Alhamdulilah..juga dengan pertolongan Allah..berjaya..

Program ini juga dihadiri oleh penceramah-penceramah lain seperti Cikgu Azman Abdul Rahman (Maahad Yan), Ustaz Riduan Syafie (Senior saya di Maahad) dan juga Ustaz Hafiz Mustapha Lubis (Timbalan Presiden TERAS)..

TARBIAH DARI PROGRAM..

Setiap program baru, menyediakan pengalaman baru buat kita..tak kiralah betapa banyaknya aktiviti yang pernah kita sertai.. Pada saya, dalam Kem ini..saya belajar bagaimana untuk terbuka berkerjasama dengan urusetia yang jauh lebih muda dari saya, mereka sediakan modul dan juga tentative.. Dlm meeting, bagaimana untuk menerima idea mereka yang masih kebudak-budakan..standard form 4.. saya tegur dan juga ditegur.. sebenarnya ini semua pengalaman serta ilmu baru buat kita bersama.. Dan alhamdulliah.. Natijahnya baik Insya Allah

Wajah Orang Kuat..

Terima kasih buat khalifah maahad (nickname adik maahad) yang menjani jurukamera program ini.. dipaparkan serba sedikat wajah orang kuat program..bukan mereka sahaja..ramai lagi namun tak termampu untuk paparkan semua..
Fawzan (kanan) merupakan junior saya di sekolah rendah..Saya tahun 6 dia tahun 1 kalau tak silap..kat Maahad pun junior juga..Alhamdulilah..sudah sanggup berada di medan ini..

Banyak pengalaman di kongsi..Pandai dalam bab pujuk memujuk ni..pujuk peserta la ye..
Wajah Urusetia Muslimin...
Fasilitator Muslimin..
Berjalan bersama Ahli Majlis Daerah Yan..
Terima kasih buat semua yang membantu.. Moga ini dikira amal kita dalam mendidik dan membentuk anak bangsa.. Teruskan usaha gigih untuk meningkatkan dakwah Islam.. Berikan kesejahteraan buat orang lain.. Bab kata moto Kerajaan Negeri Kedah.. KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA..

Syukran..Jumpa lagi di Kem Anak Soleh 2009 untuk siri yang ke 5.

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 26 Januari 2009
Kota Samarahan

Menanti 'Solahuddin al-Ayyubi' kedua

Oleh W. RAHIMAH DRAMAN
(peserta misi menjejaki perjuangan Solahuddin Al-Ayyubi Aman Palestin Malaysia di Asia Barat)


SEJARAH sering kali berulang kerana sejarah tidak pernah berbohong. Cuma manusia yang selalu alpa.

Sejarah bukan untuk dibukukan dan disimpan dalam arkib atau sekadar di catat dan diulang sebut tanpa dihayati dan dijadikan iktibar serta panduan dalam kehidupan.

Tamadun yang cemerlang kerana khalifah dan umara yang berkuasa banyak belajar dengan mengambil iktibar dan teladan daripada sejarah.

Manusia yang berjaya lazimnya adalah yang mengkaji, belajar meneliti dan sentiasa ingat akan sejarah yang mencorak hidupnya.

Tetapi paling malang jika manusia buta sejarah. Buta sejarah bangsa keturunan dan asal usul boleh dimaafkan, kerana asal insan dari satu iaitu Adam dan Hawa yang Allah ciptakan dari tanah.

Tetapi jika buta sejarah agama kepercayaan, akidah anutan dan perjuangan Rasulullah SAW serta khalifah terdahulu, tidak akan ada maafnya.

Kerana itulah yang paling merugikan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Namun itulah yang banyak berlaku kini.

Islam hanya satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah SWT. Allah berfirman yang mafhum-Nya: Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (ali-'Imran: 85).

Namun sejarah agama dan akidah yang digaris al-Quran serta al-Sunnah semakin jauh dari umat muslim. Maka itulah nilai iman terhakis dan wujud masalah dengan musibah silih berganti.

Kedajalan zionis Yahudi Israel adalah ulangan sejarah manusia nafsu syaitan yang buas, ganas dan kejam ke atas sesama insan bergelar Islam. Palestin terus bermandi darah oleh kedayusan tentera rejim zionis Yahudi Israel di bumi Palestin yang dijajah sekarang.

Jika kekejaman zionis Kristian Eropah di bumi ambia itu dapat dihapus dan dinyah oleh tokoh pejuang terbilang Islam tahun 1192, Solahuddin al-Ayyubi, apakah ada Solahuddin kedua abad ini akan muncul menghancurkan zionis Yahudi Israel yang gila darah dan sedang bermaharajalela di bumi Palestin sekarang?

Islam kini benar-benar memerlukan Solahuddin era moden untuk menyatukan ummah dan mengembalikan nilai iman serta membetulkan akidah bagi menyelamatkan Palestin dan membebaskan Al-Aqsa serta Baitul Maqdis dari penjajahan rejim Yahudi Israel.

Roh, semangat dan jiwa Solahuddin diperlukan oleh Muslim agar Islam kembali mengetuai urusan dunia agar dihormat dan ditakuti golongan kafir dan puak kufar yang bernafsu dan bertuhankan syaitan.

Sejarah kehebatan Solahuddin adalah jelmaan dari ketokohan khalifah terulung Islam di zaman Nabi dan para sahabat, Saidina Umar al-Khattab.

Kebijaksanaan dan pandangan jauh Solahuddin dalam membina semula daulah Islamiah selepas jatuhnya keagungan tamadun Islam belum ada tandingan hingga kini.

Kehebatannya menyusun strategi sama ada dalam peperangan mahu pun ketika mengurus tadbir pemerintahan dan penyatuan ummah terus jadi sejarah.

Namun keberanian dalam perjuangan, ketokohan memimpin dan kewarakan dalam melaksanakan tuntutan beragama Solahuddin tidak ditonjolkan kepada khalayak.

Solahuddin al-Ayyubi adalah nama gelaran. Nama sebenar dan nasab keturunannya ialah Solahuddin bin Najmuddin Ayub bin Syazi bin Marwan al-Kurdi.

Berasal dari puak Kurdis dari kabilah paling besar dan sangat mulia serta tinggi keimanan iaitu Rawadiyah, dari golongan al-Hazyaniah yang menetap di Duwain bersempadankan Wilayah Azerbaijan.

Dilahirkan di Tikrit, Baghdad tahun 1137 (532 Hijrah), Solahuddin yang bapanya pernah memerintah kota itu sebelum dihalau ketika dia masih kecil oleh Raja Baghdad, Sultan Majuhid Bahruz adalah pejuang dan mujahid sejati era pasca moden.


Berhijrah ke Mosul

Berhijrah ke Mosul bersama bapanya, Najmuddin Ayub, keluarganya disambut baik oleh pemerintah di situ, Imaduddin Zinki kerana jasa bapanya sewaktu memerintah Kota Baghdad.

Sejarah tokoh dan panglima terbilang selepas malapnya tamaddun Islam itu bagaimanapun tidak diuar-uarkan oleh dunia dan umat Islam sendiri.

Sebagai tokoh, pejuang, mujahid dan khalifah paling hampir kepada ummah kini, roh dan semangat Solahuddin penting untuk ditiup ke sanubari Muslim kini.

Terutama ketika rejim Yahudi Israel sedang bermaharajalela mengganas dengan membunuh serta mengusir rakyat Palestin sesuka hati sejak tahun 1948 hingga hari ini dengan bangsa Arab yang berpecah belah.

Solahuddin kedua diperlukan bagi menyatukan bangsa Arab yang berpecah dan berpuak untuk bersekongkol dengan puak kafir kini. Golongan kufar Kristian sememangnya ngeri dengan nama dan bayangan Solahuddin Al-Ayyubi.

Perang Salib yang berlarutan hampir 200 tahun (1096-1192) akan terus menghantui kuasa penjajah zionis Kristian Eropah. Sebab itulah ketokohan Solahuddin tidak dikaji dan dikembangkan oleh sarjana orientalis barat.

Malangnya, umat Islam juga turut 'menyembunyikan' kepahlawanan tokoh terbilang awal abad moden itu daripada generasi kini.

Menyatupadukan ummah (Arab) dan menegakkan Islam serta mengembalikan hak Muslim ke atas Masjid Al-Aqsa dan Baitul Maqdis daripada penaklukan zionis Kristian Eropah adalah misi dan hasil perjuangan tinggalan Solahuddin yang hanya ada dalam lipatan sejarah Islam.

