Tuesday, October 6, 2009

Ma'a Taufik Wan Najah

Bersama para teman Maahad dan Ustaz Naim al-Hafiz berlatar belakangkan selat Melaka.
Tidak disangka, persahabatan begini lama masih kekal dan di uji dengan perpisahan yang membawa natijah jihad menuntut ilmu di jalan Allah...
Usai berkhutbah Jumaat dan solat Jumaat di Masjid Aisyah saya bergegas solat Jenazah di Masjid Irsyad, di kepala masih teringat jemputan majlis kesyukuran sahabat saya, Mohd Naim Abdul Rahim, di Kampung tepi laut, Tebengau. Saya mula bersahabat dengan Naim sejak sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Tebengau) kemudiaan persahabatan ini di sambung hinggalah ke Maktab Mahmud.

Tahniah buat Naim, walaupun saya sampai agak lambat selepas majlis, saya tetap di sambut mesra oleh Ulama’ Muda ini. Naim sudah tamat pengajian Diploma Tahfiz al-Quran di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan bakal menyambung ke peringkat Ijazah dalam bidang yang sama di Universiti al-Azhar cawangan Shubro. Majlis ini diadakan sebagai kesyukuran atas kejayaannya.

Sekarang Naim sudah tentu berada di sana sekarang.. Selamat berjuang , selamat menuntut ilmu, selamat menjadi Huffaz yang berkualiti dan sudah tentu pabila pulang ke Malaysia akan memperjuangkan Islam bersama dengan Ulama yang ada.. Insya Allah...

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 6 Oktober 2009
Kota Samarahan 4.00 pm

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin