BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang ekoran tindakan melaungkan slogan "bubar DUN" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan Speaker supaya menanggalkan lilitan "BUBAR DUN" Perak. Turut diarah keluar adalah beberapa ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat.--fotoTHE STAR oleh Raja Faisal Hishan
KELUAR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan dua anggota pembangkang, Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) dan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) meninggalkan Dewan Rakyat selepas enggan membuka pengikat kepala yang ditulis perkataan 'Bubar DUN'. Antara mereka yang memilih untuk keluar ialah Khalid Samad (Pas-Shah Alam), Chong Cheing Jen (DAP-Kuching), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Teo Nie Cheng (DAP-Serdang). - Foto Bernama
DATUK Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin diarah membuka kain lilit kepala bertulis 'Bubar DUN' selepas majlis angkat sumpah menjadi kecoh angkara beliau melaungkan perkatan 'Bubar DUN Perak' di Dewan Rakyat, hari ini. - Foto Salim Shaari
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertahan tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dan beberapa wakil pembangkang lain memakai lilitan bertulis "Bubarkan DUN Perak" semasa permulaan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata, Parlimen luar negara membenarkan wakil rakyatnya memakai sebarang tanda bagi meluahkan sesuatu perkara ketika memasuki mesyuarat atau persidangan.
"Saya juga akan mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini berhubung tindakan beliau mengarah tujuh wakil rakyat pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat kerana enggan mematuhi arahan menanggalkan lilitan itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen sebentar tadi.
Dewan Rakyat kecoh apabila Nizar yang baru selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan "Bubar DUN" dan memakai lilitan berkenaan.
Tindakan beliau itu diikuti beberapa wakil pembangkang lain sehingga mewujudkan suasana kecoh dalam Dewan Rakyat.
Mereka kemudian diarah keluar selepas enggan menanggalkan lilitan itu.

No comments:
Post a Comment