Tuesday, October 27, 2009

Langkah Suci Menuju Gerbang Pernikahan

Islam mengharamkan umatnya daripada menahan diri dari berkahwin, berzuhud untuk menjadi rahib serta menyisihkan diri kerana mahu beribadah dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Lebih-lebih lagi jika ia seorang muslim yang berkemampuan untuk melaksanakan perkahwinan. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:

"Sesungguhnya Allah telah menggantikan kita dengan rahbaniyah yang lurus dan mudah (HKAIBaihaqi)

"Barangsiapa yang dimudahkan baginya untuk menikah, lalu ia tidak menikah, maka tidaklah ia termasuk dalam golonganku (HK AtTabrani dan Baihaqi)

Melaksanakan pernikahan merupakan langkah suci jika:

-niatnya : ikhlas kerana Allah dalam rangka menyempurnakan sebahagian daripada dienul Islam dan Sunnah Nabi SAW

-tujuannya: membentuk baitul muslim (rumahtangga islam) yang sakinah mawaddah wa rahmah (memberikan ketenangan dan saling berkasih sayang). Di mana pernikahannya berhajatkan keturunan

yang menjadi generasi pewaris kepada kesinambungan umat Islam di muka bumi. Setiap prosedurnya: bermula daripada mencari pasangan; peminangan, aqad nikah sehinggalah berlangsungnya majlis walimahnya mestilah berdasarkan syarat-syarat dan adab-adab sebagaimana yang digariskan oleh Islam.

Perbicaraan seterusnya ditumpukan kepada panduan yang dapat dikuti oleh seorang muslim dalam melalui tahap-tahap sebelum menikah sehinggalah semasa berlangsungnya majlis pernikahan (walimatul ursy).

Tahap I: Memilih Pasangan Hidup

Apabila seseorang muslim telah berniat untuk menikah, sudah tentulah ia mesti memperhatikan persoalan siapakah yang layak menjadi calon isteri atau suaminya.

Mencari dan memilih pasangan hidup amat dipengaruhi oleh kecenderungan orang yang melaksanakannya. Bagi seorang yang berkecenderungan dunia pasti meletakkan prioriti pada ciri-ciri tertentu seperti:

-kecantikan fizikal : berkulit putih, potongan badan yang tertentu, pendek kata biarlah fair and lovely

-status sosial : kelulusan dan pangkat pekerjaan

-keturunan : Tengku, Syed, atau negeri asal.

-kekayaan : sudah mempunyai kereta, kereta jenis apa? Rumahnya pula bagaimana?

Menurut mereka, kriteria ini penting untuk menjamin kebahagiaan dan kedamaian hidup berumah tangga.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi seorang yang berpegang teguh dengan cara hidup Islam menentukan pendapat siapa dan yang mana boleh diterima dalam membantunya membuat pilihan pasangannya. Dikhuatiri apabila urusan memilih pasangan diserahkan kepada tangan yang tidak menilai dengan neraca Islam, cita-cita membina mahligai baitul muslim akan berkecai.

Petua memilih pasangan

Petua dalam memilih pasangan, sangat perlu diteliti clan diikuti agar berjaya membentuk rumah tangga islam yang bahagia. Hakikat kebahagiaan berumahtangga menurut petua yang diturunkan oleh Rasulllah SAW adalah:

"Wanita selalu dinikahi kerana empat hak kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan ketaatan beragamanya. Berbahagialah kamu dengan isteri yang taat beragama, dan jika tidak kamu lakukan itu, sengsaralah kamu. " (Mutafag alaih)

Ternyata daripada saranan Rasululllah SAW agama semestinya menjadi prioriti utama dan pertama dalam memilih pasangan hidup. Namun demikian, ia tidak bermakna perkara yang lain tidak boleh diambil kira. Cuma ia hendaklah diletakkan selepas daripada kriteria agama.

Kecantikan dan ketampanan dilihat adalah disebabkan Allah juga sukakan keindahan. Harta juga diperhatikan, kerana ia adalah alat untuk membolehkan kita berjuang dan berkorban. Manakala keturunan pula diperhitungkan, kerana nasab yang baik merupakan dambaan `ibadurrahman malah harapan para nabi.

Selain daripada itu kriteria lain yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada teruna adalah memilih yang subur, belum pernah menikah, amanah, bersedia dalam mentaati perintah serta mampu memelihara kehormatan diri dan suaminya. Antara hadis yang memberikan saranan baginda adalah:

Dari Jabir RA berkata: `Aku pernah menikah maka Rasulullah SAW berkata: `Siapa yang kamu nikahi? 'Aku menjaavab: Aku nikahi seorang janda'. Beliau berkata: Mengapa tidak gadis saja yang kamu nikahi, sehingga kamu boleh bercanda dengannya dan ia mencandaimu'. (HR Imam yang Enam kecarali Imam Malik).

“... Dan seorang isteri di rumah suaminya sebagai penjaga, dan ia diminta pertanggungjawaban penjagaan (amanat)nya. " (HR Bukhari).

Manakala bagi wanita pula, kriteria lelaki yang baik untuk dijadikan suami adalah lelaki yang memiliki dien yang kuat dan akhlak yang mulia; mempunyai sifat qawamah (kepimpinan); mampu memberi nafkah; tidak pemarah tapi pemaaf; mampu memimpin dan menjaga isteri dan anak-anak; bersedia untuk menasihati isteri jika bersalah, bersikap baik dengan isteri dan memberi hak-hak isteri dengan baik. Ayat Quran berikut menjelaskan hal ini: `Kaum lelaki adalah sebagai pemimpin bagi kaum wanita, kerana Allah memberi kelebihan sebahagian atas yang lain dan kerana mereka memberi nafkah dari sebahagian hartanya. " (An-Nisa' : 34)

Tahap II : Khitbah (Meminang)

Khitbah atau meminang adalah menyatakan maksud untuk menikah kepada calon isteri atau walinya baik secara langsung atau melalui wakilnya.Ia merupakan muqaddimah pernikahan dalam Islam.

Dalam rangka meminang, seorang peminang boleh melihat yang dipinangnya. Sabda Rasulullah SAW

`Apabila salah seorang di antara kamu meminang wanita, maka tidaklah berdosa atasnya untuk memandangnya jika mungkin, kerana itu tidak lain hanyalah untuk khitbah, meskipun ia tidak mengetahui': (HR Ahmad)

Memandang yang dimaksudkan di sini adalah melihatnya muslimah yang dipinang ketika ia berpakaian muslimah lengkap, sehingga yang boleh dilihatnya hanyalah wajah, kedua telapak tangan dan penampilannya dengan busana muslimah. Dibolehkan juga melihat wanita yang dipinang ketika dia mengetahui bahawa dirinya dilihat.

Tahap III : Aqad Nikah

Pernikahan adalah sunnah Rasul yang bernilai ibadah yang bertujuan untuk memenuhi keperluan fitrah untuk meneruskan kelangsungan wujudnya insan di muka bumi dengan dinaungi oleh mawaddah wa rahmah. Oleh kerana kedudukannya yang luhur kan tujuannya yang mulia dalam Islam, maka pernikahan hanya sah apabila segala rukunnya dipenuhi.

Rukun-rukun nikah adalah seperti berikut:

1. Wali, sayarat-syaratnya:

-Laki-laki, baligh, berakal sihat, merdeka, Islam.

-Diizinkan oleh wanita yang akan dinikahkan.

-Keutamaan kepada wali dekat daripada wali yang jauh.

2. Saksi, syarat-syaratnya:

-Laki-laki, baligh, berakal sihat, merdeka, Islam.

-Dua orang atau lebih.

-Memiliki `adalah’, ertinya tidak cacat agamanya kerana melekukan dosa besar atau terbiasa dengan ma'siat kecil.

3. Sighah Aqad, syarat-syaratnya:

-Ijab (penyerahan): harus dengan lafaz yang jelas, bukan kiasan, tidak dibatasi dengan waktu atau masa nikah, ditentukan dengan jelas nama siapa yang dinikahkan dan dengan siapa dinikahkan.

-Qabul (penerimaan): diucapkan terus secara langsung selepas ijab oleh laki-laki yang dimaksudkan dalam ijab atau boleh diwakilkan. Laki-laki tersebut mesti mempunyai kelayakan dien dan akhlak yang baik serta amanah.

4. Mahar (mas kahwin), syarat¬-syaratnya:

-Sesuatu yang bernilai dan bermanfaat. -Ketika `aqad, mahar menjadi zimmah (jaminan) atas sahnya pernikahan dan sesudah itu menjadi kewajiban yang mesti ditunaikan. Mahar boleh dibayar semasa atau setelah aqad. Disunnahkan menyebut jenis dan kadar mahar semasa `aqad.

Sunnah-sunnah Nikah

1. Khutbah nikah : dilaksanakan sebelum `aqad.

2. Diumumkan agar ramai akan menghadirinya. .

3. Dilaksanakan di dalam masjid atau musalla.

4. Menyampaikan doa untuk pengantin

5. Mengadakan wallmatul ursy (majlis kenduri kahwin).

Tahap IV : Walimatul `Ursy

Walimatul `Ursy diadakan setelah `aqad nikah. la adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT yang telah memudahkan seseorang untuk melaksanakan salah satu sunnah Nabi SAW Kebahagiaan yang dirasakan oleh kedua mempelai bukanlah kerana bersenang¬-senang dengan idaman hati setelah memiliki suami atau isteri. Tetapi semata-mata kerana Allah telah memberi `perisai dan penangkal' yang membantunya menghindarinya dari ma'siat. Majlis ini disunatkan walaupun dilakukan secara sederhana, tanda kesyukuran, yang juga merupakan syia'ar Islam dan sunnahnya yang mulia.

Adab-adab Walimah

1. Undangannya tidak dikhususkan kepada orang kaya atau golongan tertentu sahaja, tetapi dijemput juga yang miskin dan pelbagai golongan meliputi lelaki, perempuan dan anak-anak. Tidak digalakkan juga menyediakan tempat khas untuk golongan bertaraf tertentu.

2. Tiada acara ma'siat seperti:

-merayakannya dengan muzik, nyanyian dan pancaragam atau tari menari.

-ikhtilat (bercampur antara lelaki clan perempuan) - sebaiknya dikhususkan khemah atau ruang tertentu yang memisahkan lelaki dan perempuan

-pengantin mengikut adat isti'adat yang bertentangan dengan syara' (bersanding dengan pakaian tidak menutup aurat atau meragakan pelbagai fesyen pakaian kepada hadirin).

3. Boleh memeriahkan acara dengan nasyid atau duff (rebana/kompang)

4. Bersederhana dan tidak berlaku tabzir (pembaziran). Membazir dari sudut makanan yang berlebihan; peralatan atau perhiasan yang mewah - seperti bunga telur dan pelamin yang mahal.

5. Wajib menghadiri undangan walimah, jika tidak `uzur.

6. Apabila berlaku pertembungan jemputan undangan walimah dalam masa yang sama, maka wajib menghadiri undangan yang pertama diterima.

7. Boleh memberi hadiah kepada kedua mempelai

8. Apabila melihat kemungkaran di dalam majlis, boleh meninggalkan majlis. Jika tidak, wajib amar ma 'ruf nahi munkar.

Kesimpulannya

Langkah yang suci dalam menuju gerbang perkahwinan adalah penting dalam membina rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah seterusnya menjadi tapak dan madrasah yang mampu mencetak keturunan pewaris Islam yang kukuh.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin