Kemenangan Hakiki?
Itulah kehendak hatiku,
Juga Hati kita semua yang satu,
Kerana ia sangat perlu,
Kemenangan Hakiki?
Dilihat dari pelbagai segi,
Adakah asasnya Agama Nurani,
Atau sekadar Impian Hati,
Kemenangan Hakiki?
Rasulullah pernah memberi saran,
Perjuangan itu harus di sulam dengan kebenaran,
Barulah kemenangan itu enak di telan,
Kemenangan Hakiki?
Menentang mazmumah itu menang,
Menjana Mahmudah itu menang,
Mengalah bertempat juga menang,
Kemenangan Hakiki?
Menang dengan kebenaran itu hakikat,
Kalah dalam kebenaran juga hakikat,
Ingat…Dengan pasak agama kita semua terikat.
-----------------
Hafidun Amin
10/11/2010 1.42 am
Malaysia Timur
No comments:
Post a Comment