Assalamulaikum wtb Salam Perjuangan.
Seminggu lebih saja lagi dah nak raya, suasana di IPTAR dah macam raya, walaupun banyak tugasan lagi yang perlu disediakan dan dilangsaikan, mood dalam kepala dah tak dak benda lain. Nak Raya. Nak raya. Itulah yang difikir. Ternyata hari ni hari yang cukup sibuk buat saya, begitu juga hari2 seterusnya, bermula dengan urusan peribadi, confirmkan tiket raya di kaunter Air Asia LTAK , kemudian terus sahaja ke JPJ Sarawak, re new lesen dan juga Road Tax buroqku. Jarak yang agak jauh antara satu tempat ke satu tempat cukup meletihkan, hampir 3 jam baru diselesaikan. Pulang sahaja ke IPTAR, ingat nak tidur, musibah melanda, seorang sahabat kehilangan Laptop. Ya Allah, terus sahaja membantu waden dan ketua asrama chek dari bilik ke bilik. Walaupun dalam pemikiran saya, kalau dah di curi, mustahil akan jumpa. Ya lah, takkan dia nak tinggalkan di asrama, andainya pencuri orang dalam. Kepada sahabatku, bersabarlah dlm ujian ini.
Kemudian terus sahaja berbincang dgn alifah mengenai majlis khatam al-Quran yang akan diadakan pada hari esok serta teknikal dan VIP yang akan hadir. Selesai lagi satu bab. Petangnya terus sahaja ke Pusat Islam, uruskan Ifthor, kebetulan minggu ni saya di pertanggungjawabkan oleh KJ JAPIM untuk uruskan dgn caterer, sekalipun batch SMP 07 tidak bertugas, tetapi turun awal untuk memastikan apa yang ditempah sampai, serta kualitinya dan yang paling penting agihannya cukup untuk semua yang akan datang berbuka.
Selepas berbuka rehatkan diri di sambung dengan tarawikh dan tadarus al-Quran. Malam ni dah berjanji dengan adik-adik usrah. Final. Kami nak habiskan juzu 30 dan berjaya pada malam ni. Syukran pada antum, dalam perkiraan abg nazmi, hampir 7 malam abg nazmi tak bertadarus bersama antum, kerana terlibat dengan komitmen dakwah di luar kampus. Namun antum tetap teruskan juga. Tahniah. Esok kita akan khatam bersama-sama dengan kumpulan-kumpulan lain.
Ramadhan yang sedang dilalui ini bakal pergi. Namun, beberapa target saya ada yang dicapai dan ada juga yang taak tercapai. Masih ada masa untuk capaikan ia. Buat sahabat2, zakat fitrah dah bayar ke belum?? Jangan lambat, ada amil bertugas di Pusat Islam kita. Maka bayarlah segera.
Bagaimana suasana kita di sini?
Antara adik2 Muslimat
Antara adik2 Muslimat
Zakat itu akan disalurkan kepada anak-anak yatim dan juga fakir miskin serta bagi mereka yang layak. Masih segar dalam minda saya, saya telah diminta untuk menyampaikan motivasi kepada anak-anak yatik bahagian kuching yang terpilih yang mana mereka akan menduduki UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini. Saya menerima tugas tersebut dengan penuh keberatan, kerana pada saya mereka cukup istimewa. Insan terpilih, insan yang kuat, insan yang hebat.
Berbekalkan modul “Kenapa kita perlu berjaya?”, saya memulakan ucapan untuk merungkaikan beberapa perkara pada adik2 saya tersebut. Soal aqidah, tanggungjawab pada Allah, serta keberjayaan kita di dunia dan akhirat adalah milik semua orang. Jika ada yang perasan, kita bercakap saya melemparkan pandangan jauh ke belakang, sukar untuk saya melihat wajah mulus mereka. Beberapa kali bergenang air mata, slot satu jam setengah menjadi begitu panjang untuk di habiskan. Ya. Cukup sukar buat saya, saya tidak diuji seperti mereka, tetapi bercakap seolah pandai dari mereka.
Ternyata adik2 ini cukup memberikan tumpuan, Dan sesekali diganggu teletah si kecil yang baru berumur 6 tahun terkedek-kedek ke hulu ke hilir, saya berusaha menanamkan pada mereka keyakinan pada Allah beserta tanggungjawab sebagai muslim. Bila mana menyentuh hal ibu bapa, beberapa kali ucapan saya terhenti…Sukar..
Namun ini pengalaman baru buat diri saya. Syukran pada pihak yang menjemput. Syukur juga pada Allah, memberikan pengalaman hidup yang baru buat saya. Berada dalam bidang baru dan suasana baru. Bila melihat semangat mereka. Semakin kukuh keyakinan saya, tidak ada sebab berasa jemu dan ingin berundur dari bidang ini…Buat adik2.. Ustaz doakan berjaya dalam UPSR, PMR dan juga SPM.. Kenapa kita perlu berjaya?? Sebab kita perlu berjaya!
::Dakwah Itu Perlu Hikmah::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 23 September

No comments:
Post a Comment