Junichiro Koizumi (tengah) senyum sambil berjabat tangan dengan superhero Ultraman (kiri) dan Ultraman King (kanan) selepas membuat rakaman suara sebagai "Ultraman King" untuk filem terbaru 'Mega Monster Battle Ultra Galaxy the Movie" di sebuah studio di Tokyo. -Foto AFP
ULTRAMAN
INI bukan khabar angin lagi tetapi berita sahih. Memang pada mula ia sukar untuk dipercayai tetapi akhirnya saya berkata pada diri sendiri, mungkin tidak di Jepun kerana di negara matahari terbit ini, ia adalah superhero kebangsaan.
Kini bekas Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi telah menjadi Ultraman...malah King Ultraman - iaitu raja segala Ultraman.
Sepanjang karier profesional saya, saya telah berpeluang untuk melawat Jepun sebanyak tiga kali. Dan ke mana sahaja anda pergi anda tidak dapat melarikan diri daripada imej Ultraman. Ia ada di mana-mana. Dan sangat popular. Malah lebih popular daripada ahli politik.
Dalam berita terkini yang dipetik daripada AFP, Koizumi, 67, telah bersetuju untuk meminjamkan suaranya bagi watak King Ultraman. Ini tidaklah juga menghairankan kerana ketika menjadi perdana menteri dahulu, Koizumi sering kali mendendangkan lagu-lagu Elvis Presley di pejabat.
Malah ketika melawat Amerika, Koizumi dengan selamba mendendangkan lagu Elvis di hadapan Presiden George W. Bush sehinggakan Bush berasa malu kerana dia sendiri tidak dapat mengingati lagu-lagu Elvis. Koizumi memerintah Jepun lebih dari lima tahun sehingga tahun 2006.
Dalam watak terbarunya ini, King Ultraman yang juga merupakan Ultraman yang paling tua dalam keluarga Ultraman akan mengetuai sekumpulan superhero untuk menentang gergasi dan juga raksasa.
King Ultraman sepertimana Ultraman yang lain, mempunyai kuasa mengeluarkan pancaran cahaya laser dari tangannya apabila disilang. Bagaimanapun khabarnya dalam filem terbaru Ultraman berjudul Mega Monster Battle - Ultra Galaxy, yang akan ditayangkan di Jepun mulai 12 Disember ini, King Ultraman akan melafazkan dialog yang bakal menjadi popular sepertimana dialog The Terminator “i’ll be back...”
Dalam filem terbaru ini, King Ultraman yang akan menggunakan suara bekas perdana menteri Jepun itu akan berkata (dalam bahasa Jepun) ; “Ini bayarannya di atas keganasan anda...” sambil menyilangkan tangannya dan memancarkan kuasa laser ke arah raksasa.
“Tiada siapa yang layak untuk melakonkan suara King Ultraman melainkan Koizumi kerana suaranya yang luar biasa,” kata penerbit filem terbaru Ultraman ini, Junko Kitazawa ketika ditanya kenapa Koizumi yang menjadi pilihan Tsuburaya Production iaitu syarikat yang menerbitkan filem tersebut.
Khabarnya, pada peringkat awal, Koizumi agak malu-malu untuk meminjamkan suaranya bagi watak King Ultraman itu tetapi kemudiannya menukar fikiran selepas didesak oleh anaknya Shinjiro yang kini mengambilalih kerusi Parlimen yang dikosongkan oleh Koizumi.
Namun begitu, Koizumi juga khabarnya turut dipengaruhi oleh seorang lagi anak lelakinya Kotaro yang merupakan seorang pelakon sepenuh masa.
Dan apabila ditanya oleh Stesen Televisyen Nippon kenapa dia sanggup meminjamkan suaranya untuk watak King Ultraman, Koizumi menjawab siri Ultraman dinikmati oleh seisi keluarga di seluruh dunia sejak tiga generasi dan masih ditonton oleh semua orang termasuk dirinya. Ultraman mula-mula muncul sebagai satu siri televisyen pada tahun 1966 dan menjadi begitu popular di kalangan kanak-kanak. Di Malaysia siri ini telah dialihbahasakan ke dalam bahasa Malaysia.
Dan kawan saya bernama Musyin bukan sahaja hafal dialog-dialog Ultraman malah boleh melakonkan suara watak-watak dalam siri Ultraman sehingga sekarang terutama sekali kata-kata “swash” yang dibunyikan oleh Ultraman ketika menyerang dan menendang raksasa. Begitulah kesan mendalam yang ditinggalkan oleh siri ini ke atas jiwa kanak-kanak sehingga membawanya ke alam dewasa.

CONMAN
SABAN hari, ketika hendak membuka e-mail, saya berdoa agar tidak ada e-mail baru dari Afrika yang masuk ke dalam inbox kerana saya sudah letih dan malas hendak memadam e-mail tersebut.
Ia adalah satu scam atau komplot untuk menipu orang-ramai khususnya mereka yang gila nak kaya cepat.
Tetapi selalunya, apa yang kita tidak ingin lihat maka itulah yang berlaku. Pagi tadi ketika membuka e-mail, inbox saya sekali lagi dipenuhi dengan e-mail seperti ini.
Salah seorang daripada pengirim e-mail tersebut bernama Keni Kabari entah daripada negara Afrika mana yang bertanya sama ada saya sanggup membantu dia menguruskan proses pemindahan akaunnya yang berjumlah berpuluh juta dolar Amerika ke Malaysia kerana keluarga dia kini ditahan oleh regim tentera yang telah mengambil alih pemerintahan negaranya.
Dalam bahasa Inggeris rojak, Keni meminta saya agar melayani e-mailnya ini dengan penuh hormat kerana dia bukannya seorang conman (penipu).
Kata Keni dia sedar ramai conman sedang menggunakan talian internet dan e-mail untuk menipu orang, “tetapi kepercayaan saya kepada saudara telah mendorong saya untuk menulis e-mail ini kepada saudara. Jadi tolong layani e-mail saya ini dengan penuh hormat kerana saya bukan conman.”
Dalam satu e-mail yang hampir serupa, seorang lelaki bernama Robert Cicipa dari Mozambiq telah mengirim e-mail merayu supaya saya membantunya memindahkan sejumlah wang daripada akaunnya dari sebuah bank di negara itu ke negara kita atas alasan kekacauan politik yang berlaku telah menjejaskan jumlah pelaburan yang telah dilaburkan oleh bapanya.
Tetapi sebelum dia boleh memindahkan wang tersebut, saya harus terlebih dahulu mengirim nombor akaun bank saya kepadanya. Saya sendiri tidak pasti itu untuk tujuan apa.
Manakala dalam satu kes yang lain pula, seorang lagi anak orang kaya Afrika yang mendakwa bapanya telah dibunuh oleh para pemberontak di negaranya dan dia minta bantuan untuk memindahkan sejumlah wang yang banyak ke negara kita.
Tetapi untuk membolehkan dia melakukan pemindahan tersebut, dia terlebih dahulu mahu saya melabur sebagai ‘wang cagaran’ bagi membuktikan saya bersedia menjadi rakan kongsi tulen.
Wow! Saya tertanya-tanya ada orang termakan jerat atau tidak!!!
ROZAID A. RAHMAN percaya tidak ada jalan pintas untuk jadi kaya tetapi tidak mengapa berangan-angan untuk menjadi Ultraman...

---------------
- Rujuk di sini
No comments:
Post a Comment