Indonesia digegar lagi
JAKARTA 4 Okt. - Satu gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter menggegarkan wilayah Papua Barat, Indonesia hari ini kira-kira 3,500 kilometer dari zon bencana gempa di Sumatera Barat.
Gempa bumi itu berlaku pada pukul 10.36 pagi (11.36 pagi ini waktu Malaysia) pada kedalaman 39 kilometer, 129 kilometer ke barat laut ibu kota Papua Barat, Manokwari, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Sementara itu, pakar seismologi Indonesia melaporkan gegaran itu berukuran 6.1 pada skala Richter.
Ketua teknikal agensi geofizik Indonesia, Suharjono berkata, belum ada laporan diterima mengenai kecederaan di Papua Barat.
"Gempa bumi di Papua Barat tidak ada kaitan dengan gempa bumi di Sumatera. Kepingan tektonik dalam kedua-dua insiden adalah berlainan," katanya. - AFP
Penduduk pantai enggan pulang
APIA 4 Okt. - Ketakutan akibat bencana tsunami yang meragut beratus-ratus nyawa mendorong rakyat Samoa berpindah ke kawasan yang lebih tinggi dan enggan kembali ke kampung halaman di pesisiran pantai bagi meneruskan kehidupan.
Semua jalan dan persekitaran pantai telah dibersihkan serta kerja-kerja membangunkan semula kawasan yang rosak sedang rancak berjalan, manakala bekalan perubatan terus mencurah-curah tiba selepas kepulauan Pasifik ini mengalami kemusnahan teruk akibat dilanda tsunami berikutan gempa bumi di dasar laut berukuran 8.0 hingga 8.3 pada skala Ritcher pada Selasa lalu.
Angka kematian yang disahkan akibat tragedi di Samoa, American Samoa dan Tonga itu mencecah sekurang-kurangnya 180 orang tetapi para pegawai menjangka jumlahnya lebih besar lagi.
Dr. Limbo Fiu, pengurus Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Samoa berkata, ancaman kematian gelombang kedua akan menyusul.
"Dalam beberapa minggu ini, kami dapati ramai orang akan diserang cirit birit dan gastroenteritis, terutama di kalangan kanak-kanak dan golongan tua. Ia akan mengundang jumlah kematian yang besar," katanya kepada pemberita.
Rosemarie North daripada Palang Merah Samoa berkata, pekerja bantuan akan memastikan bekalan air bersih dan mengingatkan semua yang terselamat agar tidak kembali ke kediaman tradisional di pesisir pantai.
Sebaliknya mereka diminta terus tinggal bersama saudara mara atau di kawasan perkhemahan di luar sekolah, di kemah-kemah sementara atau pusat berteduh di kawasan hutan.
Bagi kawasan sepanjang pantai Upolu di selatan pulau besar Samoa yang paling teruk dibadai tsunami, seluruh keluarga mesti meninggalkan perkampungan dan berpindah ke kawasan terpencil di pedalaman.
"Kami bertanya kepada 25 kumpulan penduduk adakah mereka akan kembali ke perkampungan di pesisir pantai, 24 daripada mereka tidak mahu kembali, sebaliknya menyatakan bahawa penempatan sekarang adalah kampung mereka," katanya.
"Mereka perlu menjadikan kehidupan di sini dalam keadaan yang selesa, tetapi inilah masalah besar bagi para pekerja bantuan," katanya.
North berkata, tsunami telah mengubah seluruh persekitaran dan memusnahkan kawasan yang menempatkan rumah-rumah kediaman dan taman-taman yang menyebabkan kebanyakan penduduk takut untuk kembali.
Paneta Sagale Lauiliu yang kehilangan ibu dalam tragedi itu berkata, keluarganya akan membina hidup baru di kawasan tinggi dan tidak akan kembali hidup di persisiran pantai.
"Kami langsung tidak berminat untuk kembali hidup di sana (pinggir pantai)."
"Kami tidak akan kembali ke pantai lagi dan saya kira tidak seorang pun daripada kami yang mahu kembali semula tinggal di sana." katanya kepada AFP di kem yang terletak beberapa jam berjalan dari pantai.
Lauiliu bersama anak lelakinya, Sepi, 4, terselamat daripada dihanyutkan arus tsunami setelah berpaut kepada sebatang pokok pisang berkata, perniagaan rumah sewa keluarganya di pantai telah musnah.
Gempa bumi besar yang menyebabkan tsunami itu telah meragut 129 nyawa dan 10 lagi masih hilang di Samoa, manakala di pulau jirannya, American Samoa sebanyak 32 orang terkorban dan Tonga di kepulauan Pasifik sembilan maut.
Sebanyak 88 pasukan penyelidik dan perubatan persendirian dari Australia telah tiba dengan pesawat tentera Boeing 757 New Zealand di Samoa semalam bersama pasukan anjing pengesan polis dan pakar perubatan untuk membantu mangsa.
Perdana Menteri New Zealand, John Key yang melawat kawasan nahas pada Jumaat lalu berkata, beliau telah memanggil mesyuarat bersama pasukan perubatan tempatan bagi mendapatkan pakar-pakar khas untuk dihantar bagi menangani kesan wabak akibat bencana tersebut. - AFP

No comments:
Post a Comment