Assalamualaikum wtb..
Nampaknya masalah Blog belum selesai (teknikal).. Masih bermasalah.. Tambahan pula perkhidmatan Broadband CELCOM yang agak tidak membantu (apa CELCOM polah tok???).. namun semuanya bagaikan diubat dengan sebuah MIMPI... ya..Mimpi... Tanpa dijangka, kerinduan saya terubat sedikit bilamana bermimpi bertawaf di Kaabah.. Teringat semasa Umrah dulu...Masih segar teguhnya kaabah di hadapan saya semasa mengerjakan Umrah.. Malah, apabila selesai tawaf wida' pun saya masih berpusing-pusing untuk melihat Kaabah lagi.. Bila pulang ke Malaysia, rindu itu semakin berkocak kencang... Alhamdullilah.. Rindu tersebut diubati dengan Mimpi terbaru ini.. Moga ia tanda Allah masih sudi terima kehadiran hambanya pada masa hadapan nanti Insya Allah...(Jika masalah line selesai dengan segara, blog akan diupdate seperti biasa)...
No comments:
Post a Comment