Menyedari besar dan agungnya ketokohan serta sumbangan Solahuddin dalam menyatu ummah dan menegakkan Islam serta kewarakannya, Aman Palestin Malaysia (APM) tampil menyelusuri jejak-jejak perjuangannya untuk didedah kepada umum.

Dengan matlamat membangkitkan semangat Solahuddin al-Ayyubi ke jiwa generasi muda Muslim negara ini dan dunia Islam seluruhnya, APM merealisasikan usha itu melalui program Rehlah Jejak Solahuddin pada 2 hingga 11 Disember lalu.

"Kami menyahut cabaran selepas salah seorang pejuang Palestin di Jordan, Sheikh Abu Habib, menyuarakan gagasan itu dua tahun lalu.

"APM terpanggil bagi merealisasikan idea itu selepas tiada pihak tampil menyambut gagasan beliau," kata Ahli Lembaga Pengarah APM yang berpusat di Shah Alam, Selangor, Hashimah Saleh.

Menurut beliau, APM mengambil risiko kerana pentingnya ada ikon Islam tulen paling hampir dengan generasi zaman ini untuk dijadikan idola dalam perjuangan Muslim sekarang.

Hashimah antara tunggak utama APM dalam menyingkap sejarah perjuangan Solahuddin untuk didedahkan kepada umat Muslim.

Menjejaki tinggalan kubu-kubu kota tinggalan perjuangan Solahuddin dan tenteranya melalui Rehlah Jejak Salahuddin berlangsung ketika kemuncak 'jihad' dalam ibadah Haji musim 1429.


Semangat pengorbanan

Mengambil semangat pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s serta ketabahan jiwa rakyat Palestin menghadapi penyiksaan rejim zionis Yahudi Israel, 13 peserta di mana lapan adalah wanita diketuai Mohd. Nadzmaimi Mohd. Nadzir, selaku Pengarah program tersebut.

Perjalanan 10 hari meninggalkan keluarga dan kemeriahan Hari Raya korban di tanah air, melalui perjalanan hingga melewati 24 jam sehari untuk pergi dan balik ke satu-satu lokasi tinggalan Solahuddin merentasi gurun dan laluan bergunung ganang ke pendalaman Jordan dan Syria di jalan berliku yang sempit bukan perkara mudah.

Sedangkan muncung M-16, pelancar roket dan mortar di kubu kawalan yang sedia di petik picu ada di mana-mana dengan kelibat kereta kebal berkeliaran terutama di kawasan bersempadankan Palestin dan sekitar Beirut.

Adakalanya pula, makan dan minum perlu 'diqada dan jamak' sebagaimana amalan ibadah solat ketika bermusafir.

"Alhamdulillah usaha terlaksana, selepas beberapa kali tertangguh kerana melibatkan soal keselamatan selain wang ringgit dan komitmen serta sokongan telus mereka yang benar-benar prihatin," kata Hashimah.

Menyelusuri jejak perjuangan Solahuddin perlu menjelajah seluruh kawasan bersempadankan Palestin di Jordan, Syria dan Lubnan.

Ketiga-tiga negara ini adalah laluan utama dan benteng strategik tentera Solahuddin ketika menyerang dan menawan penjajahan tentera Salib untuk mengembalikan keadilan dan hak Islam ke atas Aqsa serta Baitul Maqdis..

Di Jordan sahaja terdapat tidak kurang 40 buah kubu kota (qol'ah) yang dibina semula oleh Solahuddin selepas menawannya daripada tentera Salib, di samping membina banyak lagi kubu-kubu pertahanan baru bagi mengukuhkan kekuatan Islam.

Kubu kota di banjaran pergunungan atas puncak bukit di pendalaman daerah Lattakia, Syria, di mana puncak bukit batu granit setinggi menara berkembar Petronas di belah untuk membina jalan oleh pemerintahan Bizantin era empayar Rom yang dijajah tentera Salib, turut di tawan dan dibina semula oleh tentera Solahuddin.

Kubu di pergunungan Lattakia adalah kota pertahanan terbesar (lima hektar) dalam sejarah pembinaan kubu-kubu pertahanan era tamadun Rom yang berjaya 'diislamkan' oleh Solahuddin, di samping kubu kota Karak di utara Jordan yang menghadap Laut Mati dan menjadi benteng paling hadapan untuk menawan semula Al-Aqsa dan Baitul Maqadis dari penjajahan zionis Kristian.


Bukti ketinggian iman

Sebuah masjid serba lengkap dibina oleh Solahuddin di setiap kubu kota yang diduduki dan dibinanya semula adalah bukti ketinggian iman serta kewarakan beliau dalam perjuangannya.

Kehebatan seni bina kubu-kubu yang turut dilengkapi dengan pusat pentadbiran, perniagaan dan penjara itu utuh hingga kini dan tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana seni bina era moden.

Semua kubu yang ditawan dan dibina semula oleh tentera Solahuddin berada di kawasan strategi, atas bukit di banjaran pergunungan jauh ke pendalaman dan menghadap ke arah kiblat pertama Islam, Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis.

Ini kerana misi perjuangan Solahuddin semata-mata untuk membebas dan mengembalikan hak Al-Aqsa dan tanah haram Baitul Maqdis kepada pemilik mutlak, Islam.

Tentera kaum Arab dari pelbagai suku puak bangsa dan warna kulit bergabung atas kerja keras Solahuddin menyatukan mereka yang berpecah belah, bermula tahun 569 Hijrah (1173 Masihi), iaitu setelah lima tahun dia dilantik memimpin Mesir.

Mereka berjihad melalui semangat Solahuddin dan berpegang pada firman Allah SWT dalam mafhum-Nya: Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan besar (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (al-Anfaal: 41).

Bertahun-tahun Solahuddin berusaha menyatukan wilayah-wilayah Islam Arab yang berpecah ketika itu, bagi memerangi penjajahan zionis Kristian dalam tiga Perang Salib sebelum dapat mengembalikan Al-Aqsa dan Baitul Maqdis ke pangkuan Islam.

Ketika tentera salib hampir memusnahkan Masjid Al-Aqsa dengan lautan darah dari pembunuhan lebih 5,000 umat Muslim Palestin, bagai 'singa lapar' Solahuddin dan tenteranya bangkit menamatkan kedajalan zionis Kristian hampir 200 tahun itu (1096/489H - 1192/588H), pada tahun 1192.

Ribuan tentera Salib diketuai raja-raja Eropah ketika itu, (Raja Jerman, Frederick I Barbarossa, Raja Perancis, Philip II Augustus dan Raja England, Richard The Lion Heart) mati serta tunduk kepada perjanjian damai yang diputuskan oleh Solahuddin pada bulan Syaaban 588 Hijrah (1192 Masehi).

Namun kejayaan perjuangan Solahuddin yang benar-benar berlandaskan al-Quran dan al-sunnah serta apa yang menjadi amalan Rasulullah SAW tidak terus dinobatkan.

Hingga akhirnya rejim zionis Yahudi Israel pula bertindak menjajah bumi Palestin dengan membunuh serta mengusir Muslim bermula tahun 1948 hingga hari ini.

"Diharap jihad kecil AMP bagi mendedahkan perjuangan tentera Solahuddin menyelamatkan Palestin, Aqsa dan Islam ini akan menghidupkan semula roh serta semangat Solahuddin Al-Ayyubi di sanubari umat Muslim.

"Ia bagi mengembalikan semula hak Islam ke atas Aqsa dan Baitul Maqdis dari penjajahan zionis Yahudi Israel pula," kata Mohd. Nadzmaimi.

Menurutnya, semangat perjuangan yang tidak pernah kenal penat dan putus asa Solahuddin dalam jihad mempertahankan Islam inilah yang mahu dipupuk oleh APM ke jiwa setiap Muslim hari ini.

Rujukan di sini
------------

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 26 Januari 2009
Kota Samarahan


Gambar Hari Ini : Demo Intifadhah Depan Kedutaan US

Hancur !! Hancur!! Hancur Israel..

Muslimat turut sama dalam demonstrasi ini....Allah hu Akhbar..

Kedatangan mereka membawa sinar buat Palestine...

Mahasiswa juga tidak gentar...Kami punya idealisma kami sendiri..

Gong Xi Fa Cai

Saya mengambil peluang ini mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan-rakan dan juga pensyarah saya yang menyambutnya.. Moga dengan kedatangan tahun baru ini, semangat perpaduan dan keterbukaan kita akan dipertingkatkan lagi..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin