" Jika aku takut untuk berjuang, apalah nilai aku di sisi Allah " " Maka dengan tekad yang tinggi, akanku gugar apa jua halangan di depanku "
Tuesday, September 30, 2008
Wednesday, September 24, 2008
Jelajah 2008: Ingatan pada yang susah
Assalamulaikum wtb Salam Perjuangan.
Seminggu lebih saja lagi dah nak raya, suasana di IPTAR dah macam raya, walaupun banyak tugasan lagi yang perlu disediakan dan dilangsaikan, mood dalam kepala dah tak dak benda lain. Nak Raya. Nak raya. Itulah yang difikir. Ternyata hari ni hari yang cukup sibuk buat saya, begitu juga hari2 seterusnya, bermula dengan urusan peribadi, confirmkan tiket raya di kaunter Air Asia LTAK , kemudian terus sahaja ke JPJ Sarawak, re new lesen dan juga Road Tax buroqku. Jarak yang agak jauh antara satu tempat ke satu tempat cukup meletihkan, hampir 3 jam baru diselesaikan. Pulang sahaja ke IPTAR, ingat nak tidur, musibah melanda, seorang sahabat kehilangan Laptop. Ya Allah, terus sahaja membantu waden dan ketua asrama chek dari bilik ke bilik. Walaupun dalam pemikiran saya, kalau dah di curi, mustahil akan jumpa. Ya lah, takkan dia nak tinggalkan di asrama, andainya pencuri orang dalam. Kepada sahabatku, bersabarlah dlm ujian ini.
Kemudian terus sahaja berbincang dgn alifah mengenai majlis khatam al-Quran yang akan diadakan pada hari esok serta teknikal dan VIP yang akan hadir. Selesai lagi satu bab. Petangnya terus sahaja ke Pusat Islam, uruskan Ifthor, kebetulan minggu ni saya di pertanggungjawabkan oleh KJ JAPIM untuk uruskan dgn caterer, sekalipun batch SMP 07 tidak bertugas, tetapi turun awal untuk memastikan apa yang ditempah sampai, serta kualitinya dan yang paling penting agihannya cukup untuk semua yang akan datang berbuka.
Selepas berbuka rehatkan diri di sambung dengan tarawikh dan tadarus al-Quran. Malam ni dah berjanji dengan adik-adik usrah. Final. Kami nak habiskan juzu 30 dan berjaya pada malam ni. Syukran pada antum, dalam perkiraan abg nazmi, hampir 7 malam abg nazmi tak bertadarus bersama antum, kerana terlibat dengan komitmen dakwah di luar kampus. Namun antum tetap teruskan juga. Tahniah. Esok kita akan khatam bersama-sama dengan kumpulan-kumpulan lain.
Ramadhan yang sedang dilalui ini bakal pergi. Namun, beberapa target saya ada yang dicapai dan ada juga yang taak tercapai. Masih ada masa untuk capaikan ia. Buat sahabat2, zakat fitrah dah bayar ke belum?? Jangan lambat, ada amil bertugas di Pusat Islam kita. Maka bayarlah segera.
Antara adik2 Muslimat
Berbekalkan modul “Kenapa kita perlu berjaya?”, saya memulakan ucapan untuk merungkaikan beberapa perkara pada adik2 saya tersebut. Soal aqidah, tanggungjawab pada Allah, serta keberjayaan kita di dunia dan akhirat adalah milik semua orang. Jika ada yang perasan, kita bercakap saya melemparkan pandangan jauh ke belakang, sukar untuk saya melihat wajah mulus mereka. Beberapa kali bergenang air mata, slot satu jam setengah menjadi begitu panjang untuk di habiskan. Ya. Cukup sukar buat saya, saya tidak diuji seperti mereka, tetapi bercakap seolah pandai dari mereka.
Ternyata adik2 ini cukup memberikan tumpuan, Dan sesekali diganggu teletah si kecil yang baru berumur 6 tahun terkedek-kedek ke hulu ke hilir, saya berusaha menanamkan pada mereka keyakinan pada Allah beserta tanggungjawab sebagai muslim. Bila mana menyentuh hal ibu bapa, beberapa kali ucapan saya terhenti…Sukar..
Namun ini pengalaman baru buat diri saya. Syukran pada pihak yang menjemput. Syukur juga pada Allah, memberikan pengalaman hidup yang baru buat saya. Berada dalam bidang baru dan suasana baru. Bila melihat semangat mereka. Semakin kukuh keyakinan saya, tidak ada sebab berasa jemu dan ingin berundur dari bidang ini…Buat adik2.. Ustaz doakan berjaya dalam UPSR, PMR dan juga SPM.. Kenapa kita perlu berjaya?? Sebab kita perlu berjaya!
::Dakwah Itu Perlu Hikmah::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 23 September
Monday, September 22, 2008
Diari 2008 : Interaksi Mahabbah RAPI Politeknik
Ucapan Aluan Pengerusi Rakan Pusat Islam (RAPI) Politeknik, Kuching, saudara Mohd Zaim
PENDAHULUAN.
Aktiviti ini dianjurkan sebagai lawatan sambil belajar AJK PPI IPGM kampus TAR ke Politeknik Kuching untuk bertukar-tukar maklumat dengan Rakan Pusat Islam (RAPI) Politeknik Kuching. Pemerolehan ilmu daripada interaksi ini dijangka mampu memberi idea baru kepada AJK PPI IPGM kampus TAR untuk berbincang dan merencanakan aktiviti yang lebih berkualiti dan bermanfaat bagi Pusat Pengajian Islam IPGM kampus TAR pada masa hadapan. Aktiviti ini akan disertai oleh AJK PPI IPGM kampus TAR, ahli JPP yang beragama Islam dan pelatih SMPPA 1107 seramai 40 orang guru pelatih.
OBJEKTIF
-Mengeratkan Silaturrahim sesama pelajar IPGM kampus TAR dan Politeknik Kuching.
-Berkongsi aktiviti sesama AJK serta bertukar-tukar pandangan mengenai cara pelaksanaan sesuatu aktiviti.
-Membuka minda untuk merencanakan aktiviti yang lebih berkualiti.
PENGANJUR
Jawatankuasa Pusat Pengajian Islam IPGM Kampus TAR
PELAKSANAAN
Tarikh : 23 Februari 2008
Hari : Sabtu
Tempat : Pusat Pengajian Islam, Politeknik Kuching
---------------------------------------
- Aktiviti ini dijalankan pada bulan Februari yang lalu..
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 22 September 2008
Sunday, September 21, 2008
Makluman : Program khatam al-Quran
“Majlis Khatam al-Quran Peringkat IPTAR”
Tempat : Pusat Pengajian Islam
Masa : 2.30 petang-10.00 malam
Tarikh : 24 September 2008 (Rabu malam Khamis)
*Pakaian guru pelatih lelaki-Baju Melayu bersampin
Atur cara
2.30 Pertandingan hafazan dan Tilawah al-Quran bagi anak staf sokongan dan juga
pensayarah
4.00 Rehat- Solat Asar
4.30 Sambungan Pertandingan
5.30 Majlis ditangguhkan
6.30 Ifthor Jamae
7.00 Solat Maghrib Berjamaah
8.00 Solat Isya dan Tarawikh berjamaah
8.45 Perarakan masuk peserta khatam
8.55 Bacaan Doa
9.00 Majlis Khatam al-Quran
10.00 Penyampaian hadian dan cenderamata bagi Imam, Bilal, dan pemenang pertandingan.
10.30 Jamuan Ringan (Moreh)
10.45 Majlis bersurai
Posting ke 201 : Dakwah no 1, pelajaran bukannya no 2
Alhamdulilah, setelah sekian lama saya tidak dapat memblog dengan sempurna, maka hari saya luangkan sedikit masa untuk menulis sesuatu. Dakwah itu Perlu Hikmah dikendalikan oleh saya hampir 6 bulan yang lalu. Dan saya bukannya baru dalam blog ni. Dalam masa ini saja saya menguruskan 4 blog. Namun ini adalah blog peribadi saya yang kedua. Yang pertama dulu saya mulakan pada 2005 namun ntah tiba2 hilang semangat, maka terhentilah dan terus dilupai kata laluannya.
Pernah satu ketika saya meminta pendapat Dr Zulfahmi, sahabat saya di Mansura Mesir. Tanya pendapat dia tentang blog, antara yang saya ingat, “Blog ini sebaik2nya kita yang tulis sendiri, kalau hang copy paste orang punya, macam kurang la sket”.. Ternyata, sejak itu saya mula mengarang sendiri apa yang hendak saya perkatakan, samada ia isu ataupun hal peribadi saya.
Namun kesibukkan sebagai pelajar sering membataskan saya, dan ternyata bulan Ogos dan September begitu membebankan, pelbagai program dakwah, tugasan pelajar, KKBI, JPT serta Makro dan Mikro teaching untuk subjek minor dan major yang perlu diselesai dan di bentang. Dalam Ramadhan ini entah berapa kali saya berjaga mata hinggalah bertemu sahur dan subuh keesokkannya.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf pada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang menelefon saya untuk menjemput saya memberikan pengisian Ramadhan. Saya tak dapat penuhi semuanya, maka kadang2 panggilan itu langsung saya tak sahut, saya lebih selesa bermesej dalam hal itu. Bukan kerana nak jual mahal, tapi kepadatan rutin yang harus di ambil kira di samping tidak mampu mengatakan “maaflah, ana ada kerja”, terus membuatkan saya diam bila di talefon, tambah lagi nombor yang tak dikenali. Bila bermesej, saya dapat menjawab, saya dapat pergi ataupun tidak. Dan paling tidak saya dapat rujuk jadual saya terlebih dahulu. Kehidupan saya sebagai pelajar harus diutamakan kerana “Dakwah no 1, pelajaran bukannya no 2”.
Dalam menyiapkan tugasan juga, saya sempat wujudkan blog “Menjana Pedagogi Terbilang”, link nya di sini. Bukan apa, saya wujudkan blog itu untuk memasukkan segala maklumat tentang pendidikan serta pedagogi. Tugasan serta bahan carian saya yang lepas. Bukan apa, untuk membantu student PISMP yang lain mencari bahan. Saya sudah merasa susah mencari bahan samada di alam digital mahupun di maktabah. Ada lamanya, tetapi terhad, maka blog tersebut untuk membantu. Dan bagi yang hendak mengambil bahan, dipersilakan. Lihat bahagian “ads”, jika anda nak mencari hal berkaitan pedagogi bahasa arab. Maka klik di situ. Kerana bahannya bercampur-campur. Ubahkan apa yang patut dan paling penting masukkan link blog saya ke dalam bibliografi tugasan anda, sebagai penghargaan sebagaimana perkara yang sama saya lakukan pada laman yang lain yang saya mendapat bahan. Rasanya, bila kita menghargai orang lain, kehidupan kita akan lebih berharga.
Doakan saya berjaya siapkan tugasan saya dengan jayanya, ada dua lagi task serta 2 Makro teaching yang perlu selesai dalam minggu ni.. Kemudian pulang beraya.. Pertengahan September, berada di sibu untuk perkhemahan unit beruniform, selepas itu akan terus ke Pahang untuk MTQ peringkat kebangsaan. Moga Allah permudahkan segala urusan. Amin..
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 21 September
Wednesday, September 17, 2008
Makluman : Ijtima Aidil Fitri
Raya ke 4 ( Hari Sabtu)
2pm to 5 pm
Kantin Maktab Mahmud Puteri
Bayaran RM 10
Maklumkan kehadiran anda pada Hafizuddin Abu Hassan (012-498 8910)
* Dengaq habaq gathering kali ini diuruskan oleh sahabatku, Dr Zulfahmi (Jamiah Mansura) , Ust Arief Idzuan (Jamiah al-Azhar Cairo) dan juga geng2 UIA.. Tunggu.. Burung dari Sarawak akan pulang..
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 17 September
17 Ramadhan - perang Badar atau Nuzul Quran?
Perayaan 17 ramadhan adalah sebenarnya untuk mengingati Peperangan Badar yang berlaku pada tarikh tersebut. Nuzul Quran iaitu hari turunnya Al-Quran sememangnya jatuh pada bulan Ramadhan tetapi kebanyakan ulama' berpendapat bahawa tarikhnya adalah pada 27 ramadhan
Peperangan badar berlaku di sebuagh tempat yang bernama Badar pada tahun ke 2 Hijrah. Ianya jatuh pada hari Jumaat 17 Ramadan pada tahun tersebut. Islam sememangnya menerima tentangan dari orang kafir Quraisy sejak dari mulanya lagi, dari masa Islam mula diperkenalkan secara tertutup dan kemudiannya secara terang. Ini akhirnya telah membawa kepada penghijrahan Rasullulah s.a.w dan orang Islam ke Madinah di mana penduduk di sana telah menerima mereka dan juga agama Islam. Walaubagaimanapun keadaan orang Islam yang tinggal di Mekah menjadi semakin teruk dan ini mula merebak ke Madinah.
Perang Badar adalah peperangan yang pertama dalam Islam dan merupakan cara yang digunakan untuk membela keselamatan sosial dan politik mereka. Islam sememangnya tidaklah menggalakkan peperangan melainkan terpaksa. Ianya juga merupakan tindakan untuk mempertahankan kebebasan agama dan menyekat ajaran sesat yang berleluala pada masa itu.
Pada tahun ke 2 Hijrah Rasulullah s.a.w serta sahabat bersetuju mempertahankan Islam di luar kota Madinah. Tentera Islam seramai 313 orang telah keluar untuk menyekat rombongan pedagang Mekah yang sedang pulang dari Syam. Abu sufian yang mengetuai rombongan perdagangan Quraisy itu telah mengikut jalan lain untuk kembali ke Mekah dan sebuah bala tentera melebihi 1000 dan serba lengkap dengan peralatan perang telah datang untuk menentang tentera Islam. Kedua- dua pasukan telah sampai ke temapt bernama Badar pada 16 Ramadhan.
Tentera Quraisy telah bertahan di tempat yang ada air sementara tentera Islam berkhemah di tempat yang lebih kering. Allah telah menunjukkan kekuasaannya dengan menurunkan hujan yang lebat. Ini menyebabkan tempat orang Islam mendapat air sementara , air di tempat musuh menjadi berlumpur dan tidak sesuai digunakan. Rasullullah s.a.w , bagaimanapun telah membenarkan orang Quraisy yang datang,mengambil air untuk kegunaan mereka
Peperangan di Badar hanya berlanjutan untuk satu hari sahaja bermula dengan pertarungan perseorangan diikuti oleh peperangan terbuka. Seramai 70 orang Quraisy yang terdiri dari pahlawan handal dan pemimpin telah terkorban sementara 70 lagi menjadi tahanan perang. Hanya 14 orang Islam sahaja yang telah mati syahid tetapi Allah telah mengurniakan pahala syahid kepada kesemua mereka ynag telah mengambil bahagian dalam peperangan tersebut.
Peperangan Badar merupakan satu kejayaan besar bagi umat Islam. Ianya telah menukar idoelogi Islam kepada sebuah negara Islam yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Peperangan Badar memberi pengajaran kepada kita bahawa melaksanakan sesuatu tugas dengan kepercayaan kepada Allah serta keyakinan pasti membawa kejayaan. Insya Allah
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 17 September
Tuesday, September 16, 2008
Gerakan Kristianisasi
Gerakan Kristianisasi adalah sebuah gerakan keagamaan yang bersifat ‘Politik Penjajahan’. Gerakan ini muncul selepas kekalahan pihak Kristian dalam Perang Salib sebagai usaha menyebarkan agama Kristian ke negara-negara dunia ketiga, terutamanya kepada ummat Islam. Objektifnya ialah untuk menguasai bangsa-bangsa tersebut.
Sejarah Penubuhan Dan Tokoh-Tokohnya
Raymond Lull adalah orang Kristian pertama yang memperkenalkan konsep kristianisasi, selepas kegagalan pihak Kristian dalam Peperangan Salib. Dia bersungguh-sungguh belajar bahasa Arab, menjelajah negara-negara Syam sambil berdialog dengan ulama-ulama di sana.
Para mubaligh Kristian bermazhab Katholik telah memasuki benua Afrika sejak abad ke 15M ketika Portugal menjumpai negara-negara baru tersebut. Setelah itu mubaligh-mubaligh Kristian bermazhab Protestan pula dihantar oleh orang-orang Inggeris, Jerman dan Perancis.
Peter Heling sejak awal lagi sudah masuk ke dalam masyarakat lslam di pantai Negara-negara Afrika.
Sedangkan Baron du Betez, sejak tahun 1664, membangkitkan semangat orang-orang Kristian sehingga ia berjaya mendirikan sebuah akademi yang menjadi pusat latihan mubaligh Kristian.
Mr. Cary adalah tokoh yang unggul dalam gerakan Kristianisasi mengatasi mereka yang sebelumnya. la muncul menjelang akhir abad 18M dan awal abad 19M.
Paderi Henry Martin (meninggal tahun 1812) sangat besar peranannya dalam menyebarkan mubaligh-mubaligh Kristian ke negara-negara Asia Barat. Dia telah menterjemahkan Bibel ke dalam bahasa India, Parsi dan Armenia.
Dalam Tahun 1795 M Dewan Gereja Protestan bersatu dengan orang-orang Kopti di Mesir untuk menubuhkan sebuah Misi Kristian yang bertugas menyebarkan ajaran Injil di Afrika.
David Livingstone (1813 -1873), seorang pelancong lnggeris, telah menjelajah ke tengah-tengah benua Afrika. Sebelum menjelajah benua itu, dia dikenal sebagai seorang paderi.
Pada tahun 1849 M missi-missi Kristian mula dihantar ke negara-negara Syam. Perancangan yang intensif dilakukan untuk menguasai beberapa wilayah di kawasan negara-negara tersebut.
Tahun 1855 M Pertubuhan Pemuda Masehi ditubuhkan. Anggotanya terdiri dari pemuda-pemuda berbangsa lnggeris dan Amerika. Tugasnya terbatas pada usaha menanamkan keyakinan Ketuhanan Almasih pada diri mereka sendiri.
Tahun 1895 M Persatuan Mahasiswa Kristian Antarabangsa ditubuhkan. Persatuan ini berusaha menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi pelajar-pelajar sekolah di berbagai negara. Seiring dengan itu dilancarkan pula kempen 'cinta kasih' (ajaran Kristian) kepada mereka.
Samuel Zwemer, Ketua Misi Kristian untuk negara-negara Arab di Bahrain dan Ketua Persekutuan Kristian di Timur Tengah, bertanggungjawab menerbitkan majalah berbahasa lnggeris berjudul ‘Muslim World’. Majalah ini mula diterbitkan pada tahun 1911 dan masih lagi diterbitkan sehingga hari ini oleh Hartford.
Zwemer memasuki Bahrain dalam tahun 1890 M. Sejak tahun 1894 gereja-gereja reformasi Amerika menaja dan membiayainya sepenuhnya kegiatannya. Kejayaan dari aktiviti sosial dan kemanusiaan Zwemer yang paling menonjol antara lain ialah penubuhan misi-misi kedoktoran dan perubatan di negara-negara Teluk. Diikuti dengan pembukaan Pusat-pusat Kebajikan Masyarakat di Bahrain, Kuwait, Musqat dan Amman. Zwemer boleh dianggap sebagai salah seorang tokoh gerakan kristianisasi terbesar di abad moden ini.
Kenneth Cragg, pengganti Zwemer untuk mengetuai majalah Muslim World, pernah menjadi pensyarah Universiti Amerika di Kairo dan menjadi Dekan Jurusan Theologi Masehi di Lembaga Misi Kristian Hartford. Bukunya yang terkenal, Panggilan Menara Azan, diterbitkan pada tahun 1956.
Louis Massignon, penasihat gerakan kristianisasi di Mesir. Ia adalah salah seorang anggota Lembaga Bahasa Arab di Mesir dan pernah menjadi penasihat Departmen Kolonialisme Perancis untuk Urusan Afrika Selatan.
Daniel Bills berkata, "Institut Pengajian Tinggi Robert di lstanbul (sekarang Universiti Amerika) tidak lagi menjadi pusat pengajian tinggi yang ekslusif, baik di segi sukatan pelajaran ataupun fasiliti yang disediakannya. Sekarang telah menjadi institut pengajian tinggi Kristian yang benar-benar terbuka. Pengasasnya adalah seorang mubaligh Kristian. Malah sampai sekarang pimpinannya mestilah seorang pendakwah Kristian."
Paderi Syantor pada masa penjajahan Perancis menjadi Ketua Akademi Yesuit di Beirut dalam tempoh yang agak lama. Mr. Nibrouse, Rektor Universiti Beirut Amerika tahun 1948 M berkata: "Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan adalah alat paling berkesan kepada para mubaligh Amerika untuk mengkristiankan Syria dan Lebanon."
Don Huk Crey, tokoh terbesar dalam Persidangan Kristian Louzon tahun 1974 M, adalah seorang penganut Kristian bermazhab Protestan. Dia pernah menjadi mubaligh Kristian di Pakistan selama 20 tahun. Pernah menjadi mahasiswa Fuller School of International Mission. Selepas Persidangan Kristian di Colorado pada tahun. 1978 M, dia menjadi pengarah kepada Lembaga Samuel Zwemer. Lembaga ini aktif dalam bidang penerbitan untuk menyebarkan kajian-kajian khusus tentang cara-cara kristianisasi terhadap Ummat Islam. Ibupejabatnya terletak di California. Berbagai latihan dan rekrut dijalankan untuk melahirkan para pendakwah Kristian dalam segala bidang kepakaran.
Pemikiran Dan Doktrin-Doktrinnya
Pertama: Pemikiran-pemikiran mereka
A. Tentang Persatuan Islam
Kardinal Simon berkata, "Kesatuan Islam menggagas cita-cita Ummat Islam dan membantu melicinkan usaha untuk menguasai Eropah. Maka gerakan Kristianisasi adalah satu unsur yang sangat penting untuk menggagalkan gagasan Kesatuan Islam. Untuk itu, kita mesti mengubah haluan Kesatuan Ummat Islam melalui gerakan Kristianisasi."
Lawrance Brown berkata, "Apabila ummat lslam bersatu dalam sebuah kerajaan Arab, mereka akan menjadi kuasa yang paling berbahaya di dunia, atau boleh juga menjadi hero penyelamat. Tapi apabila mereka dibiarkan berpecah-belah, mereka akan kekal tidak bernilai dan tidak berpengaruh."
Mr. Bills berkata, "Agama lslam adalah sebuah benteng penghalang paling kokoh terhadap perjalanan gerakan kristianisasi di Afrika."
B. Tentang Penyebaran Islam
Seorang paderi bernama Nelson berkata, "Pedang Islam satu demi satu telah menakluki bangsa-bangsa di Afrika dan Asia."
Henry Jesups, seorang mubaligh Amerika berkata, "Orang-orang Islam sebenarnya tidak memahami atau menghargai agama mereka . Mereka adalah pencuri, pembunuh dan kolot . Sesungguhnya gerakan kristianisasi akan tetap berusaha membina mereka agar menjadi bangsa yang bertamaddun."
Luthfi Livonian, pengarang beberapa buku Islam yang berbangsa Armenia berkata : "Sejarah Islam adalah sebuah cerita bersiri yang mengerikan tentang pertumpahan darah, peperangan dan pembunuhan beramai-ramai."
C. Tentang Muhammad
Addison berkata, "Muhammad tidak mampu memahami agama Nasrani kerana di dalam fikirannya hanyalah gambaran suram. Gambaran-gambaran ini menjadi asas agamanya (lslam) yang disebarkan kepada orang-orang Arab."
Mubaligh Nelson mengatakan bahwa lslam itu adalah yang diciplak. Unsur-unsur yang terbaik di dalam ajarannya adalah hasil ciplakan dari ajaran Kristian. Manakala yang selebihnya merupakan ciplakan dari ajaran penyembah berhala.
Mubaligh F.J. Harber berkata : "Muhammad pada hakikatnya adalah penyembah berhala sebab tanggapannya tentang Allah jelas lebih merupakan lakaran kartun"
D. Tentang Ajaran lslam
Mubaligh Henry Jesups berkata, "Islam lebih banyak bergantung kepada hadis berbanding al-Qur'an. Jika hadis-hadis yang palsu itu dibuang, maka tiada lagi Islam”. Ia juga menyatakan, "Islam itu sangat dangkal. Wanita menurut lslam adalah hamba."
Sedangkan mubaligh John Takly berkata, "Kita mesti menjelaskan kepada orang ramai bahwa yang benar di dalam al-Qur'an bukanlah sesuatu yang baru. Sedangkan yang baru di dalam Islam bukanlah sesuatu yang benar."
Kardinal Samuel Zwemer dalam bukunya ‘Dunia Islam Dewasa ini’ berkata :
Kita mesti meyakinkan umrnat lslam bahwa orang-orang Kristian bukanlah musuh mereka.
Kitab suci (Bible) mestilah disebarkan dalam bahasa-bahasa ummat lslam sebab Bible adalah asas gerakan Masehi yang paling penting.
Umat lslam hendaklah dikristiankan oleh pendakwah (yang asalnya) dari kalangan mereka sendiri sebab sebatang pokok itu hendaklah ditebang oleh salah seorang anggotanya.
Mubaligh Kristian jangan merasa hampa melihat sedikitnya hasil misi mereka dalam mengkristiankan ummat lslam, sebab pada dasarnya di dalam kalbu umat lslam telah tumbuh suatu kecenderungan terhadap ilmu-ilmu Eropah dan pembebasan wanita."
Samuel Zwemer dalam Persidangan Kristian di Quds pada tahun 1935 M juga berkata:
"….. tugas mubaligh Kristian di negara-negara lslam yang telah ditaja oleh negara-negara Kristian bukanlah berusaha untuk mengkristiankan umat lslam, kerana mereka sedar orang Islam berpendirian agama Islam merupakan suatu petunjuk dan penghormatan bagi mereka. Tetapi tugas kalian yang terpenting ialah memurtadkan orang lslam dari agama mereka agar menjadi orang yang sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan Allah. Kemudian tidak mempunyai hubungan dengan moral yang telah menjadi landasan hidup seluruh bangsa:"
Kemudian beliau menambah , "Anda telah melahirkan suatu generasi yang tidak mengenal hubungan dengan Allah dan tidak mahu tahu tentang Allah. Kalian hendaklah mengeluarkan seorang Muslim dari agamanya. Dia tidak perlu menganut agama Kristian. Suatu hari nanti akan terbentuk suatu generasi yang pemikirannnya sebagaimana yang dikehendaki kita. Generasi tersebut tak perduli terhadap masalah-masalah besar, tetapi suka berseronok-seronok dan malas. Dengan demikian apabila ia melakukan sesuatu perkara , dia melakukannya karena ingin menjadi popular. Jika belajar, hanya karena ingin popular. Jika menjawat jawatan tinggi, hanya karena ingin terkenal. Ia akan mengerahkan apa saja untuk meraih populariti."
Kedua: Persidangan-persidangan
Sehingga hari ini gerakan kristianisasi masih aktif menganjurkan persidangan-persidangan baik di peringkat nasional, serantau ataupun antarabangsa. Dalam Persidangan Kairo pada tahun 1324 H/1906 M. Zwemer menyarankan agar dianjurkan sebuah perjumpaan yang mengumpulkan pertubuhan-pertubuhan misi Kristian bermazhab Protestan untuk memikirkan tentang penyebaran lnjil di kalangan ummat lslam. Persidangan Kairo ini dihadiri oleh 62 orang perwakilan . Zwemmer adalah pengerusi persidangan tersebut.
Persidangan Misi Kristian Antarabangsa di Edinburgh, Scotland pada tahun 1328 H/1910 M. dihadiri oleh wakil-wakil dari 159 pertubuhan misi Kristian di dunia.
Persidangan Misi Kristian di Lucknow, lndia pada tahun 1339 H/ 1911 M. juga dihadiri oleh Samuel Zwemer. Setelah selesai persidangan, semua peserta mendapat sebuah plak sebagai cenderamata Pada satu muka plak itu tertulis: "Kenang kenangan dari Lucknow tahun 1911 ". Pada muka sebelahnya pula tertulis: "Ya Tuhan! Dunia lslam bersujud kepada-Nya lima kali dalam sehari semalam penuh khusuk. Pandanglah orang-orang lslam itu dengan penuh kasih. llhamilah mereka berkat kedamaian Jesus Christ."
Persidangan Beirut tahun 1911 M.
Persidangan Misi Kristian al-Quds:
Persidangan tahun 1343 H/ 1924 M.
Persidangan peringkat antarabangsa tahun 1928 M.
Persidangan tahun 1935 M yang dihadiri oleh 1200 perwakilan.
Persidangan tahun 1380 H/1961 M.
Persidangan Gereja Protestan tahun 1974 di Louzon, Swiss.
Persidangan Colorado pada 15 Oktober 1978 adalah di antara persidangan yang paling berbahaya. Tema persidangan ialah ‘Persidangan Amerika Selatan untuk Mengkristiankan Ummat Islam’. Pesertanya sekitar 50 orang, mewakili pertubuhan-pertubuhan Kristian paling aktif di dunia. Persidangan ini berlangsung secara tertutup selama dua minggu. Dalam persidangan ini dirumuskan satu strategi yang dirahsiakan oleh kerana amat berbahaya. Di antara lain dipersetujui keperluan pembiayaan berjumlah satu billion dolar AS untuk program kristianisasi. Dana sebesar itu benar-benar terkumpul dan disimpan di salah sebuah bank terbesar di Amerika Syarikat.
Persidangan Antarabangsa Untuk Kristianisasi. Persidangan ini dianjurkan di Sweden pada bulan Oktober 1981 M di bawah penyeliaan Dewan Federal Lutherian. Dalam persidangan ini dibahas hasil persidangan Louzon dan Colorado. Persidangan ini menghasilkan rumusan-rumusan terperinci dan objektif gerakan kristianisasi untuk negara-negara Pakistan, India dan Bangladesh. Gerakan Kristianisasi difokuskan kepada negara-negara dunia ketiga.
Persidangan-persidangan lainnya ialah:
- Persidangan lstanbul.
- Persidangan Halwan di Mesir.
- Persidangan Mubaligh Lebanon.
- Persidangan Mubaligh Baghdad.
- Persidangan Mubaligh Constantinopel di Algeria (sebelum merdeka).
- Persidangan Chicago.
Persidangan Mubaligh Madras di negara lndia. Persidangan ini dianjurkan setiap sepuluh tahun sekali.
Persidangan Baltimore di Amerika Syarikat pada tahun 1942 M. Persidangan ini adalah salah satu persidangan yang sangat berbahaya. Ianya dihadiri oleh Ben Gurion dari kelompok Yahudi.
Pertubuhan-pertubuhan Kristian telah menyusun semula kaedah persidangan setelah perang dunia kedua. Persidangan gereja-gereja itu diadakan setiap 6 atau 7 tahun, dengan lokasinya bertukar dari satu negeri ke negeri lain.
- Persidangan tahun 1948 M (Belanda).
- Persidangan tahun 1954 M (Amerika).
- Persidangan tahun 1961 M (India).
- Persidangan tahun 1967 M (Eropah).
- Persidangan tahun 1975 M (lndonesia). Persidangan ini dihadiri 3000 mubaligh Kristian.
Ketiga: Pusat dan Lembaga Kristianisasi yang Termasyhur
Lembaga Samuel Zwemer di California, Amerika Syarikat. Lembaga ini ditubuhkan berdasarkan rumusan dari Persidangan Colorado.
‘International Centre for Studies and Mission’ di California, Amerika Syarikat. Lembaga ini bertanggungjawab membiayai dan memberi sumbangan tenaga manusia untuk menjayakan Persidangan Colorado. Selain itu Lembaga ini juga menyediakan kemudahan dan kelengkapan untuk memastikan kejayaan persidangan tersebut.
Universiti Amerika di Beirut (dahulu Akademi Bible Simia). Ditubuhkan pada tahun 1865 M.
Universiti Amerika di Kaherah. Ditubuhkan untuk menyaingi Universiti Al Azhar.
Akademi Perancis di Lahore.
Persekutuan Missionari Gereja lnggeris. Sebuah pertubuhan Kristian Protestan yang sangat penting yang aktif sejak hampir dua abad lalu.
Lembaga Missionari Amerika, terutamanya Persekutuan Missionari Amerika. Ditubuhkan sejak tahun 1810 M.
Persekutuan Missionari Kristian Jerman Timur. Ditubuhkan oleh seorang paderi bernama Labsious pada tahun 1895 M. Aktivitinya mula menonjol sejak tahun 1900 M.
Pada tahun 1809 orang-orang England menubuhkan Persekutuan London Untuk Penyebaran Kristian di Kalangan Yahudi. Aktivitinya ditumpukan supaya orang-orang Yahudi yang berselerak di berbagai pelosok dunia pindah ke Palestin.
Keempat: Beberapa Buku Tentang Kristenisasi
Kumpulan kertas kerja Persidangan Kairo tahun 1906 M yang berjudul "Cara-cara Menyebarkan ajaran Kristian di Kalangan Ummat Islam ".
Zwemer menyusun sebuah buku yang merupakan kumpulan dari beberapa rumusan tentang kaedah penyebaran ajaran kristian. Buku tersebut bernama ‘Dunia Islam Dewasa ini’. Buku ini memperkatakan tentang kaedah-kaedah praktikal untuk berhubung dengan bangsa-bangsa bukan Kristian dalam usaha menarik mereka kepada agama Kristian. Di dalamnya dijelaskan mengenai langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap mubaligh kristian.
’Sejarah Missionarisme’, karya Edwin Bulls seorang mubaligh protestan.
Buku Mr. Fardner yang berisi kajian yang lebih difokuskan kepada masalah-masalah di kalangan negara dan masyarakat Afrika dan cara-cara untuk menyebarkan ajaran Kristian di benua itu. Buku ini mendedahkan halangan-halangan yang bakal dihadapi dan cara-cara menyelesaikannya.
Majalah Missionaris Kristian Protestan di Biel, Swiss. Majalah ini membincangkan rumusan Persidangan Edinburgh pada tahun 1910 M.
‘Majalah Masehi Timur’ yang berbahasa Jerman diterbitkan oleh Perseketuan Missionaris Jerman Timur sejak tahun 1910 M.
‘Ensiklopedia lslam dan lkhtisarnya’ yang telah diterbitkan dalam berbagai bahasa yang moden.
Kelima: Cara-cara dan kemudahan dan kelengkapan
A. Perubatan
Program rawatan-rawatan kesihatan dimanafaatkan untuk memasukkan jarum Kristinisasi. Program tersebut dijadikan sebagai cara yang paling utama untuk menyebarkan agama Kristian.
Paul Harison dalam bukunya "Doktor di Negara-negara Arab”, berkata, "Kami di negara-negara Arab bersedia untuk menarik penduduknya menjadi Kristian."
S.A. Morisson editor majalah ‘Muslim World’ berkata, "Waktu itu kesempatan sangat terbuka lebar. Para doktor Kristian membawa misinya di tengah-tengah masyarakat lslam , di desa-desa seluruh negara Mesir".
Seorang mubaligh wanita, Eide Harris mengatakan, "Doktor Kristian hendaklah memanfaatkan peluang dalam tugasnya untuk memasukkan ajaran Kristian ke telinga dan hati ummat lslam".
Mr. Harber menyatakan perlunya ditambah misi kesihatan kerana, katanya, para petugas perubatan berhubung secara langsung dengan orang ramai. Mereka mempunyai pengaruh yang besar terhadap umat Islam. Pengaruh mereka lebih besar daripada tenaga pendakwah lain". (Persidangan Kairo 1906 M)
Di antara doktor merangkap mubaligh yang terkenal ialah, An Asawodge, Frost, Cornelius Van Dyck, George Post, Charles Kalhoon, Mary Owey dan Dr. Thomson.
B. Pendidikan
Mereka mengerahkan segala tenaga dan keupayaan untuk menjadikan pendidikan sebagai cara penyebaran ajaran Kristian yang berkesan. Untuk mencapai matlamat tersebut mereka mendirikan sekolah, kolej, universiti, sekolah menengah , pusat asuhan, taman kanak-kanak, dan sekolah-sekolah khas.
Sejak 150 tahun lalu mereka menyebarkan tidak kurang dari 100 juta naskah Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru yang telah diterjemahkan ke dalam 1130 bahasa. Mereka juga menyebarkan brosur dan majalah yang bernilai 7 billion dollar AS.
Di bidang pendidikan ini golongan orientalis dan kristianisasi bekerjasama untuk mencapai tujuan bersama mereka.
C. Aktiviti Sosial
- Menyediakan penempatan mahasiswa dan mahasiswi.
- Menubuhkan kelab-kelab sosial dan sebagainya.
- Membina asrama, rumah orang tua, penempatan anak yatim dan orang-orang musafir.
- Menggalakkan aktiviti-aktiviti hiburan dan menganjurkan konsert-konsert dan seumpamanya.
- Mendirikan perpustakaan-perpustakaan yang mempunyai bahan-bahan dakwah kristian dan menjadikan perpustakaan dan penerbitan sebagai alat penyebaran ajaran Kristian secara luas.
- Menganjurkan aktiviti perkemahan dan rekreasi. Aktiviti ini juga dijadikan sebagai salah satu alat utama mendakwahkan ajaran Kristian.
- Menziarahi orang tua dan pesakit-pesakit di hopital . Mereka diberi cenderamata dan dilayan dengan sopan.
- Mrs. Almost Wilson dan Mrs. Hilday dalam Persidangan Kaherah dalam tahun 1906 M membincangkan tentang peranan mubaligh wanita dalam melakukan menyebarkan ajaran kristian di kalangan wanita-wanita lslam.
D. Merancang Keluarga
- Dalam pertemuan Ulamak-ulamak Shinode pada 5 Mac 1973 M yang dihadiri para paderi dan orang-orang kaya di Gereja Marqus di Iskandariah, Mesir, dirumuskan beberapa hasil persidangan. Antara lain tentang haramnya merancang keluarga di kalangan masyarakat gereja, baik berupa menghalang kehamilan atau menghadkan bilangan anak. Malah mereka diberi galakan untuk beranak seramai mungkin dengan diberi sokongan moral dan kewangan. Di antara mereka ada yang bersungguh-sungguh untuk kahwin muda. Pada masa yang sama merancang keluarga diwajibkan bagi umat Islam . Mereka sedar bahwa lebih 65% dari para doktor dan kakitangan perubatan yang memberi khidmat kesihatan adalah dari kalangan masyarakat gereja.
E. Menimbulkan Kekacauan dan Peperangan
Orang-orang Kristian aktif menggalakan berlakunya peperangan dan menyebarkan fitnah di kalangan kaum Muslimin. Tujuannya adalah untuk melemahkan umat lslam.
Mereka cuba mewujudkan huru-hara dan kekecohan di masyarakat dengan menyalakan api permusuhan. Di antara caranya ialah dengan menyuburkan semangat nasionalisma, kedaerahan dan kesukuan sempit, seperti fir'aunisma di Mesir, finiqisma di Syam, Palestina dan Lebanon, Asyurisme di Irak, dan Barbarisma di Afrika Utara.
Dalam persidangan Mubaligh-mubaligh Lucknow di lndia tahun 1911 M, Zwemer berkata, "Perpecahan-perpecahan politik di dunia lslam dewasa ini merupakan suatu bukti nyata bahwa Tuhan telah bercadang untuk mengangkat semula agama Masehi."
F. Potensi dan Kemampuan
Di Indonesia orang-orang Kristian menguasai media massa. Mereka memiliki siaran-siaran radio amatur mubaligh dan akhbar-akhbar nasional. Dalam bancian tahun 1975 M di lndonesia terdapat 9,819 buah gereja kepunyaan orang Kristian mazhab Protestant, 3,897 orang paderi, 8,504 orang pendakwah sukarela. Sedangkan mazhab Katholik memiliki 7,250 buah gereja, 2,630 orang paderi dan 5,393 orang pendakwah sukarela. Mereka merancang untuk mengkristiankan lndonesia selewat-lewatnya pada tahun 2000 M.
Di Bangladesh terdapat banyak sekali pertubuhan pendakwah dan mubaligh Kristian untuk mengkristiankan umat lslam di negara tersebut.
Kenya dijangka menjadi negara Kristian sepenuhnya menjelang tahun 2000 M. Gerakan Kristianisasi ini juga menyerang Malaysia, negara-negara Teluk dan Afrika.
Jumlah pertubuhan pendakwah Kristian yang ada di 38 negara Afrika mencapai 111,000 buah. Sebagiannya memiliki kapalterbang untuk mengangkut para doktor, ubat-ubat, dan para petugas untuk mengubati pesakit-pesakit di pendalaman dan gunung-gunung.
Sekarang ini di dunia terdapat lebih dari 220 ribu pendakwah (137,000 Katolik dan 82,000 Protestant). Di Afrika sahaja terdapat 119,000 pendakwah laki-laki dan wanita dengan perbelanjaan sekitar 2 billion dollar AS setiap tahun.
Asas Pemikiran Dan Sifat Ideologinya
Kristianisasi mulai bergerak setelah orang-orang Kristian mengalami berbagai kekalahan selama dua abad (1099—1254 M). Mereka mengerahkan segala dana dan usahanya dalam usaha menguasai Bait al-Maqdis, sekaligus merebutnya dari kekuasaan umat Islam.
Paderi Kristian Mibez berkata, "Perang salib yang telah dimulai pendakwah-pendakwah kita pada abad ke 17 M masih berjalan sampai hari ini. Paderi-paderi lelaki dan wanita Perancis masih ramai bertebaran di Timur."
Becker, seorang orientalis berbangsa Jerman berpendapat, "Wujud sikap permusuhan yang ketat antara Kristian dan lslam. Sebab ketika Islam tersebar pada abad pertengahan, agama ini telah membangun sebuah benteng pertahanan yang kokoh untuk menghalang penyebaran ajaran Kristian. Kemudian lslam tersebar ke berbagai negara yang sebelumnya pernah bernaung di bawah kekuasaan Kristian."
Kristianisasi pada asasnya bertujuan untuk memantapkan pengaruh Kristian Barat di negara-negara lslam. Kristianisasi merupakan langkah permulaan dan asas kepada penjajahan. Ianya juga merupakan penyebab utama lumpuhnya serta lemahnya kekuatan ummat lslam.
Tempat Tersebar Dan Kawasan Kejayaannya
Gerakan Kristianisasi tersebar secara luas di negara-negara dunia ketiga.
Gerakan ini mendapat sokongan padu masyarakat antarabangsa dari negara-negara Eropah, Amerika, gereja-gereja, lembaga-lembaga, universiti-universiti dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.
Gerakan Kristianisasi mengerahkan segala usaha dan kemampuannya secara intensif di dunia Islam.
Pada masa ini Gerakan Kristianisasi tertumpu ke Indonesia, Malaysia, Bangladesh, Pakistan dan Afrika secara umum.
Saringan dari “Ensaiklopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran” dari www.al-ahkam.net
Sumber Rujukan klik sini dan juga sini
:: Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani ::
Dakwah Itu Perlu Hikmah
Markaz Tarbiah Haraki 16 September
Mufti Perlis: ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam
Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.
“Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.
“Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.
“Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya,” kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.
Kata Dr Asri lagi, “Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia.”
Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.
“Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.
“Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam,” kata Dr Asri lagi.
Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.
“Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?,” jelas beliau.
Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.
“Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.
“Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja,” jelasnya.
Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.
“Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.
“Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?,” soal Dr Asri.
Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.
“Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?,” kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.
Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.
“Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.
Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.
“Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar,” kata beliau.
Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.
Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.
“Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain,” kata Dr Asri.
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 16 September
Saturday, September 13, 2008
Kedah intip Muharraq
Jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, persiapan rapi pasukan Kedah bukan sahaja tertumpu kepada corak latihan biasa di padang tetapi didedahkan dengan maklumat mengenai pasukan Muhharaq secara terperinci.
''Berbekalkan teknologi yang canggih pada zaman sekarang kami telah memperolehi informasi kelab tersebut melalui laman web dan dari situ kami sudah mengetahui bagaimana prestasi, kekuatan, pemain merbahaya dan segalanya,'' kata Azraai ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Jelasnya, melalui informasi seperti itu pemain sudah mempunyai sedikit gambaran mengenai lawan yang mereka hadapi nanti walaupun kedua-dua pasukan bertemu buat pertama kali.
''Kami sudah mendapat gambaran mengenai pemain dan kedudukan mereka di liga tempatan, kekuatan mereka bergantung kepada pemain import dari Brazil, Rico.
''Saya juga mengharapkan semua pemain sudah bersedia untuk menghadapi pasukan lawan di Bahrain nanti sebelum perlawanan kedua di Alor Setar, 23 September ini,'' kata Azraai.
Ujarnya semua pemain berada dalam keadaan bersemangat walaupun gagal untuk menentang Perak dalam perlawanan persahabatan Rabu lalu selepas pasukan Seladang itu menghadapi sedikit masalah untuk datang ke Alor Setar.
''Pemain berjaya menunjukkan kebolehan dan prestasi mereka pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Piala Emas Raja-Raja Kedah, yang menggantikan pasukan Perak dalam perlawanan persahabatan Rabu lalu.
"Hari ini dan esok semua pemain Kedah akan menjalani latihan terakhir bermula pukul 10.00 hingga 11.30 malam,'' katanya.
Ditanya mengenai kekosongan posisi yang ditinggalkan pemain import, Azraai berkata: "Tempat Marlon berkemungkinan akan diisi oleh Samransak Kram atau Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, manakala posisi Nelson Sam Martin pula akan dipikul oleh Mohd. Sabree Abu atau Ahmad Fauzi Shaari. Sementara itu pemain pertahanan berusia 22 tahun dari Changlun, Mohd. Fazliata Taib akan menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Cornelius Bernard Huggins,'' katanya.
Thursday, September 11, 2008
Sheikh Idris Al-Marbawi pengarang Bahrul Mazi
ULAMA besar yang diperkenalkan pada kali ini tidak asing bagi kebanyakan pelajar-pelajar Alam Melayu amnya, dan di Malaysia khususnya. Beliau sangat terkenal dengan kamus Arab-Melayunya, iaitu Qamus al-Marbawi. Beliau ialah Sheikh Muhammad Idris Abdur Rauf al-Marbawi, seorang ulama yang berketurunan dari Kampung Merbau, Perak. Dilahirkan pada tahun 1893 M di Mekah, dan tarikh kembalinya beliau ke rahmatullah juga telah banyak ditulis orang pada 10 Oktober 1989, dimakamkan di Kampung Lubuk Merbau, Perak pada usia 96 tahun.
Tok Kenali antara Guru Sheikh Idris al-Marbawi
Ilmu yang paling banyak diperolehnya adalah dari Tok Kenali Kelantan. Sebelum ini, artikel mengenai Tok Kenali pernah dibicarakan penulis dengan judul Tok Kenali: Ulama Peringkat Wali yang dikeluarkan pada Isnin, 2 Oktober 2006.
Namun dirasakan perlu dibicarakan lagi secara umum berkenaan guru kepada Sheikh Idris Marbawi tersebut.
Tok Kenali adalah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam bersistemkan pondok di Malaysia, bahkan juga seluruh Alam Melayu.
Beliau ialah murid yang paling dipercayai oleh Sheikh Ahmad al-Fathani, sehinggakan tiada satu rahsia perjuangan Sheikh Ahmad al-Fathani yang tidak diketahui oleh beliau.
Beliau meninggalkan murid yang sangat ramai. Antara yang menjadi ulama besar adalah Sheikh Idris Marbawi dan Sheikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber ini penulis perolehi daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, seorang Mufti Mempawah Indonesia, yang didengar penulis pada tahun 1969 di Indonesia, Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah, yang didengar pada tahun 1970, Kadi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala Patani pada tahun 1970, Kadi Haji Abdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ramai yang lain yang belum perlu disebutkan).
Karya-karya yang dihasilkan
Sheikh Idris al-Marbawi meninggalkan karya-karya yang tidak kurang banyaknya. Terdapat dua karya beliau yang sangat terkenal, sehingga masih digunakan sehingga ke hari ini iaitu Qamus al-Marbawi dan Bahrul Mazi. Keterangan maklumat mengenai kedua-dua karya tersebut adalah berikut:
A. Qamus Idris al-Marbawi
Qamus Idris al-Marbawi adalah judul sebenar dalam persuratan. Dalam percakapan umum dinamakan kamus Marbawi. Kamus ini bukan kamus Arab-Melayu yang pertama ditulis. Terdapat kamus lain ditulis sekitar tahun berhampirannya. Namun, kamus ini mendapat tempat tersendiri dalam bidang perkamusan.
Paling luas penyebarannya
Antara keistimewaan kamus ini berbanding yang lainnya adalah kamus Arab-Melayu yang ditulis dengan Melayu-Jawi dan yang pertama paling luas penyebarannya di seluruh dunia Melayu. Bahkan ia turut digunakan oleh masyarakat Melayu di Mekah, Mesir dan beberapa tempat lain.
Ia turut digunakan oleh hampir semua orang yang belajar bahasa Arab dari kalangan suku kaum Melayu, Jawa, Bugis dan sebagainya.
Dalam mukadimahnya, beliau meluahkan yang terkandung dalam hatinya demi kemajuan bangsa Melayu, iaitu katanya: “Kemudian dari itu, maka sebelum masuk mengarang kamus ini, lebih dulu menerangkan maksudku mengadakannya, ialah memajukan bangsaku Melayu, sekiranya menuntut bahasa Arab adalah kamus penyuluhnya yang diharap, mendapatkan pelajarannya umpama nahu dan saraf.”
Kamus ini mengandungi dua juzuk. Juzuk pertama yang mengandungi 384 halaman dimulakan huruf Alif dan berakhir dengan Zha, yang mengandungi 18,000 kosa kata perkataan Arab yang diberi takrif atau ertinya ke dalam bahasa Melayu, dan terdapat juga 700 yang diisyaratkan dalam bentuk gambar.
Dalam juzuk kedua pula mengandungi 401 halaman, yang dimulakan daripada huruf ‘Ain dan berakhir dengan huruf Ya, juga terdapat 18,000 kosa kata Arab dan 500 yang diisyaratkan dalam bentuk gambar.
Berkenaan maklumat-maklumat lainnya berkaitan kamus Marbawi tersebut, telah banyak penulis bicarakan dalam Berita Harian, 28 Mac 2006 (Selasa) dengan judul ‘Kamus Marbawi Rujukan Pelajar Kuasai Bahasa Arab.’
B. Bahrul Mazi
Karya Syeikh Idris al-Marbawi yang berupa hadis yang terkenal ialah Bahrul Mazi, judul lengkapnya Bahrul Mazi li Syarh Mutkhtasar Sahihit Tarmizi. Ia merupakan terjemahan kitab Sahih Tarmizi dan disyarah oleh beliau.
Terjemahan Sahih Tarmizi secara lengkap ini adalah merupakan yang pertama sekali dilaksanakan dalam bahasa Melayu.
Bahrul Mazi adalah karya besar yang terdiri daripada 22 jilid yang sudah diterbitkan. Maklumat ringkas tentang keseluruhan jilidnya, adalah seperti berikut:
- Jilid I : Tanpa menyebut tarikh. Tebal 227 halaman. Menerangkan bicara bersuci dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 126 hadis dan 591 masalah.
- Jilid II: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 454 masalah.
- Jilid III: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 240 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 161 hadis dan 558 masalah.
- Jilid IV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang; zakat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 115 hadis dan 519 masalah.
- Jilid V: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 208 halaman. Menerangkan bicara puasa dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 110 hadis dan 473 masalah.
- Jilid VI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara haji dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 108 hadis dan 458 masalah.
- Jilid VII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara umrah dan jenayah. Terdiri daripada 114 hadis dan 483 masalah.
- Jilid VIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan baki bab-bab jenayah dan membicarakan Kitabun Nikah. Terdiri daripada 99 hadis dan 330 masalah.
- Jilid IX: Tarikh selesai menulis malam Rabu, 29 Syawal 1357 H di rumah berdekatan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Tebal 224 halaman. Menerangkan bab-bab talak, li’an dan jual beli. Terdiri daripada 117 hadis dan 226 masalah.
Bab-bab jualan
- Jilid X: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Menerangkan baki bab-bab jualan, bab-bab kadi, diat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 180 hadis dan 259 masalah.
- Jilid XI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan korban, nazar-nazar, sumpah-sumpah, perjalanan Nabi dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 151 hadis dan 486 masalah.
- Jilid XII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan perang sabil, pakaian, makanan dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 170 hadis dan 353 masalah.
- Jilid XIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan minum-minuman, kebaktian, perhubungan rahim dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 152 hadis dan 472 masalah.
- Jilid XVI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Melengkapi atas baki bab-bab perhubungan rahim, perubatan, faraid, wala’, hibah, qadar dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 395 masalah.
- Jilid XV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 248 halaman. Melengkapi bab-bab huru-hara, ta’bir mimpi dan saksi-saksi. Terdiri dari 105 hadis dan 301 masalah.
- Jilid XVI: Tarikh akhir Bab ar-Ru‘ya dan mengiringi bab-bab syahadah. Selesai malam Rabu, 21 Ramadan 1359 H/1940 M. Melengkapi atas bab-bab mimpi, saksi-saksi dan zuhud. Terdiri daripada 128 hadis dan 237 masalah.
- Jilid XVII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat kiamat; pelembut hati, wara’ dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 100 hadis dan 210 masalah.
- Jilid XVIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat syurga, neraka, iman dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 109 hadis dan 210 masalah.
Minta izin
- Jilid XIX: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab ilmu, minta izin dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 148 hadis dan 266 masalah.
- Jilid XX: Tarikh dicatat oleh pengarangnya, katanya: “Telah selesai hamba daripada menulis dan mengarangkan juzuk yang kedua puluh ini dengan kurnia Allah SWT kemudian daripada tergendala mengarangnya 16 tahun. Iaitu mula perang Inggeris dengan Jerman dan Jepun dan Itali pada tahun 1949, dan sudah juzuk ini pada malam Rabu 25 Ramadan dan 1373 bersamaan 18 Mei 1955." Melengkapi atas baki bab-bab adab, misal-misal, bab-bab pahala Quran dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 127 hadis dan 311 masalah.
- Jilid XXI: Mulai penulisan pada hari Khamis, 26 Syaaban 1374 H/19 Mei 1955 M, dan diselesaikan pada 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M. Tebal 255 halaman. Melengkapi atas segala bab tafsir. Terdiri daripada 92 hadis dan 335 masalah.
- Jilid XXII: Dimulai 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M, dan selesai pada malam 2 Jamadilakhir 1377 H/24 Disember 1957 M. Tebal 242 halaman. Melengkapi atas tafsir setengah-setengah ayat di dalam surah al-Maidah dan lain-lainnya. Terdiri daripada 95 hadis dan 351 masalah.
Penerbitan keseluruhan diusahakan oleh Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir, mulai tahun 1352 H/1933 M.
Pada kata aluan jilid pertama, pengarangnya menerangkan bahawa beliau telah belajar ilmu hadis daripada Sheikh Muhammad Ibrahim as-Samaluti, iaitu guru hadis yang mengajar berpuluh-puluh tahun di Jami’ Saiyidina Husein di Kaherah, Mesir. Bahawa ketika pulang ke rumah, beliau terus mencatat pelajarannya sehingga tersusunlah kitab besar Bahrul Mazi tersebut.
Kurang tersebar
Sebuah lagi karangan Sheikh Idris al-Marbawi yang kurang tersebar ialah kitab Tafsir Surah Yasin. Asal kitab ini adalah karangan Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad asy-Syaukani dan diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Sheikh Idris al-Marbawi atas permintaan Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir pada tahun 1353H.
Pada mukadimah Sheikh Idris al-Marbawi menulis: “Adapun kemudian daripada itu, maka telah menuntut kepada hamba oleh Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir bahwa hamba terjemahkan tafsir yasin karangan asy-Syaukani daripada Arab kepada Melayu...”.
Kitab ini telah diterbitkan oleh Mathba‘ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir pada tahun 1353H/ 1935 M.
Wednesday, September 10, 2008
Renungan diri
Pelbagai mehnah dan cabaran dihadapi sepanjang berada di bumi kenyalang. Kadang-kadang bosan dan mahu saja menarik diri dari jalan ini. Namun sering berfikir. Aku sudah berjalan begini jauh. Ya, memang letih, memang penat. Tetapi pelbagai kemanisan telah dirasai. Walaupun kemanisan itu perlu dimulakan dengan pelbagai mehnah dan juga cabaran. Masih teringat ketika berpeluang berjumpa tokoh yang amat saya kagumi hampir setahun setengah yang lalu. Walaupun hanya 5 minit dengan dikelilingi oleh pegawai dan pengawal peribadinya, kami sempat bertukar khabar, bertanya soal profesion serta ruang dakwah dan juang. Ntah bila lagi akan bertemu. Namun saya tetap ingat kata-katanya. Sambil menggenggam tangan saya, beliau menyatakan :-
"Perjuangan kita perjuangan yang benar. Jangan takut jangan gentar. Anak muda harus kuat dan bersemangat. Saya doakan kamu istiqomah dalam perjuangan Islam"
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 10 September
Tuesday, September 9, 2008
Mengapa Islam merendahkan wanita dengan sembunyikan mereka dalam tudung??
Jawapan: Sebenarnya Islam tidak pernah merendahkan taraf kaum wanita malah Islam mengangkat status dan maruah kaum wanita.
Sebab pertama kaum wanita perlu menutup aurat dan memakai tudung adalah disebabkan ianya perintah Sang Pencipta.
Sebab kedua…
Satu analogi mudah untuk kita bandingkan dalam menjawab hal ini. Sesuatu mutiara tidak akan diletakkan sesuka hati oleh pemiliknnya. Malah pemilik mutiara itu akan disimpan dalam peti yang berkunci dan dijaga dengan begitu baik. Kenapa? Kerana mutiara itu sangat berharga dan sangat disayangi oleh pemiliknya.
Islam sebenrarnya meletakkan kaum wanita ditempat yang sangat mulia dan ingin menjaga maruah dan nilai permata yang terdapat pada diri seseorang wanita. Ini sebab kedua mengapa kaum wanita perlu menutup aurat.
Sebab ketiga….
Kalau dikaji dari aspek psikologi, apabila seseorang wanita yang tidak menutup aurat bejalan melintasi seseorang lelaki, ini akan membuatkan hati lelaki itu tidak tenang memikirkan mengenai wanita tersebut. Islam sangat menitik beratkan soal ketenangan hati. Dalam Islam, tujuan sebenar seseorang itu dihidupkan adalah untuk beribadah kepada Allah. Ketenangan hati sangat penting dalam mendapatkan kekhusyukan dan focus dalam ibadah. Jesteru, demi menjaga ketenangan hati manusia, Islam menetapkan kaum wanita perlu menutup diri mereka.
Pernah ditimbulkan soal keadilan di mana perempuan perlu menutup bahagian dirinya lebih daripada bahagian tubuh yang perlu ditutup oleh seorang lelaki. Secara fitrahnya, pada diri seseorang wanita itu terdapat perkaa yang dapat membuatkan hati lelaki tidak tenang serta menaikkan syahwat lelaki. Namun pada diri seseorang lalaki tidak banyak perkara yang membuatkan seseorang wanita bersyahwat. Satu contoh mudah, sekiranya seseorang wanita menampakkan betisnya kepada seseorang lelaki sudah cukup untuk membuatkan diri seorang lelaki bernafsu, berfikir dan membayangkan seluruh tubuh wanita tersebut. Namun apa yang berlaku sekiranya seseorang lelaki berjalan dengan berseluar pendek dengan bulu kaki terbiar berserabut di kaki??? Tak mungkin wanita tersebut tergerak syahwat malah mungkin geli. Inilah fitrah manusia.
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 9 September
Monday, September 8, 2008
Mengenali buku, pengarang terlaris sepanjang zaman
AL-Quran dan Injil adalah dua kitab paling banyak dibaca oleh manusia zaman berzaman. Kitab Injil yang mula diterbitkan pada sekitar 1451 sampai kini dianggarkan telah dicetak sebanyak enam bilion naskhah. Tidak ada sesiapapun yang mengetahui berapa jumlah al-Quran atau Injil yang dicetak, terjual atau yang dibahagi-bahagikan. The Bible Society menganggarkan jumlah Injil yang dicetak antara 1816-1975 sekitar 2.5 bilion naskhah. Kajian terbaru menunjukkan angka ini mencecah 6 bilion naskhah dalam lebih dua ribu bahasa dan dialek.
Di Kota Mekah sahaja, sejak berabad-abad lamanya al-Quran terjual berjuta-juta naskhah pada setiap musim haji. Mekah dikunjungi sepanjang masa dalam setahun oleh orang Islam yang menunaikan Umrah. Jika diambil kira jualan dan edarannya di seluruh dunia Islam jumlah cetakannya pada bila-bila masa boleh mengatasi angka cetakan dan edaran Injil.
Apakah buku terlaris tulisan manusia dalam rekod peradaban manusia sejak dulu sampai sekarang? Buku bagaimana yang digilai pembaca dan peminat buku? Berapakah jumlah cetakannya? Siapakah penulis atau penerbit buku-buku ini.
Soalan-soalan ini pada asasnya sukar dijawab. Siapa pun tidak mengetahui dengan tepat buku mana yang paling laris dijual kerana kita tidak mempunyai rekod tentang buku yang meliputi semua zaman. Jawapan yang ada cumalah tekaan terbaik berdasarkan anggaran oleh ahli sejarah dan pakar perbukuan dan penerbitan.
Quotations from Chairman Mao direkodkan telah diterbitkan sebanyak 900 juta naskhah sejak mula diterbitkan empat dekad lalu pada 1966. Ini adalah sebuah buku buah fikiran manusia yang tertinggi jualannya setakat ini. Buku yang dikenal juga dengan nama Little Red Book ini menyimpan ungkapan Mao Tse Tung, pemimpin Komunis China dan menjadi buku yang wajib dimiliki dan dibaca oleh setiap orang dewasa di China antara 1966-1971.
Buku The American Spelling Book mencecah angka 90 juta naskhah. Mula terbit pada 1783, buku teks pendidikan oleh Noah Webster (1758-1843), iaitu penulis yang terkenal dengan jolokan The American man of letters ini kekal sebagai buku terlaris di Amerika Syarikat sepanjang abad ke-19.
Buku tentang fakta dan maklumat juga sering digilai oleh pembaca buku. Justeru, pada tangga berikutnya adalah buku Guiness Book of World Records oleh Mark C. Young yang mencecah angka cetakan 90 juta naskhah. Mula terbit pada 1955, The Guinness Book of Records muncul sebagai pencapaian terbesar dalam bidang penerbitan mutakhir. Buku ini terbit secara tahunan mulai 1964 dan di UK sahaja telah terbit 37 edisi selain pelbagai edisi bahasa asing.
Demikian juga buku World Almanac yang dicetak sehingga 73.5 juta naskhah. Buku rujukan penting bagi penulis dan wartawan ini mulai terbit secara tahunan pada 1868. Buku ini bagaimanapun terhenti penerbitannya antara 1876-1886. Akan tetapi buku ini kekal sebagai buku rujukan tahunan terlaris sampai sekarang.
Tulisan Elbert Hubbard berjudul A Message to Garcia dicetak 40 juta naskhah. Buku yang pernah menjadi polemik ini berkisar pada isu hubungan buruh dan dalam beberapa tahun sejak mula diterbitkan pada 1899 telah mencecah angka jualan yang besar disebabkan ramai majikan di Amerika yang membelinya dalam jumlah yang besar untuk dibahagi-bahagikan kepada pekerja mereka.
Novel berjudul The Valley of the Dolls tulisan Jacqueline Susann (19211974) mungkin dapat dianggap sebagai novel terlaris dunia. Terbitan 1966 ini berkisar tentang seks, keganasan dan dadah. Saingan terdekat novel ini adalah tulisan Margaret Mitchell, iaitu sebuah novel yang berjudul Gone With the Wind, yang mencecah 28 juta naskhah. Banyak novel lain yang mencapai angka 10 juta naskhah. Di Sepanyol, novel oleh Unamuno berjudul El rbol de la ciencia menjadi novel terlaris sejak mula diterbitkan.
Siapakah pula penulis buku terlaris dunia sepanjang zaman? Menurut Guinness World Records pengarang buku fiksyen terlaris adalah Agatha Christie yang mencatatkan jualan dua bilion naskah bagi jumlah keseluruhan judul buku tulisan beliau.
Penulis buku kanak-kanak juga telah mencatatkan pencapaian yang besar. Ren Goscinny dan Albert Uderzo menghasilkan watak komik Ast rix the Gaul pada 1959. Mereka menerbitkan 30 judul buku dengan jualan mencecah 25 juta naskhah. Georges R. (1907-1983), penulis dan ilustrator dari Belgium yang memakai nama pena Herg, menghasilkan watak komik Tintin pada 1929. Tintin muncul dalam bentuk buku mulai tahun 1948 dan menjadi popular di seluruh dunia sehingga diterjemahkan ke dalam 45 bahasa dan dialek. Jumlah jualan dan edaran tidak kurang daripada 160 juta naskhah.
Seorang lagi penulis buku kanak-kanak yang kaya raya dengan jualan bukunya ialah Enid Blyton. Jualan buku Noddy sahaja mencecah lebih 60 juta naskhah dan lebih 700 buku kanak-kanak yang dihasilkannya. UNESCO menganggarkan pada tahun 1960-an sahaja buku beliau mencecah 974 judul terjemahan. Jumlah keseluruhan cetakan buku beliau mencecah 100 juta naskhah dan menjadikan Enid Blyton sebagai penulis buku terlaris dalam bahasa Inggeris.
Jumlah jualan dua buku klasik oleh Lewis Carroll iaitu Alice's Adventures in Wonderland dan Alice Through the Looking Glass, tidak terkira banyaknya. Bagaimanapun, dengan dua buku ini sahaja telah berjaya meletakkan nama beliau dalam kalangan 20 buku kanak-kanak terlaris sepanjang zaman.
Buku terlaris kanak-kanak yang lain termasuklah The Poky Little Puppy yang menduduki tangga teratas dalam senarai buku kulit keras dengan jualan mencecah 14,898,341 naskhah manakala buku berjudul Charlotte's Web yang mencapai jualan 9,899,696 naskhah mengungguli tangga teratas buku kulit nipis.
Mendahului senarai buku mutakhir yang terlaris adalah The Seven Habits of Highly Effective People yang mencatatkan jualan 1.5 juta naskhah. Demikianlah, buku akan kekal menjadi teman sejati bagi setiap manusia yang cintakan ilmu. Buku menjadi cermin diri yang membentuk citra seorang manusia melalui pembacaan.
Rujukan di sini
Sunday, September 7, 2008
Mengenang perjuangan Asy-Syahid Syed Qutb
Imperialis Barat amat takut dan bimbang terhadap pemikiran- pemikiran tajam Syed Qutb yang menghancur-leburkan Ideologi Sesat Barat dan Komunisme Timur, serta kemampuan beliau mengemukakan 'Gagasan Islam' dengan jelas dan mantap ke dalam Ummah. Kemampuan beliau telah menyeret Regim Mesir dengan desakan Imperialis mengambil tindakan 'kejam' menggantung Mujahid Agung Islam abad ini.
Sejarah Hidup Syed Qutb:-
(1) Tahun 1906:-
Syed Qutb dilahirkan di Daerah Assyut, Mesir. Berkat didikan ibubapa, beliau telah menghafaz seluruh Al-Quran sejak kecil lagi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum (sekarang Universiti Qaherah) sehingga berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang sastera (Pendidikan) . Selepas tamat pengajian, beliau ditawarkan mengajar di Darul Ulum. Selepas beberapa tahun di situ, beliau dilantik menjadi 'Nazir' sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Mesir.
Kementerian Pelajaran Mesir telah menghantar beliau ke Amerika Syarikat selama 2 tahun kononnya untuk mengkaji sistem pendidikan dan latihan moden yang ada di sana. Tujuan sebenar Kerajaan adalah untuk men'sekular'kan pemikiran beliau.Namun,Pengalaman singkat (ringkas) beliau berhubung dengan budaya Barat membolehkan beliau mendalami pemikiran-pemikiran dan sosio budaya orang-orang Amerika dan Barat sendiri.
Syed Qutb berpeluang melihat sendiri betapa runtuhnya pemikiran dan budaya Barat. Kembalinya dari Amerika, beliau mula berjinak-jinak dengan Ikhwan Muslimun dan akhirnya menyertai gerakan Islam itu pada tahun 1945.
(2) Tahun 1945:-
Syed Qutb menyertai gerakan Islam Ikhwan Muslimun.
(3) Tahun 1954:-
Ikhwan Muslimun melantik Syed Qutb sebagi Ketua Pengarang Majalah Al-Ikhwan Muslimun. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan oleh beliau selama 2 bulan sahaja kerana pada bulan September 1954, majalah itu diharamkan penerbitannya oleh Regim Jamal Nasir.
Regim Mesir ketika itu mengambil langkah kekerasan terhadap gerakan Ikhwan dan menangkap ribuan pendukungnya termasuk Syed Qutb. Penyeksaan yang 'teruk' terhadapnya menyebabkan Syed Qutb menderita penyakit yang 'teruk' di dalam penjara.
(4) Tahun 1955:-
Pada Julai 1955, Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan 'kerja berat' oleh Mahkamah Rakyat Mesir. Semasa di dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nasir telah menawarkan pembebasan terhadap beliau dengan syarat Syed Qutb menulis 'pernyataan' memohon maaf kepada Regim Jamal Abdul Nasir. Tetapi tawaran tersebut ditolak oleh Syed Qutb dengan kata-kata yang amat bermakna dan berharga buat setiap pendukung Islam di sepanjang zaman.
Kata Syed Qutb: "Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia meredhai aku dan aku meredhaiNya"
(5) Tahun 1964:-
Syed Qutb dibebaskan apabila Jamal Abdul Nasir memenuhi permintaan Presiden Iraq yang meminta supaya Syed Qutb dibebaskan. Pembebasan itu dilakukan oleh Jamal Abdul Nasir kerana beliau ingin menjalin hubungan baik dengan Iraq.
Tetapi tidak sampai 1 tahun dari pembebasan itu, Syed Qutb ditahan kembali dengan tuduhan ingin merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dengan mengggunakan kekerasan. Turut ditangkap bersama beliau ialah adik-adiknya Muhammad Qutb, Hamidah Qutb, Aminah Qutb dan puluhan ribu anggota Ikhwan Muslimun yang lain.
(6) Tahun 1966:-
Syed Qutb bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera Mesir.
Pagi Isnin 29 Ogos 1966,
Asy-Syahid Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati..
Al Fatihah.
Diambil dari sini.